Thursday, January 26, 2012

Tercalon Dalam Social Media Awards 2012




Malaysia social media week is national event connecting people, content and conversations around emerginfg trends in social and mobile media..Like the page on facebook at this link..


Aku tertarik dengan event yang diadakan..jadi tak salah kalau aku mencubakan..korang semua boleh mencuba..penganugerahan ini di adakan bagi bertujuan mengumpul semua rakan media dan hala tuju sebenar kita sebagai media..

Jadi aku telah masuk dalam kategori lifestyle blog..baru je masuk ni..paling bawah sekali..hehe saja aku cari pengalaman..biarpun tak menang..baru kita tahu di mana tahap kita yang sebenar..dan kita dapat bersaing secara sihat dengan blogger-blogger yang lain..

Untuk vote aku..korang boleh vote di sini..jasamu dikenang..hehe..VOTE AKU DI SINI..


mood: chillax

Tuesday, January 24, 2012

Baucer Buku 1 Malaysia Bakal Dirampas Kalau Dijual














Pelajar-pelajar IPTA, IPTS, Matrikulasi dan asasi telah menerima Baucer Buku 1 Malaysia yang telah diedarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi..namun ada sesetengah sikap pelajar yang tidak bertanggungjawab sanggup menjual di laman web mudah.my demi kepentingan diri sendiri..seeloknya baucer yang diedar sebanyak RM200 digunakan pada tempat yang betul..


Baucer ini boleh digunakan di MPH dan POPULAR untuk menebus baucer tersebut..namun disebabkan sikap sesetengah pelajar yang menyalah gunakan baucer tersebut..Kementerian Pengajian Tinggi bertindak tegas dengan merampas bagi sesiapa yang menjual baucer tersebut..aku rasa ini adalah tindakan yang betul..dan tindakan patut diambil ke atas mereka yang menyalah gunakan baucer tersebut..


Apa-apa pun gunalah sebaik-baiknya..aku dah guna..korang bila lagi??chow..


mood: :)

Sunday, January 22, 2012

Perginya Izwan Pilus Untuk Selamanya














Sedih aku dengar pemergian Allahyarham Izwan Pilus..merupakan abang kepada Aril AF..tak sangka tiba-tiba je dengar..Izwan Pilus terkena jangkitan paru-paru..Izwan Pilus terkenal dengan lagu Kembali Senyum..dalam sedar tak sedar..dia merupakan orang Melaka bertempat di Nyalas, Jasin..siapa sangka umur semuda 33 telah menghembuskan nafas terakhir..kita hanya boleh berdoa dan moga-moga dia di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..


Kepada Aril..kuatkan semangat dan teruskan perjuangan dalam bidang seni seperti abang anda..chow


mood: Suka Man UTD menang

Friday, January 20, 2012

Pro Tonton Sumpahan Kum Kum





























Akhirnya cuti telah bermula..sebelum aku pulang ke Melaka..aku telah pergi ke Pra Tonton Sumpahan Kum Kum..di MBO Subang Parade..sekali lagi filem ini di bawah MIG arahan daripada Ismail (Bob) Hashim..filem sebelum ini iaitu Ngangkung telah memberi pulangan yang sangat hebat..bagaimanakah dengan Filem Sumpahan Kum Kum??

Review Sumpahan Kum Kum
Pertama sekali aku hanya boleh cakap..filem ni memang seram..bukan promot atau apa..tapi memang serius seram..meremang bulu roma kalau tengok..tak percaya..cuba tengok sikit..haha..mesti menjerit punya..Jalan cerita filem ini memang tidak bosan..okeh aku cerita sikit..filem ni ada kaitan dengan amalan susuk dan ilmu hitam..sumpahan berlaku disebabkan si pemakai susuk telah melanggar pantang larang melihat cermin yang dilarang selama 44 hari..namun pengamal ilmu hitam telah mengarahkan si pemakai susuk untuk memulihkan keadaan dia harus menghisap darah 9 anak dara sunti..apa kesudahannya?? tontonlah sendiri..hehe..salut abang bob lah..

Rating
5/5 bintang

Pelakon-pelakon Sumpahan Kum Kum
Fezrul Khan
Shima Anuar
Wawa Zainal

Gambar-gambar di Pra Tonton Sumpahan Kum Kum









Syafiq Rosli


















Ehem-ehem comelkan pelakon ni..ni lah yang jadi hantu dalam Sumpahan Kum Kum (SHIMA ANUAR)..tunggu gambar dari Ujang..ada juga bergambar dengan Wawa Zainal..nasib Ujang dah kahwin..aku single lagi..hehe..adios..

Tuesday, January 17, 2012

Pra Tonton Keramat

David Teo


























Salam sejahtera kepada semua..agak lama aku meninggalkan blog buat sementara waktu..nampaknya aku dah boleh update seperti biasa..selepas berperang dengan peperiksaan akhir..aku telah mendapat tiket percuma daripada sahabat aku iaitu UJANG..terima kasih ujang..ade tiket percuma ajaklah lagi..hehe..Filem Keramat ini adalah di bawah MIG..dan sebuah arahan Azhari Mohd Zain..


Review Filem Keramat
Filem ini berkisarkan tentang kisah lampau yang berlaku di antara Habib dan Mustika..dan Habib telah membuat sumpahan ke atas orang yang menganiayainya..Jalan cerita Filem Keramat agak perlahan pada awalnya..tetapi jangan risau pasti terkejut bila menontonnya..


Tema untuk filem ini..APABILA KERAMAT DI BUKA, NYAWA GALANG GANTINYA..bila baca ayat tuh macam seram je bunyi..cerita ni akan membuatkan anda tertanya-tanya..pelbagai konflik yang berlaku..aku bagi 3.5 bintang..di akhir cerita ini tiada seorang pun hidup..


Pelakon-pelakon Filem Keramat

  • Zul Handyblack : Nazmir / Habib (Pelakon Utama)
  • Rabecca Nur : Syazura / Atie (Pelakon Utama)
  • Mon Ryanti : Munirah (Pelakon Utama)
  • Adey Syafrien : Bukhari (Pelakon Pembantu)
  • Putri Mardiana : Dr. Najwa (Pelakon Pembantu)
  • Diana Amir : Mustika (Pelakon Pembantu)

Blogger-blogger yang hadir

Aku copy paste dari Ujang je ni..hehe..
Sumber: Ujang

Mood: Ada Zack Zukhairi tuh..

Sunday, January 8, 2012

Perempuan Menyukai Lelaki Yang Bermain Gitar?









Lama tak berbicara mengenai kehidupan seharian..maklumlah sekarang ni aku tengah sibuk dengan exam..aku baru je selesai dua paper..hmm..entahlah aku hanya berharap semuanya lulus..aku ada empat lagi paper..doakan aku yang terbaik ye..ok lupakan pasal exam..apa yang aku mahu kongsikan..ternyata ramai perempuan diluar sana lebih gemar lelaki yang bermain gitar..adakah ini betul??

Aku ada rasa keliru sedikit mengenainya..bagaimana lelaki yang tidak pandai bermain gitar..daripada survey yang aku buat..mereka mengatakan lelaki yang bermain gitar adalah lebih romantik..ini kerana mereka lebih gemar membuat lagu dan tujukan kepada pasangannya..biasalah ada sesetengah perempuan begitu tersentuh bila temannya menyampaikan sebuah lagu dan tambahan lagi lagu tersebut berkaitan dengan hubungan mereka..

Tapi aku rasa itu kelebihan masing-masing..tak perlu nak ikut cara orang..dulu aku pernah juga berjinak untuk belajar main gitar..hampeh..berapa kali petik je..tali gitar putus..terus aku batalkan niat..hehe..so, aku hanya tahu menyanyi..itu pun hanya suka-suka..confirm bernanah telinga kalau dengar..haha..apa aku melalut ni..berbalik pada topik ini..memang aku tak nafikan..lebih separuh daripada survey yang aku buat..perempuan memang suka lelaki yang pandai bermain gitar..tak apa..lelaki yang tidak pandai bermain gitar mungkin mempunyai cara berbeza untuk menawan hati pasangannya..

Apa-apa pun bercinta menggunakan hati dan akal..chow..

Thursday, January 5, 2012

EyeStudio Photography Oleh Aizul Marcello Dan Temannya






Kebiasaannya perkahwinan atau pun apa-apa majlis-majlis yang gemilang pasti memerlukan gambar untuk membuat kenangan..jadi seorang sahabat aku iaitu Aizul Marcello..aku rasa ramai yang mengenalinya..orang terkenal ni..hehe..di baru je membuka studio..apa-apa pun..buat yang terbaik brother..Ini adalah butiran mengenai studio tersebut:


Lokasi
Tentang Studio
eyeStudio® Photography is expert in capturing the moments.

We provide photography services such as WEDDING, PORTRAITURE, PARTY, PRODUCT, CORPORATE and many more
Telefon
Laman web

Page EyeStudio Photography--->sini

Spontaneous Thursday #1

Spontaneous Thursday





Kadangkala kecantikan wanita menjadi senjata untuk memikat lelaki..






Wednesday, January 4, 2012

Keputusan Penuh: Newcastle United vs Manchester United






Ji-sung Park

Sumber: Sini

Perlawanan tadi berakhir dengan keputusan Newcastle United (3) - Manchester United (0)..gol Newcastle telah dijaringkan oleh Ba, Cabaye dan gol sendiri oleh Jones..nampaknya Manchester United ketinggalan 3 mata di belakang pendahulu liga..aku sebagai peminat Manchester United..tidak mengapa memang adat perlawanan ada yang menang..ada yang kalah..

Video Amalina Che Bakri Memberi Penjelasan



















Akhirnya Amalina Che Bakri memberikan penjelasan kepada semua rakyat Malaysia..jadi benarlah gambar-gambar tersebut adalah gambarnya..yelah kesian dekat dia..macam aku pernah cakap..kita ada tiga cara teguran..tak perlu nak maki-maki atau sebaliknya..nasihat yang disarankan oleh Islam..Ini adalah link video tersebut--->sini

Tuesday, January 3, 2012

Klip Video Pendam - Shahir(Gadis Di Dalam Lagu Ini Menyerupai Selena Gomez)


Lagu Pendam dinyanyikan oleh penyanyi yang lahir dari satu rancangan realiti iaitu Shahir..bagi aku Shahir mempunyai suaranya yang tersendiri..lagu ini sedap didengar dan jalan penceritaan di dalam klio video sungguh menyayat hati..tapi bukan lah aku nak cakap pasal lagu ni..

Cuba perhatikan gadis atau perempuan yang berlakon di dalam klip video ini..rupanya tidak lari daripada Selena Gomez..cantik..rambutnya yang panjang pasti membuatkan sang jejaka tertawan..aku tak tahu nama perempuan di dalam klip video ni..kalau aku tahu aku dah cari biodatanya untuk diperkenalkan..hehe..apa-apa pun layan lagu Shahir dulu..chow




10 Perkara Yang Merosakkan Otak

  1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi
  2. Terlebih Makan
  3. Merokok
  4. Mengambil Gula Berlebihan
  5. Menghidu Udara Yang Tercemar
  6. Tidur Dengan Menutup Muka
  7. Tidur Yang Berlebihan
  8. Kurang Imaginasi
  9. Jarang Berfikir
  10. Tidak Membaca AlQuran

Di atas adalah perkara-perkara yang mengundang kepada kerosakan otak..Jadi jika anda ada melakukan perkara di atas silalah berhati-hati..ini adalah sumber dari yang orang yang bertauliah..ada penerangan setiap bahagian di atas..tapi aku kesuntukan masa kerana dengan peperiksaan yang semakin hampir..jika tidak pasti dengan di atas boleh terus hubungi aku..aku paling tertarik dengan nombor 10..kita sebagai umat Islam rajin-rajinkan lah membaca AlQuran..kerana terdapat pelbagai manfaat di dalamnya..chow..

Kumpulan Boboi (Aflin Shauki & Harun Salim Bachik) Menyertai UMNO















Akhirnya kumpulan BOBOI menyertai UMNO..aku tak pastilah sebelum ni mereka undi apa..masing-masing punya hak kan..apa-apa pun pilihlah mengikut hati anda..tak berani nak cakap pasal politik ni lebih-lebih bahaya..sebelum itu aku nak ucapkan tahniah kepada BOBOI kerana mendapat tempat ke 2 dalam Maharaja Lawak Mega..chow

Video (Parody) I'm Sexy And I Know It -- Aku Tahu Aku Seksi



Haha..itulah perkataan pertama bila aku tengok video mamat ni..lawak gila..agak-agak siapa stress boleh layan video ni..memang kreatif..editing yang bagus..lirik 100% ditukar kepada Bahasa Melayu..layan..chow

Amalina Che Bakri Menjawab Isu Semalam
















Belum reda lagi kontrovesi semalam..Amalina Che Bakri lantang bersuara di status Facebook..buat masa sekarang aku tak tahulah kesahihannya..aku cuma dapat daripada sumber-sumber yang boleh diguna pakai..kita harapkan pintu hatinya terbuka..kalau kita baca statusnya memang menunjukkan dia tidak takut sebarang tomahan dan hukum agama..itu biarlah urusan dia dengan Tuhan..


Sumber: sini..

Monday, January 2, 2012

Lagi Kontrovesi: Ustaz Azhar Idrus Dianggap Iblis

















Semalam kes lain..hari ini datang lagi kontrovesi..ada seorang blogger..mungkin nak cari famous ke ape..aku pun tak pasti..gambar di atas adalah semasa di dataran S.Alam pada tahun baru..kita boleh lihat apa yang ditulis pada gambar tersebut..sungguh kita tak sangka..padahal..yang komen berkenaan Ustaz Azhar Idrus tiada pun bercirikan Ustaz..haish dunia-dunia..yang tak boleh tahan dia guna hadis..tak apa lah..kita harapkan dia tidak sesat mana-mana ajaran..dunia akhir zaman


Sumber Asal : Sini


Sumber Kedua: Sini

Carian Blog-blog Paling Popular 2011













  1. Blog Serius
  2. BeautifulNara
  3. Papagomo
  4. Jejari Runcing
  5. Honeykoyuki
  6. Oh bulan
  7. Kari Ngeri
  8. Malaymoviesfull
  9. Myresipi
  10. Inibelogsaya


Ini merupakan blog-blog yang popular di carian google pada tahun lepas..agak-agak bilalah blog aku pula kan..hehe berangan jap..tahniah kepada yang tersenarai di atas..yang paling aku suka no 5..idola tuh..hehe..belum sempat untuk bertentang mata lagi..hehe..simpan angan-angan sahaja..tahniah lagi sekali diucapkan..semua blog mantap-mantap..selamat berblogging..chow..

Kesian Amalina Che Bakri





















































Kalau cerita tak baik..memang cepat sangat disebarkan..dalam kesempatan yang ada sebelum aku final..aku agak rasa terkejut dengan perubahan yang dialami oleh bekas pelajar terbaik Malaysia suatu ketika dulu..kalau kita kutuk macam mana sekali pun..kalau diri sendirinya tidak berubah..susah juga..kita harapkan sesuatu perubahan yang baik berlaku kepada Amalina..tak perlu guna makian..apa pun kita doakannya supaya kembali seperti sediakala..

Cerita penuh di sini..

Sunday, January 1, 2012

Aku Nak Exam





























Assalamualaikum..tanggal 5 Januari 2012 maka bermulah peperiksaan aku..aku harap..aku dapat buat yang terbaik..doakan lah aku menjawab dengan jayanya..dan maafkan lah segala kesalahan aku selama ini..chow..