Wednesday, August 28, 2013

KL Gangster 2 Bocor Sebelum Ditayangkan di Pawagam


Sumber: FB Skop Productions

AMARAN!
Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan/download filem KL GANGSTER 2 tanpa kebenaran dimana2 media sekalipun.Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan utk mengesan mereka yg bertanggungjawab.

Kenyataan di atas telah dibuat oleh pihak produksi SKOP..siapa sangka..filem yang ditunggu-tunggu telah bocor di media elektronik..memang pelik, macam mana filem ini boleh terlepas keluar..mungkin ada pihak yang mahu mengutip keuntungan terlebih dahulu..dengar cerita filem ni bocor malam tadi..macam-macam

Aku yakin..filem ini masih boleh box office..yela di pawagam lebih gempak sistem bunyinya..apa pun..sokonglah industri Malaysia..KL Gangster je lah..haha..sebenarnya aku kurang tengok filem Malaysia kexuali cerita aksi..so jaga-jagalah siapa yang membocorkan filem ini terlebih awal..chow..

mood: lencai..haha

Wednesday, August 21, 2013

Tragedi Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland

Berikut adalah gambar-gambar tragedi:








NONE

NONE

NONE

Sumber: Pertama

Pada awalnya..dikatakan 10 terkorban..dan yang terbaru 33 orang..sungguh tragik kejadian ini..kalau kita lihat memang sudah banyak kemalangan jiwa yang melibatkan bas..bagi aku..sesiapa yang ada kenderaan sendiri..lebih baik naik kenderaan kita..kalau naik bas sekarang ni ibarat nyawa di hujung tanduk..

mood: al fatihah

Tuesday, August 20, 2013

SR Lancarkan Kedai Online


Assalamualaikum,nampaknya aku menceburi bidang baru iaitu bisnes online dengan menjual pakaian..aku bersama adik aku..mengusahakannya..jangan malu-malu untuk jenguk kedai online kami..aku ada update semua baju yang kami ada stok..


Baju kami jual harga murah2..jika berminat boleh hunbungi di 0196385345..

mood: suka suki shopping..

Friday, August 16, 2013

Gambar Terkini di Pergolakan Mesir

Aku sayu melihat saudara-saudara kita di sana..mahu juga aku turut bersama mereka..Allahuakbar!!

Photo: Gambar dari Mansurah seusai solat Jumaat membantah pembunuhan besar-besaran tentera ke atas penyokong Dr Muhammad Mursi

Photo: Komplasi gambar seorang pemuda mengangkat tangan tanda aman namun ditembak mati sejurus selepas itu.

RNN

Photo: Lagi perarakan besar dari medan safrankas menuju ke medan Ramsis.

ketika ini jam 11.30 malam waktu Malaysia 5.30 petang waktu Mesir.

Saqatat InQilabiyyah

Photo: #TerkiniMesir 

Selepas Ambulans dihalang bagi membantu orang yang cedera di Medan Ramsis, para pro Mursi terpaksa menggunakan kenderaan awam menuju ke pusat kecemasan atau mana-mana tempat untuk mengubati mangsa yang tercedera.

Ala ALbanna

Photo: #TerkiniMesir

Terkini dari dalam Masjid Fath Ramsis dan angka kematian dikatakan mencecah 90 orang hari ini di seluruh Mesir.

Anba

Mahu gambar selebihnya boleh like Page Sini

Aku tidak terkata apa-apa bila melihat perjuangan mereka..melainkan mendoakan mereka supaya berjuang habis-habisan dan dapat menamatkan pergolakan ini..ameen..

mood: Hidup Dr. Morsi


Lelaki Pukul Isteri Tersenyum



Kes lelaki yang memukul isterinya di dalam lif telah menyerah diri..tetapi yang aku rasa pelik..dia masih boleh tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku..walhal seperti yang kita lihat videonya..isterinya dipukul teruk..mungkin orang macam ni kurang didikan agama..

Tak tahan dia pukul isterinya depan anaknya..alahai lelaki..kita sebagai ketua keluarga harus tunjuk contoh dan teladan..bukan guna tangan dan kaki..bro sepatutnya kalau isteri kau salah pun gunalah mulut bukan kekerasan..

Sifat perempuan penuh dengan kelembutan..jadi sepatutnya kita sayang mereka..jadi daripada situlah kita mampu jadi keluarga bahagia..aku harapkan perkara macam ni tidak terjadi lagi..kasihanilah isteri kita..

mood: oh mama kahwinkan aku

Fantasy Premier League

Kepada kaki-kai bola..sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk menyertai Fantasy Premier League..orang kata tak dapat jadi Manager..jadi dalam khayalan pun dah ok..aku baru je siap daftar dan tidak sabar untuk melihat hasilnya..bukannya susah pun nak susun pemain..cuma kita pandai taktikal..hehe itu rahsia..


'

Sumber: Google

Aku masih mencari liga-liga untuk aku join..kalau ada add aku di FB ye.. Syafiq Rosli..Sabtu ini bermulalah season baru untuk EPL..ramai yang ternanti-nanti..namun mampukah Manchester United mengekalkan kejuaraannya.. sebagai penyokong GGMU aku rasa season agak sengit sekembalinya Jose Mourinho sebagai Manager di Chelsea..

Apa-apa pun Harimau Malaya power..eksperimen sampai habis!!

mood: GGMU


Thursday, August 15, 2013

Isu Agama Lagi??

Assalamualaikum,

Sebelum terlambat di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua Umat Islam..masih tengiang-ngiang lagi isu ucapan hari raya dengan anjing..timbul pula rumah ibadat orang Islam dijadikan sebagai tempat upacara Buddha..sedih aku melihatnya..senang-senang sahaja..surau yang suci itu diberi kebenaran untuk upacara agama lain..

Surau tu dah pun kena roboh..aku harap perkara macam ni sudah tak berlaku lagi ataupun dunia sudah semakin hampir akhir zaman..sudah terlalu banyak perkara yang berlaku menyentuh sensitivi agama..jadi banyak pihak perlu memandang lebih serius perkara ini daripada terus menular dari hari ke hari..sekarang apa yang aku dapat lihat ramai yang menghina Islam mengguna laman sosial..sudah terlalu meluas..


Sumber: Google

Nak menulis lebih takut tersalah fakta..tapi aku share apa yang aku tahu..tak bermakna apa yang aku tahu ni bukan fakta..oklah selamat malam..

mood: raya oh raya

Saturday, August 3, 2013

KL Gangster 2


Sumber: Youtube

Akhirnya penantian untuk KL Gangster 2 terjawab..aku rasa ramai yang tunggu untuk filem aksi ni..untuk KL Gangster yang pertama memang dah meletup..tambahan lagi para pelakon yang hebat-hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Shamsul Yusof, Sofi Jikan, Zizan Razak dan ramai lagi..untuk KL Gangster 2..Rosyam Nor turut berlakon..

Dulu dah untung 10 juta..lepas kita tunggu sahaja..hehe..baru gempak filem macam ni..tunggu..filem ini akan ditayangkan 3 Okt 2013..

mood: tak sabar nak raya..