Friday, December 31, 2010

My First Wish 2011

Assalamualaikum..ini adalah entri pertama aku di tahun 2011..oh yeah..dah masuk tahun baru..jadi semangat aku berblogging pun haruslah baru..azam pun kenalah baru..ok jadi azam pertama aku untuk tahun ini..Mari kita lihat..:)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haha..aku berangan je lebih..konon-konon nak melamar LISA SURIHANI lah..kalau lah aku dapat jumpa..huhu..confirm tak tidur malam aku..ini sekadar khayalan..andai kata menjadi realiti..tak jejak kaki aku dekat bumi..haha

NEVER SAY NEVER..peace!!

Pengumuman Yang Di nanti-nantikan

Selamat Tahun Baru kepada semua bloggers..dengan ini..aku dengan berbesar hati mengumumkan..hadiah CONTEST AKU DAN KACAMATA..di naikkan lagi..huhu..mari kita lihat jumlah terbaru..


Hadiah Pertama: RM105
Hadiah Kedua: RM 85
Hadiah Ketiga: RM55

Ini adalah janji aku..aku sudah tunaikan..hehe..Anda suka?? suka jom join..kepada yang belum join boleh join..sila tinggalkan link di entri asal ya..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Pengalaman Yang Menyeronokkan Di Waktu Persekolahan

Tiba-tiba aku teringat kenangan di masa persekolahan..sebab apa?? aku tertonton di kaca televisyen..aku ketawa sendirian melihat karenah kanak-kanak yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan..begitu lah aku dahulu kala..merupakan murid yang begitu degil dengan berbekalkan kepala yang dianggap besar oleh ibu bapa aku..huhu..apa boleh buatkan..aku terima je kenyataan itu..

Pengalaman di waktu persekolahan memang menyeronokkan..dulu sewaktu aku berada di darjah satu..aku hampir kehilangan tangan..tangan aku telah dihimpit akibat perbuatan nakal aku..tuh lah orang suruh duduk diam-diam..aku ni duk gatal pergi jenguk kelas sebelas (bukan tengok awek tau..hehe)..akibatnya hampir sebulan aku terpaksa menulis dengan tangan kiri..terseksa beb..Di waktu sekolah rendah..aku telah ditabalkan sebagai pengawas@mawas..haha..dah lah nakal..ada hati nak jadi pengawaskan..tetapi nak buat macam mana..sekolah dah pilih..hehe..Memang terlalu banyak kenangan kalau diingatkan kembali..

Selepas tamat pengajian aku di peringkat rendah..aku terus pergi ke sekolah berasrama..bukan asmara tau..haha..mula-mula aku masuk asrama memang begitu janggallah..mana taknya..nak basuh baju pun tak reti..hoho..tahu makan je..cian kat ibu bapa aku..tiap-tiap hari jumaat je..mereka akan datang ke asrama aku untuk mengambil baju untuk dibasuh..Thank a lot ya!! jasa abah dan emak akan ku kenang sampai bila-bila..lain pulak ceritanya aku di sekolah menengah..aku hanya menjadi pustakawan sehingga tingkatan tiga..lepas je daripada tuh aku kena pecat..haha..pemalas punya budak..memang dah sikap aku..:)Tetapi kenakalan kita di waktu sekolah banyak mengajar kita erti kehidupan..semua ini bergantung kepada nawaitu masing-masing..sekadar berkongsi..:)

Jadi kepada sesiapa yang dapat duduk asrama..janganlah melepaskan peluang..just grab it!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Important To All Participants Contest Aku Dan Kacamata

Hello there..on 12.01 am this tonight..i will make one surprise to all participants..huhu..u know what, i do this because my achievement to get 1000 followers before new year..Wait and see ya..i know some of you maybe excited with this surprise..hehe..lastly..i wish:


Source: Yahoo images

Happy Blogging Ya!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Manchester United Tertarik Dengan Keeper Malaysia

Berita tergempar!! baru tadi aku dapat panggilan daripada Chicarito..dia cakap Alex Ferguson (Pengurus Manchester United)..nak beli Khairul Fahmi Che Mat (Keeper Malaysia) wow..biar betul..tak kan lah aku mimpi kot..Mari kita lihat perbualan di antara Alex Ferguson dan K. Rajagopal....kring-kring..Alex Ferguson versi Malaysia..hehe

Alex Ferguson: Hello, K.Rajagopal ada?

K. Ragopal: Hello, Yes I am..Ada apa ya?

Alex Ferguson: Gopal, ni haa aku nak tanya sikit..hang tak nai juai ka Khairul Fahmi ( haha tiba datang dialek Kedah) dekat aku? Aku perlu sangat ni..mana taknya Van Der Sar (Keeper MU) dah nak pencen hujung musim ni..

K.Rajagopal: Wah..ko nak beli keeper aku ke? Macam tak caya je aku dengar..punya lah banyak keeper dekat Eropah tuh..kenapa ko pilih keeper Malaysia..

Alex Ferguson: Bukan ape..aku tertarik dengan dia lah..ko jangan pikir bukan-bukan pulak..hehe aku minat skill penangkapan dia..memang terbaik..lagipun anak perempuan aku buat cadangan suh ambil dia..

K.Rajagopal: Uish anak perempuan ko pun jatuh hati dengan KF ke..memang dah jadi aura dunia si KF ni..aiyoo..aku pulak pening kepala..haha..macam ni lah..aku takut nanti..kalau aku jual KF..awek-awek dekat Malaysia gigit jari..maklumlah orangnye pun hensom..dekat sini je..NORA DANISH dah minat dekat dia..kalau dekat sana..agak-agaknya MEGAN FOX la kot..haha..

Alex Ferguson: Lah ke situ pulak ko Gopal..dah-dah nanti tanya si KF ok..dia nak ke tak terima tawaran aku..aku nak on Facebook jap..chow!!

K.Rajagopal: Wokeh..no problem..

Hanya rekaan semata-mata..hehe..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thursday, December 30, 2010

All Da Best To All Teachers

Sebelum bermulanya sesi persekolahan..pastinya semua tenaga pengajar sedang sibuk menyiapkan tugasan pembelajaran untuk anak-anak muridnya yang tercinta..Memang tidak dapat disangkal lagi..bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai guru..walaupun aku bukan guru..tapi dari pemerhatian aku, tugas sebagai guru amatlah berat..mereka terpaksa melayan kerenah anak-anak muridnya..dan pelbagai lagi lah..Apa-apa pun aku ucapkan semoga berjaya kepada guru dan jugak bakal guru..kerana..tanpa anda..siapa kita sehingga sekarang ini..

Bertarikh 3 Januari 2010..bermulanya sesi persekolahan di seluruh Malaysia..aku tahu di kalangan blogger-blogger memang ramai guru..Semoga menjadi tahun 2011 menjadikan guru lebih cemerlang..All Da Best!!

NEVER SAY NEVER.peace!!

Memohon Keampunan Kepada Anda Semua

Assalamualaikum..malam ini tepat jam 12.01 am..2010 bakal melabuhkan tirai dan lahirnya 2011..di kesempatan yang ada..aku ingin memohon maaf kepada korang semua..seandainya aku terkasaq bahasa..dalam dialek Kedah..tapi hakikatnya aku bukan orang sana..haha..terkasau bahasa..that's mine..hehe..orang Melaka mari..manusia memang tidak lari daripada melakukan kesilapan..kadang-kadang apa yang kita lakukan..tidak semua orang yang boleh menerimanya..jenis aku memang tidak suka bermusuhan dengan orang..apa-apa pun lebih baik aku mintak maafkan..

Bermaaf-maafan adalah perbuatan yang digalakkan..sedangkan Nabi memaafkan umatnya..inikan pula kita sebagai insan yang serba kekurangan..tiada gunanya kalau bermusuhan..tiada faedah yang kita dapat..hati jugak yang sakit nanti..Biasanya bila masuk tahun baru je..setiap orang pasti tidak ketinggalan untuk menyenaraikan azam masing-masing..bagi aku..azam aku cuma satu je..sentiasa ingin memberikan yang terbaik..Sekali lagi..aku memohon maaf kepada korang semua..0-0 lah eh..hehe..bukan 4-2 tau..tuh gol Malaysia..:)selamat berblogging..see ya..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thank to 1000 & 1010 Followers

Assalamualaikum..dalam blogging ni ada pasang surutnya..kalau usaha lebih..dapat lah lebih kan..kalau kurang..hasilnya pun kuranglah..malam ni je aku dah dapat dua nombor cantik..tak sangka pulak kan..jangan ada orang buat nombor ekor dah lah..haha..kalau perkena nombor ni dekat nombor plat kereta aku cara jugak..huahua..ok aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah merealisasikan impian aku..jangan risau..kepada yang sesiapa telah follow aku..insyaallah aku akan jenguk-jenguk blog korang ok!! that's my promise..

Terima kasih kepada
Ayu Zulkarnaen : 1000

Nick Irfan : 1010

Wow..cantik gila nombor ni..huhu..hehe agak-agak bertuah tak nombor ni..seperti yang dijanjikan..aku akan buat pengumuman penting kepada bakal-bakal pemenang CONTEST AKU DAN KACAMATA..serius tak tipu..untung badan pemenang nanti..hehe..wait and see ya!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Sebulan 1000 Followers, berbulan-bulan??

Assalamualaikum..thank to ALLAH, akhirnya harapan aku untuk memiliki 1000 followers terlaksana..siapa sangka..tiada yang mustahil di dunia ini..jikalau berusaha dan berkat kesabaran serta doa..maka terhasillah ia..dulu aku ingat memang mustahillah..yelah mula-mula aku target 500 orang je sebelum tahun baru..tetapi sesuatu di luar jangkauan aku telah berlaku..aku mengambil keputusan untuk mengadakan contest..jadi kesannya daripada itu..followers aku bertambah hari demi hari..sehingga lah sekarang..sambutannya amat menggalakkan..tiada jalan singkat untuk berjaya..

Rahsia aku mudah je:

Blogwalking dan follow

Balas kunjungan blogger dan follow

Kerajinan dan semangat

Rajinkan masuk contest supaya mudah dikenali

Mengadakan contest

Ini adalah cara aku..aku berkongsi untuk kebaikan..

NEVER SAY NEVER..peace!! 

Rahsia Untuk Mendapatkan Badan Yang Sihat


Jom kita lihat apa kelebihannya..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Wednesday, December 29, 2010

Cintanya Kepada Si Khairul Fahmi




Assalamualaikum..nama Khairul Fahmi Che Mat bagaikan aura yang sedang dilanda di negara kita..manakan tidak..nama sering disebut-sebut oleh si gadis..mungkin wajahnya yang " Chinese Looking " membuat ramai yang tertarik dengannya..Tambahan pula Khairul Fahmi Che Mat merupakan seorang goalkeeper yang berjaya buat masa ini..di harapkan prestasinya sungguh menyinar..

Semalam tengah aku blogwalking..aku ternampak dalam satu blog yang menyatakan ELIA ni merupakan teman wanita kepada Khairul Fahmi Che Mat..jadi aku pun terjah lah..untuk memastikan..betul ke?? rupa-rupanya memang betul lah..hehe..Kelakar aku baca entri si ELIA ni..yelah..peminat BF dia semakin ramai..mahu tak cemburu di buatnya..Cik ELIA banyak kan bersabar ye..kalau benar cinta Cik ELIA dan Khairul Fahmi Che Mat cinta sejati..takkan ke manalah..cinta itu tetap milik Cik ELIA..

Kemudian yang paling aku terkejut jugak..followers si ELIA ni mencanak-canak naik..pergh power gila beb!! terkeluar biji mata tengok..hehe..sehari je 1000 followers baru..mudah-mudahan bila dah kahwin nanti..jangan lupa jemput..:) Nak tengok Cik ELIA macam mana?? klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Selamat Datang Ke Dunia Sandiwara Seorang Insan






Assalamualaikum..memandangkan mata aku belum mengantuk..jadi aku meneruskan dengan entri terbaru..hehe..aku ingin ucapkan SELAMAT DATANG KE DUNIA AKU..kepada yang baru menjumpai blog aku..singgah-singgah la selalu eh..confirm tak rugi la..tuan owner dia peramah kalau korang nak tau..haha..promote diri sendiri pulak aku nih..tak malu betul kan..:) yelah takde orang puji..aku puji diri sendiri pun jadilah..

Pertama sekali..aku berbesar hati..ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi melawat blog aku ni..walaupun entah ada info ke tak..huhu..tapi aku sangat menghargai setiap blogger yang datang melawat blog aku..tak kisah lah follow ataupun tidak..Untuk pengetahuan kepada yang baru dalam blog aku..aku memuatkan tentang isu-isu semasa..kesihatan..dan macam-macam lagi..blog aku diberi nama SANDIWARA SEORANG INSAN..haha dengar macam poyo je kan..haha tapi aku tak kisah langsung sebab ini blog aku buat sendiri..tak kacau orang lain pun..:)

Masih ramai bertanyakan lagu dalam blog aku ni..hehe jawapannya senang je..HANYA INGIN KAU TAHU by REPUVLIK BAND..terima kasih kepada yang memuji lagu aku ni..tak lama lagi..aku buat version aku pulak la..memang takde lah orang nak dengar..hoho..haprak weh..:) Sekarang ini aku sedang mengadakan CONTEST AKU DAN KACAMATA..kepada sesiapa yang belum join..boleh klik sini..lagi ramai lagi best..bagi aku pening sikit nak pilih pemenang..haha..ni pun dah tertonggeng aku nak pilih pemenang..semua stylo mylo beb..tarikh tutup penyertaan pada 12 JANUARI 2011..itu saja daripada aku..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Cili Mampu Singkirkan Lemak??


Sungguh aku tidak sangka..ingatkan cili hanya sebahagian daripada perisa makanan..rupa-rupa ada baiknya jugak untuk kesihatan..huhu..bagi aku orang selatan memang tidak terlepas lah..kalau setiap kali makan..wajib ada makanan yang berasaskan cili..tak kiralah sambal belacan ke?? sambal ikan bilis ke?? opss..terliur aku jap..:)

Berdasarkan pengkaji dari AS ( John Won Yun) capsaicin boleh mengatasi obesiti dalam mengurangkan kandungan kalori, mengecilkan jaringan lemak dan menurunkan kadar lemak dalam darah. Capsaicin adalah bahan dalam cili yang memberikan rasa pedas malah ia mampu bertindak menurunkan berat badan serta hilangkan timbunan lemak dengan cara menjadi protein dalam tubuh.

Sudah tentu aku pasti ramai yang tertanya-tanya..betulkah mengenainya..tetapi kajia lanjut masih dilakukan untuk keberkesanan fakta ini..

Source: REMAJA

NEVER SAY NEVER..peace!!

Asal-usul Nuffnang

Assalamualaikum..korang tahu tak apa itu nuffnang?? aku rasa bagi pendatang baru macam kita ni mesti blur-blur je kan..dan mesti ada yang tertanya-tanya apa kaitan nuffnang dengan blog ni..Ok let's begin..

Apa itu Nuffnang?

Nuffnang ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa jafaikan yang bermaksud " cukup bagus ". Jafaikan adalah dialek pelbagai budaya yang sedang pantas tersebar di kalangan belia London. Nuffnang juga ialah komuniti pengiklanan blog yang sangat berjaya di Malaysia. Di antara para pengiklan di Nuffnang.com ialah Citibank, Nokia, Sony, Proctor dan banyak lagi

Pengasas Nuffnang

Nuffnang telah diasaskan oleh dua mahasiswa universiti luar negara iaitu Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen..All the best both of them..

Menjana Pendapatan

Kini para blogger boleh menjana pendapatan sampingan menerusi hobi mereka ini..Jumlah pelawat yang mengunjungi blog mereka, boleh menjadi sumber kewangan yang sangat lumayan..

Blog-blog yang Telah Berjaya


Source: REMAJA

Untuk pertanyaan lanjut boleh layari www.nuffnang.com..selamat mencuba

NEVER SAY NEVER..peace!!

Susah Juga Kalau Jadi Terlebih " Friendly "

Assalamualaikum..akhirnya sampai jugak aku di Melaka..lama dah rasanya tak terjah ke sana sini..aku cuma dapat update entri je..aku harap semua blogger sihat - sihat belaka ya..mood aku ni tengah layan bola..khusyuk beb..macam aku pulak atas padang..haha..berbalik mengenai isu " friendly "..aku memang tidak menafikan..sesetengah orang mempunyai sikap yang terlalu peramah..memang tak salah kalau kita terlalu peramah..tapi cuba kita fikir persepsi di kalangan orang lain..

Kadang-kadang sikap terlalu peramah membawa padah..contohnya, kita ni berborak dengan seorang awek ataupun teman lelaki orang..tiba-tiba pasangan mereka ternampak perbualan kita yang penuh mesra..haa..mahu tak naik angin pasangan mereka..ye tak??itulah kalau tak tegur nanti orang cakap sombong lah..ini lah..itu lah..naik panas telinga kalau dengarkan..

Ish..tak habis-habis lagi pasal " friendly " ni..lagi satu situasi yang aku kongsikan..ok contohnya kalau kita terlalu peramah..confirm-confirm orang ingat kita ni playboy atau playgirl kan..macam mana lah kita nak tutup mulut orang kan..memang tak dapek lah weh..hoho..buatlah macam mana pun..sama je..tak akan berubah..Jadi, haruslah kita jadi " friendly " secara sederhanakan..kalau tak nak tegur pun..senyum pun da ok..kira satu sedekah kita dah buat..:)

Ini hanya sekadar perkongsian..tidak melibatkan mana-mana pihak

NEVER SAY NEVER..peace!!

Tuesday, December 28, 2010

Adakah Impian Aku Akan Menjadi Nyata?

Assalamualaikum..hari ni percutian aku bersama keluarga telah berakhir..tadi kami sekeluarga pergi terjah Aquaria KLCC..peh memang letih la..kaki aku nak tercabut dah ni..maklumlah dah tua..haha..tua ke?? lama dah aku tak pergi sana..not bad jugak lah..layan ikan dengan sepupu sepapat aku..macam orang jakun dah..haha..Sebelum pergi ke sana..pergi melantak dekat mamak " Pelita "..haa sekali bayar RM230 lah..hoho dah makan macam dekat 5 star ni..tapi bagi aku tak rugi la..superb beb kari ikan dengan daging kicap..menjilat jari aku..huhu..Lama dah aku tak rasa family vacation ni..memang best lah..harap-harap tahun depan ada lagi..hehe..kasi jauh sikit ye abah dan emak..:)

Apa yang membuatkan aku nervous..tercapai ke impian aku untuk cecah 1000 followers..hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum tahun baru..followers aku sekarang ini 926 orang..thank u guys..give me moral support..it make me more spirit to excited in blogging..Aku harapkan aku berjaya memiliki..kalau aku cecah 1000..korang yang join contest jugak untungkan..hehe..oklah aku rasa nak taip panjang-panjang pun siapa nak baca je..mata aku pun longlai je ni..huhu..takpe besok aku dah balik Melaka..maka aku boleh berblogging seperti biasa..see ya


NEVER SAY NEVER..peace!!


Monday, December 27, 2010

Berkat Usaha Dan Kesabaran

Assalamualaikum..fuhh letih jugak berjalan dekat One Utama hari ni..ramai gila orang..bukan orang gila ye..hehe..ramai blogger yang bertanyakan aku..macam mana nak dapat followers yang ramai dalam waktu yang pendek..sebenarnya apa yang kita lakukan di dunia ini..tanpa usaha dan kesabaran..tak mungkin kita kecapi kejayaan..apabila kita sudah berjaya..jangan sesekali kita lupa diri..itu yang penting..biarlah kita tetap menjadi diri kita seadanya..

Berbalik mengenai isu followers..memang aku akui..mula-mula aku buat blog ni..aku rasa cemburu je bila lihat blog orang lain mempunyai ramai followers..tapi itu tidak mematahkan semangat aku..aku rajinkan bertanya kepada blog-blog yang lebih berpengalaman dari aku..dan aku mengikut tips yang diberi..alhamdulillah tidak sia-sia usaha aku selama ini..

Kalau nak diikutkan..tips nya takde lah susah sangat..yang hanya kita perlukan..kerajinan dan kesabaran..rajinkan drop komen dekat blog-blog lain..dan kita jangan lah sombong sesama kita ok..be friendly supaya orang lain berasa selesa berkawan dengan kita..mula-mula aku berblogging ni hanya untuk meningkatkan trafik dan menikmati duit..namun setelah aku belajar dan belajar dari dunia blogging..aku menjumpai sesuatu yang lebih istimewa daripada itu iaitu " PERSAHABATAN "..

Semoga kata-kata aku tidak menyingung mana-mana pihak..aku sekadar berkongsi kepada korang semua..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Sunday, December 26, 2010

Followers Mencecah 1000 Dalam Masa Satu Bulan?

Assalamualaikum..mood still dalam bercuti lagi ni..walaupun pun bercuti..aku nak jugak update..nak jugak..tak kiralah orang nak cakap apa pun..hehe..cuma seperti yang aku cakap semalam..aku just dapat upadate je entri..nak terjah memang tak dapat lah..confirm " stuck " komputer ni..huhu..kepada yang datang melawat blog aku..aku ucapkan terima kasih ya..jasamu dikenang..hehe..

Hari ni..destinasi aku adalah OU..yahoo lama dah tak pergi sana..padahal dekat je dengan tempat belajar aku..bukan apa family aku ni haa tak sampai lagi..dah alang-alang ni..aku ajak je lah...huhu..Ok bercakap mengenai followers..alhamdulillah semakin hari semakin bertambah followers aku..tidak sangka secepat begini..tapi mungkin advantage aku dekat contest jugak rasanya..hehe..

Macam " pisang goreng panas " jugak ye contest yang aku buat ni..huhu..thank u guys yang sudi support contest ni walaupun hadiahnya ciput je..sebelum ni..di entri aku..aku ada menyatakan..jika followers aku cecah 1000 sebelum tahun baru..GANJARAN ISTIMEWA UNTUK BAKAL-BAKAL PEMENANG CONTEST AKU DAN KACAMATA..itu saja daripada aku..selamat berblogging..

NEVER SAY NEVER..peace!!

500 Blog!


Assalamualaikum..hoho..rasanya walaupun aku tak dapat join..tapi untuk melengkapkan 500 blog aku sanggup berkorban untuk negara..haha..apa aku merapu dah..haha

Aku adalah manusia seperti orang lain..tak suka bermusuhan..aku mempunyai sikap yang friendly..jangan risau aku tak sombong..selebihnya korang nilai lah sendiri..nilai baik-baik je tau..hoho

Tujuan aku berblogging disebabkan aku gemar menulis dan berkongsi apa yang aku rasa..malah dengan blog juga..merupakan peneman aku di kala sunyi..tidak lupa jugak..dengan berblogging aku dapat menemui kawan-kawan yang baru yang begitu supportive, sporting dan banyak lagi lah..nanti tulis panjang-panjang meleret lah pulak..:)

Andai kata belum join 500 blog..klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!


Aku Ambil Kesempatan

Assalamualaikum..hoho akhirnya aku dapat update jugak..rasa lain bila tak buka blog ni..di kesempatan yang ada..aku ingin berterima kasih kepada mereka yang telah menyertai contest aku yang tak seberapa ni..yelah kali pertamakan..juling mata aku nak terjah satu per satu..tapi korang memang best lah memberikan aku sokongan untuk berada lebih kukuh di dunia blogger..

Aku tak boleh update selalu disebabkan keadaan internet di sini kurang mengizinkan..aduh..rasa serba salah pulak kan..yela orang lain duduk terjah blog kita..tetapi tuan rumah tak balas kunjungan..aku mintak maaf di atas kesulitan yang melanda..jangan risau..balik je dari cuti..aku akan terjah satu per satu ye..hehe..tak pun terkam teruslah..haha..

Kepada yang telah menjadi followers aku..aku ucapkan selamat datang ke dunia aku..hehe..dunia aku simple je..orang cakap aku peramah..betul ke?? korang nilai sendiri lah ye..huhu..Apa-apa pun sekali lagi aku ucapkan terima kepada blogger-blogger yang telah menyertai contest aku..if i not mistaken..dalam 200 penyertaan ada kot..huhu..tak sangka jugak..korang ni bergaya mengalahkan artis dan model..memang susah lah aku nak pilih pemenang nanti..hehe..

Lastly, sebelum aku mengundur diri..dalam dunia blogger..haruslah kita anggap hubungan di antara kita sebagai satu hubungan kekeluargaan..bukan sebagai lawan..kalau pun nak bersaing..biarlah dengan cara yang sihat..percayalah..dunia blogging bukan sekadar dunia maya..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Saturday, December 25, 2010

Bermulanya Percutian

Assalamualaikum..kepada teman-teman seperjuangan aku..mungkin ini entri aku buat kali terakhir..aku ingin memulakan percutian aku bersama family tersayang..doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ye..haha macam lah jauh sangatkan..mungkin aku akan menyepi untuk beberapa hari..korang jenguk-jenguk lah blog aku eh..kalau nakal kurung dia..haha..Ok lah got to go now..See ya..kepada yang belum join contest..boleh klik..contest aku dan kacamata..



NEVER SAY NEVER..peace!!

Promosi Akhir Tahun Blog Pilihan Malaysia

Assalamualaikum..alhamdulillah tak sangka aku diberi kepercayaan oleh En Azman Roslan kerana aku terpilih sebagai salah seorang daripada krew BPM pada masa akan datang..jutaan terima kasih kepada beliau kerana memilih aku dan aku berjanji akan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin..haha nak kata macam bodek pun ada ni..ish bukan kata-kata semangat untuk aku..huhu

Okeh..sekarang ni BPM ada menganjurkan kategori sahabat blogger mengikut negeri..menarik segmen ni tau..mari kita lihat kata-kata Azman Roslan..

Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri

Cadangan untuk kategori ini telah dibuat oleh : nuRuL aZieRa, HoPKS


Untuk kategori sahabat blogger yang pertama ini, senarai blogger dari setiap negeri akan dibuat. WOW!! banyak tu.

Kategori ini akan senaraikan blogger-blogger mengikut negeri blogger itu tinggal sekarang ini. kalau anda seorang pelajar, sila ikut negeri rumah anda.


Bagaimana nak join?

Senang saja, anda perlulah membuat entri yang mengandungi:
  1. Tajuk entri : "Saya Blogger Pahang" - sila gantikan nama negeri anda
  2. Link ke blog ini - wajib 
  3. Nama anda - nama manja atau glamer
  4. Status anda - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..
  5. Cara hubungi - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.
  6. Daerah/Jajahan - di mana anda tinggal
  7. Tempat tinggal - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.
  8. Apa yang menarik di tempat anda - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..

(nota : tidak kisah sama ada blog anda guna bahasa melayu atau inggeris. kita 1Malaysia 1Blogger, huhu..)


Hanya itu saja yang diperlukan, entri tersebut boleh dibuat mengikut daya kreativiti anda. lagi menarik lagi ramai akan baca. 

Anda boleh letak gambar diri sendiri atau kawasan tempat tinggal anda. jangan letak gambar yang bukan-bukan ye.


Nak tinggalkan link entri kat mana?

Sabar dulu, anda buat dahulu entri tersebut.. bermula hari ahad ni, satu entri mengikut negeri akan dikeluarkan.

Anda perlu tinggalkan nama anda dan link entri tadi mengikut negeri anda berada. jangan tersilap negeri ye. 

Berikut adalah jadual untuk entri mengikut negeri yang anda boleh tinggalkan link:
  • Ahad - Pahang, Sabah, Sarawak, Perlis dan Kedah
  • Isnin - Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
  • Selasa - Johor, Terengganu, Kelantan, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan

Tempoh untuk anda tinggalkan link entri itu hanya satu hari saja, jadi sila buat entri tersebut dahulu. bila tiba giliran untuk negeri anda sila tinggalkan link dengan pantas.

Maaf jika anda terlambat.. sebarang rayuan hendaklah disertakan dengan RM100.. hahah.. gurau je. kalau lambat anda join untuk kategori lain pula. heheh..


Sebarang kekeliruan sila lah bertanya..


p/s - senarai sahabat blogger itu akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2011


Okeh..sesiapa yang telah baca seperti di atas..boleh klik sini..untuk melihat update yang lakukan oleh En. Azman Roslan
NEVER SAY NEVER..peace!!

Alamak, Aku Terlupa Hari Penting!!

Assalamualaikum..huish macam manalah aku boleh lupa ni..nasib baik aku perasan..korang, aku ada masuk satu contest yang dianjurkan Azza Firza iaitu Review Paling Kreatif..kalau nak tengok boleh klik sini..boleh la godeh-godeh dan komen ye..hehe

Ok lah..sekarang ini untuk memberikan aku kemenangan..haha..macam berlagak gila cakap..haish tak baik kan..aku memerlukan undian yang ikhlas daripada korang semua..sesiapa yang rasa aku berhak menang..jangan lupa undi ya..boleh undi di sini..Tempat undian berada di side bar Azza Firza..don't forget ya..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Meraikan Kejayaan Mereka

Assalamualaikum..semoga sihat selalu ya..di pagi ahad ini..aku saja nak berkongsi dengan korang dengan meraikan kejayaan adik-adik aku..aku memang cemburu pada mereka..yelah dulu aku tak pernah pun memberikan kejayaan yang sama seperti adik-adik aku telah kecapi..tetapi takpe..aku bangga dengan mereka..akhirnya impian keluarga aku untuk melihat anak-anaknya mendapat straight A's termakbul..

Dengan itu membuatkan aku lagi bersemangat untuk menempuhi liku-liku aku sebelum menghabis ijazah aku yang tinggal dalam 1 tahun setengah lagi..nampak macam lama kan..tetapi sebenarnya sekejap je ni..bak kata orang " pejam celik pejam celik " tup- tup dah menerima segulung ijazah..kalau nak ikut kan hati mula-mula aku ambil ijazah..aku rasa nak quit je..tapi berbekalkan doa keluarga dan kawan-kawan aku..aku masih meneruskan..Aish aku cerita kisah belajar aku pulak kan..dah terbabas dari tajuk ni..

Ok jom tengok gambar-gambar keriangan..riang ke..haha


Ni la ketiga-tiga adik aku..bukan main lagi pose..


Haha..malam tu aku memerangkap photographer tak berdaftar...


Sebelum bermula wayang..sempat lagi perkena A&W..hoho..float..i like..


Hoho..layan dulu burger A&W..


Lepas makan..padang di Dataran Pahlawan kami sasarkan..apa sasar-sasar ni..nak menembak ke..:P


Jeng-jeng layan 3D cerita Gulliver Travel..not bad


Adik aku ni..tak reti-reti nak balik..nak jugak pergi Pahlawan Walk..bergaya sakan nak pilih reben..


Ini dia Pahlawan Walk..lambang keris woo..mentang-mentang lah dekat melaka kan..hehe

Kesimpulannya..aku dan mereka sampai di rumah pukul 1.15 pagi..hoho..bukan main lewat lagi...walaupun aktiviti terhad..kami tetap ceria..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Tahniah Kepada Blogger!!

Assalamualaikum..sebelum aku melelapkan mata..tiba-tiba datang satu idea yang diimport daripada mana agaknya..ternyata sebenarnya diri kita tidak ketandusan idea..apa yang dilihat, apa yang dirasa..itulah idea...Semenjak aku mula berblogging, semakin hari dunia blog semakin meriah dengan kehadiran blogger-blogger baru..tidak terkecuali aku..Aku berasa teruja bila ramai yang sudah mula berblogging..

WELCOME TO NEWBIE BLOGGER

Kepada yang telah terjebak ke dunia blogging..pilihan anda memang tepat..keseronokan di dunia blogging tidak sama dengan keseronokan di dunia maya yang lain..percayalah..walaupun aku baru " baby " lagi dalam dunia blogging..alhamdulillah..aku sudah mempunyai keluarga yang besar dan jugak teman-teman blogger yang peramah..andai kata sesiapa mempunyai kemusykilan terhadap dunia blogger..jangan risau atau takut..anda boleh bertanya..tiada charge yang dikenakan..hehe..

NEVER SAY NEVER..peace!!

191 Lagi Followers AkPerlukan

Assalamualaikum..rasanya macam lama je aku tak update..hari ni memang sibuk gila lah..ke sana ke hilir aku pergi..haha..nak buat macam mana..adik-adik aku ni semua barang nak baru..maka abah dan emak aku lah mangsa keadaan..huhu..kalau nak di harapkan aku memang tak lah..hoho..

Sebelum tahun baru ni..aku macam lah nak pasang niat..tapi tak tahu lah kesampaian atau tidak..korang, aku nak target 1000 followers ni..wah nampak tamak je kan..huhu..itu je harapan aku sebelum tahun baru..tetapi jangan lupa..ada keuntungan untuk sesiapa yang join contest aku dan kacamata..hehe..tunggu..seandainya followers aku cecah 1000 sebelum tahun baru..aku akan umumkan sesuatu yang sangat menarik..haa..mesti nak tau kan..sabar ye..

Oklah kepada sesiapa yang belum join contest aku dan kacamata..boleh klik sini..
link jangan tinggalkan di sini eh..tinggal di entri asal..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Friday, December 24, 2010

"Saya Blogger Melaka"


Source: Yahoo images
 
Assalamualaikum..huhu mengantuk tak hilang lagi ni..maklum la semalam aku da membuta lewat..huhu..then bangun je terus mengadap laptop..haish takde kerja lain ke aku ni..huhu..nak buat macam mana minat punya pasal..ok pagi ni aku nak join satu segmen la kot..hoho kalau aku tak silap anjuran En. Azman Roslan..nak tau apa dia??jom join..

Nama anda : Mohd Syafiq Bin Rosli


Status anda : Bujang

Cara hubungi : Klik di Facebook Badge

Daerah/Jajahan : Jasin, Kawasan Merlimau

Tempat tinggal : Sekadar Kampung je..huhu

Apa yang menarik di tempat anda : Mempunyai restoran ikan bakar..layan beb..

Semua di atas adalah benar-benar belaka..tiada copyright..haha..


NEVER SAY NEVER..peace!!

'Contest Into The Mirror'





Jam menunjukkan 4.00am..haha apa gila aku tak tidur lagi..aku tengah godeh-godeh gambar korang yang join contest..tiba-tiba aku ternampak..cik hifazphat kita..agak join contest dia..hoho..aku bab-bab contest gambar memang cergas sikit..haha..

Nak tengok gambar aku..jom
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hoho..cermin besar punya aku bagi dekat tuan owner ni..masa ni aku dan member-member aku dekat pavillion..haha..nama tempat nak best-best je kan..tapi memang betul..kerja kami akan menangkap gambar di depan cermin tandas..hoho..

Tag kepada

Sitisaffiyah

Amna

Anisa

Wish me luck ya!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

12 Januari 2011 Adalah Penutup Contest Aku dan Kacamata


Assalamualaikum..huh letih aku berjalan siang malam..takpe-takpe walaupun penat aku nak jugak berblogging..rasa mcm tak lengkap pulak..kalau tak buka blog ni..Ok straight to the point..kepada yang telah menyertai contest ini aku mengucapkan ribuan terima kasih yang teramat sangat..haa sampai aku pun dah tak tahu nak ucap macam mana..:)..ramai yang tanya due date bila..tuh lah aku..nak buat contest due date lupa..haha..aduh..bertarikh 12 Januari 2011 maka berakhirlah contest ini..secara rasmi..So, kepada yang belum join boleh join lagi..jangan risau syarat mudah je..gambar pelbagai spec boleh..aku dah beri kelonggaran..hehe..

Pengumuman Penting!! seandainya followers aku mencecah 1000 sebelum 1 Jan 2011..aku akan bagi pengumuman khas..tunggu!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Tidak Ku Sangka

Assamualaikum..huhu ni entri pendek je aku buat ni..kejap lagi nak pergi layan movie 3D dengan my siblings..yahoo..aku berterima kasih sangat-sangat kepada yang telah join..aku begitu terperanjat kerana sambutan yang luar biasa daripada korang semua..ini adalah contest pertama aku..insyaallah..andai kata sambutan sebegini hangat..maka bulan yang akan datang..bolehlah aku buat contest lagikan..hehe..kepada korang semua..terima kasih sekali lagi kerana memberikan kerjasama yang cukup bermakna buat aku..Oklah korang semua jangan risau..aku akan terjah setiap blog yang dan dah join contest ini..dan yang dah jadi followers aku..andai kata aku terlepas pandang..let's me know ya..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thursday, December 23, 2010

Pengumuman Penting Contest Aku dan Kacamata

Assalamualaikum.haa mesti ingat aku nak tutup kan..belum lagi lah..awal lagi kan..aku pun belum dapat berkenalan dengan ramai blogger..hehe..maklumlah hidup ini kena rajin meneroka so, kenalah rajin-rajin kan..eh ada kena mengena ke..haha..

Oklah di sini aku ingin mengumumkan beberapa perkara penting:

Tarikh tutup: 12 Januari 2011

Gambar boleh menggunakan pelbagai kacamata

2 je pengumuman aku..hehe..simple je..

Kepada sesiapa yang belum join..anda boleh klik sini mahupun disidebar just klik dekat gambar banner..hadiah menarik ni..jangan ketinggalan ya..

NEVER SAY NEVER..peace!!

200 blog !



Assalamualaikum..tada..aku datang dengan segmen bro Ben Ashaari..jom-jom..sebelum ketinggalan..200 blog je diperlukan ni..klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Kata-kata Semangat Untuk Ben Ashaari






Assalamualaikum..aku di sini bukanlah untuk menumpang nama atau pun populariti beliau..aku tahu, aku masih jauh untuk berada sama tinggi dengan beliau..aku ada baca entri-entri beliau yang menyatakan blog empunya beliau tidak mempunyai info apa-apa..apa hebat sangatkah orang yang berkata sedemikian kepada beliau..tolonglah respect kepada orang lain..memang betul masing-masing mempunyai mulut untuk menegur..tetapi biarlah dengan berlembut..

Tidak lupa jugak aku sebagai fan Ben Ashaari..diharapkan bro janganlah mengalah ok!! teruskan dengan segmen-segmen seperti biasa..daripada situ aku dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain malah tidak membosankan..yelah takkan asyik nak tulis pasal peribadi dan lain-lain..dengan segmen ini jugak merupakan tempat sebagai hiburan..aku tak tipu bro..memang happening la..aku harap..bro teruskan je..biarlah mulut yang berinsurans tuh berkata-kata..aku yakin ramai blogger seperti aku jugak..GUA MEMANG SOKONG LU BRO..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Nenek Dan Blog

Assalamualaikum..hari sudah pun berlarut malam..tetapi aku seperti biasa melayan karenah blog aku yang baru lahir..hehe..maklumlah benda yang baru lahir kita perlulah bagi makan minum dengan cukupkan..tetapi takpe walaupun mata aku letih namun aku merasakan kepuasan bila dapat berdamping bersamanya..hehe..

Dekat sini aku nak cerita sikit..berkenaan nenek aku dengan blog..haa?? nenek aku ada blog?? bukan-bukan sebenarnya nenek aku asyik bertanya je..

Nenek: Apalah kerja kau asyik mengadap komputer 24 jam ni..

Aku: Blog ni nek..dapat duit nanti..hehe

Nenek: Ye ke?? kalau macam tuh nenek pun nak ada blog la..kalau dapat duit boleh pergi haji..

Aku: Wah!! betul ke nek ni..nenek tak mimpikan ( dalam hati aku..moden jugak nenek aku ni)

Nenek: Cu. please buatkan nenek satu eh..nenek bosan gak duk umah ni..dapat lah nenek penuhi masa lapang dengan blog

Aku: Beres nek..

Kenyataan di atas adalah rekaan semata-mata..yang betul 2 rangkap je..hehe..

NEVER SAY NEVER..peace!!

30 Krew BPM Diperlukan





Assalamulaikum..hari ini setelah Blog Pilihan Malaysia menutup tirai..En Azman Roslan @ penganjur memerlukan 30 orang krew untuk membantunya..maka aku di sini..rasa ringan tulang untuk menyertainya..:)
untuk menyertai..klik sini..

Nyatakan kenapa anda layak jadi Krew BPM

Aku rasa..aku layak dipilih kerana..minat aku terhadap berblogging memang mendalam..walaupun aku baru dalam bidang ini..aku sangat kagum dengan dunia blog..aku jugak mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan..wah macam berlagak pulak kan..hehe..tak baik berlagak kan..hanya menyatakan benda yang betul..Di samping itu dapat jugak mempromosikan blog aku kepada blogger-blogger yang lain..aku jugak menyokong dengan BPM ni..bukan sahaja kita dapat lihat blog-blog yang famous malah kenalan kita jugak bertambah..memang seronok dunia blog..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Aku Nak Bagi Duit Ni

Assalamualaikum..sekarang ni aku sedang mengadakan contest masih terbuka lagi tidak kira lelaki ataupun perempuan..tadi ada jugak yang tanya aku pakai kacamata biasa tak boleh ke..ok lah dengan berbesar hati..aku membuka peluang kepada yang memakai kacamata biasa..cepat-cepat sebarkan kepada blogger-blogger lain ye..oh ye aku boleh pulak lupa nak letak tarikh tutup..hehe maklum lah nervous kan first time buat contest..kepada yang nak join..jangan tinggalkan link di entri ni ye..tinggalkan link di entri asal..


Tarikh Tutup

12 Januari 2011


Hadiah-hadiahnya

Tempat Pertama: RM100

Tempat Kedua: RM 80

Tempat Ketiga: RM 50



Wanna Join?? Just clik CONTEST AKU DAN KACA MATA

NEVER SAY NEVER..peace!!
                                                                  

Contest Aku dan Kaca Mata






Assalamualaikum..buat julung kalinya..aku menganjurkan contest iaitu CONTEST AKU DAN KACAMATA..inilah adalah percubaan pertama aku..jikalau ada kekurangan..aku memohon maaf ye..

Syarat-syaratnya:
  • Menjadi follower seikhlas hati yang mungkin
  • Memerlukan gambar anda yang memakai kaca hitam..terpulang edit ataupun original
  • Tinggalkan link anda di entri ini apabila sudah join dan letakkan gambar banner di sidebar
  • Tag 2 orang rakan anda

Hadiah-hadiahnya   

Tempat pertama: RM 100
Tempat Kedua: RM 80
Tempat Ketiga: RM 50

NEVER SAY NEVER..peace!!