Monday, October 17, 2011

Barang Bundle vs Barang Original

Pandangan manusia memang berbeza..bagi aku barangan bundle dan barangan original tidak jauh jurang bezanya..ianya sama sejenis pakaian..hanya jenama yang membezakannya..ada sesetengah orang tidak biasa menggunakan pakaian bundle..untuk aku..aku tidak kisah untuk menggayakan barangan bundle atau pun original..yang penting boleh pakai dan kelihatan kemas..

Ade sesetengah beranggapan barangan bundle dipakai bagi golongan yang tidak berduit..aku tepis kenyataan itu..salah sama sekali..mungkin ada orang yang sama jenis macam aku tidak kisah untuk memilih mana2 pun..kadang2 siapa sangka barangan bundle yang kita pakai mempunyai jenama yang cukup gah..contohnya macam uniqlo, levis dan banyak lagi..


Kalau nak diikutkan sekarang ni banyak kedai lambakan bundle di merata tempat..orang kata bundle bukan hanya tertumpu pada lelaki sahaja, malah wanita dan kanak2 juga boleh mendapatinya, jadi tidak mustahillah barangan bundle boleh diterima oleh masyarakat..


Bundle ni kalau kita pandai pilih memang terbaik..dengan harga RM5 dan RM10 kita dah boleh dapat baju yang kemas dan sedap mata memandang..aku dah pakau bundle..korang pula bagaimana..hehe..chow


mood: selsema