Tuesday, November 29, 2011

Mini Showcase Muzzy Band


Aku pasti korang pasti belum pernah dengar Muzzy Band..Muzzy merupakan abang kepada Noh Hujan...Pada suatu ketika dahulu Muzzy bergerak secara underground namun sekarang beliau ingin komersial kan bakat beliau di persada tanah air kita..jadi jangan lupa untuk mengenali lebih dekat artis ini dengan layari:



Gambar di Mini Showcase




Keadaan gambar agak kurang memuaskan disebabkan hanya menggunakan kamera telefon bimbit..Pada masa ini Muzzy telah menyampai beberapa lagu..termasuklah lagu Hingga Akhir Nafasku..aku yakin bila korang dengar lagu ni memang tersentuh.Ayuh jom kita support Muzzy!! Antara blogger2 yang hadir:



Ini adalah VC-Hingga Akhir Nafasku

mood: santai

Review Filem Puss In Boots



Puss In Boots!! Puss In Boots!! Siapa dah tengok..Nisa Kay telah ajak aku pergi tengok cerita ni di One Utama..tiket ni dia dapat daripada Nuffnang..sebelum pergi aku macam pelik lah..apa yang cerita aku nak tengok ni..bila aku dah tengok cerita ni..sumpah aku cakap..memang lawak cerita ni..dah macam tengok cerita komedi..hehe

Sinopsis


Puss in Boots (Antonio Banderas) mungkin tak muncul sejak pertama film SHREKada. Karakter ini baru muncul di bagian kedua namun itu bukan berarti karakter yang satu ini lantas bisa dipandang sebelah mata. Kali ini DreamWorksAnimation akan mengajak kita melihat kehidupan Puss in Boots sebelum ia bertemu Shrek.

Film berjudul PUSS IN BOOTS ini memang memperkenalkan karakter-karakter baru seperti Kitty Softpaws (Salma Hayek) dan Humpty Dumpty (Zach Galifianakis). Hanya karakter Puss in Boots saja yang sudah pernah muncul diserial SHREK. Film ini memang jadi prekuel yang mengisahkan petualangan Puss in Boots sebelum ia bertemu Shrek.
Dikisahkan Puss in Boots, Kitty Softpaws, dan Humpty Dumpty terlibat petualangan mencari angsa yang konon bisa bertelur emas. Mampukah mereka menemukan angsa ajaib ini? Tentu saja petualangan ini bukan perjalanan yang mudah karena akan banyak yang menghalangi usaha mereka kali ini?

Sumber: Sini


Hehe dapat button nuffnang

mood: masa itu emas



Monday, November 28, 2011

Keputusan Penuh Sukan Olimpik 2012 London (Kelayakan Asia) | Malaysia vs Syria 23 November 201


Cerita sepatutnya aku dah publish minggu lepas..tetapi disebabkan aku pergi bercuti maka terpaksalah ditunda ceritanya..Keputusan penuh Malaysia tewas di tangan Syria (0-2), namun walaupun kalah kita terpaksa akur..dalam setiap perlawanan pasti ada kalah dan menang..kita tidak boleh salahkan pemain kerana daripada pemerhatian aku..mereka memang tidak cukup rehat..terlalu penuh jadual perlawanan..apa2 pun aku nampak jugak perubahan taktik permainan pemain bola sepak negara kita..dan aku bangga menjadi rakyat malaysia..

Riak wajah di sekitar stadium Bukit Jalil





mood:gila bola

Wednesday, November 23, 2011

Spontaneous Thursday - Heart Feeling

Jiwa Yang Tenang Pasti Semuanya Yang Dirancang Berjalan Dengan Baik


mood: hajat yang tidak kesampaian

Tuesday, November 22, 2011

OMG!! Anti Fakri Sarani


Sumber: Facebook

Alahai kesian Pemain Bola kita yang seorang ni..semua orang duk cemuh sana sini..sampai wujudnya ANTI FAKRI SAARANI..aku malas nak backlink..korang taip je dekat facebook mesti keluar..tapi masa pagi tadi..aku peraasan masa di Twitter FAKRI SAARANI meminta maaf kerana dia tak menjaringkan gol penalti..yang peliknya BEAUTIFULNARA cakap itu adalah fake semata2.aku pun tak tahu mana yang betul..

Kalau nak diikutkan aku bengang jugak dengan cara permainan si FAKRI ni..bukanlah nak cakap aku ni hebat bola ke tidak..sekurang2 nya bermainlah secara berpasukan dan bersemangat..Apa2 pun kita harap Malaysia akan menumbang Syria di Stadium Bukit Jalil malam ni..AUUUMMMM


mood: gilabola

Wordless Wednesday #Nuffnang

Luv nuffnang. Hihi



mood: joy



Saya Mahu Menonton Far East Movement Live in Malaysia


Saya ingin dapatkan sepasang tiket percuma bernilai RM2++ dari Bro Framestone & Universal Music Malaysia" kerana inilah peluang keemasan saya untuk bertemu dengan Far East Movement yang terkenal dengan lagu Like aG6 dan Rocketeer. Bukan mudah untuk bertemu dengan mereka, kalau tak silap saya ini merupakan pertama kali Far East Movement menjejakkan kaki di Malaysia. Oleh itu, tidak mungkin saya akan melepaskan peluang yang terhidang luas sebegini.

Jadi dengan kesempatan yang ada, jikalau tuah memihak pada saya, sudah pasti ini merupakan satu berita yang baik buat saya. Untuk maklumat selanjutnya:

Konsert Moovment 2011  Bersama Far East Movement Dan DJ Earworm

Pada 3 Disember 2011 ini akan di adakan konsert Moovment 2011 di Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park.

Artis yang akan menjayakan konsert ini adalah Far East Movemont [yang bawa lagu Like A G6 dan Rocketeer] dan juga DJ Earworm.

Konsert ini di bawa khas oleh Universal Music Malaysia dan Marctensia Conserts bersama-sama dengan TuneTalk Mobile Prepaid.

Ia juga akan dimeriahkan lagi oleh DJ Crystal dan DJ Junior dari Taiwan. Tidak lupa juga dari Malaysia iaitu DJ Ken dan jakeman.

Maklumat Mengenai konsert ini

Tarikh: 3 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 2.00am
Tempat: Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park

Harga Tiket: RM103 (Rock Zone) dan RM203 (Pit Zone)
*Harga termasuk tax RM3 dari AirAsiaRedTix
** Remaja bawah 18 tahun tidak di benarkan

Kaunter tiket AirAsia RedTix

* Tiket hanya dikeluarkan pada 26 Oktober 2011 ke atas.

Victoria Music Centre
1) Sungei Wang (TEL: 03 - 2148 7208 & 03 - 2142 0661)
2) Amcorp Mall (TEL: 03 - 7956 0592)
3) Tropicana City Mall (TEL: 03 - 7722 2955)
4) Bangsar Shopping Centre (TEL: 03 - 2093 1093)

Rock Corner
1) The Gardens Mall (TEL: 03 - 2284 4893)
2) Mid Valley Megamall (TEL: 03 - 2284 1423)
3) KLCC (TEL: 03 - 2161 9417)
4) Subang Parade (TEL: 03 - 5636 9520)
5) The Curve (TEL: 03 - 7729 6313)
6) One Utama (TEL: 03 - 7725 5667)

Untuk pembelian secara online, layari: www.AirAsiaRedTix.com/Events/Moovment atau hubungi 03-8775 4666 untuk maklumat lanjut tiket.

Untuk maklumat lanjut mengenai MOOVMENT 2011, sila hubungi:-
- Marctensia Concerts at 03-2092 1199 or log on to www.marctensia.com
- Universal Music Malaysia at 03-7958 7433 or log on to www.universalmusic.com.my


mood: chill

Monday, November 21, 2011

Punca Kekalahan Indonesia Kepada Malaysia


Sumber: Google

Syukur nasib baik lah Harimau Muda/ Malaysia menang pada perlawanan akhir Sukan SEA bagi mengekalkan kejuaraan sebelum ini yang pernah diraih dua tahun lepas..Di sini aku ingin berkongsi sedikit punca kekalahan Indonesia kepada Malaysia..Antara punca sebenarnya:

# Bonai tersalah baca mandrem di pintu gawang Malaysia..pergi baca mandrem tak gol siapa suruh..haha

# Bonai lebih banyak masuk gol daripada bola itu sendiri..padahal bonai ingat dia dah skor tapi dia bawa diri sendiri masuk pintu gol

# Fakri yang tersangat ohsome..haha 

# Tak dapat lawan pawang Malaysia lagi..keke..

Sekian..sekadar gurauan semata2

mood: harimau muda

3000 Memberi Makna

Ehem2..rasa dah lama tak menaip entri di blog ni..kesian siapa yang follow aku di blog..aku minta maaf banyak2 di sebabkan kesempitan masa yang sedang aku alami sekarang ni..maklumlah final year student kan..lama sangat aku tak update blog..tapi di saat ni aku ingin berjanji pada diri aku sendiri..aku nak update paling kurang satu entri satu hari..jadi takde lah blog aku terbiarkan..

Haha ayat aku dekat atas ni macam skema pula..kalau nak diikutkan pengalaman aku berblogging takde lah banyak sangat..tapi aku belajar sedikit demi sedikit tentang blog..sebelum ni aku tak pernah terpikir menjadi seorang blogger..tapi kalau difikirkan balik..aku tidak menyesal menjadi seorang blogger..kita dapat kenalan ramai..dapat berkongsi ilmu dengan orang..dan banyak lagilah..

Apa2 pun dalam dunia blogging ada baik ada buruknya..terpulang kepada individu masing2..tak perlu untuk meniru cara orang lain..kita perlu ada identiti tersendiri..apa2 pun lagi sekali aku ingin ucapkan terima kasih kepada yang sudi follow blog aku yang tak seberapa..kalau boleh aku nak beramah mesra dengan semua followers aku..keke..mengalahkan artis pulak..ok la sekian daripada aku..chow

mood: gila bola

Wednesday, November 16, 2011

Haram Jadah Punya Gambar


Geleng kepala bila aku tengok gambar di atas ni..apalah nak jadi manusia zaman sekarang..kalau lah aku diberi peluang untuk bertemu dengan manusia yang tiada pendirian agama ni..dah tentu aku dah rejam dia sampai mati..nak kata binatang..tak jugak..sedih aku lihat perangai manusia macam ni..sedap sangat ke hubungan sejenis ni..pada hal banyak lagi perempuan di luar sana..

Nak tulis panjang2 pun tak guna..aku harap manusia2 di luar sana beringat lah..kita masih ada agama kita..jangan menjatuhkan maruah dengan perkara yang tidak bermoral..sekian

mood: geli geleman

Tuesday, November 8, 2011

Lelaki MALAYSIA Tidak Cerewet

Pagi tadi aku terbaca satu topik di UTUSAN MALAYSIA menyatakan Lelaki MALAYSIA Tidak Cerewet..mula2 aku baca macam tak logik juga dibuatnya..tapi disebabkan ia fakta yang telah dibuat kajian oleh Lunch Actually..aku cuba untuk mempercayainya..jenis aku..terus terang aku katakan..aku memang tidak cerewet dalam apa jua aku lakukan..tapi kadang kala aku fikir cerewet ni perlu jugak untuk tempat2 yang tertentu..


Apa yang aku dapat ulaskan..fakta yang disiarkan UTUSAN MALAYSIA lelaki MALAYSIA tidak kisah untuk keluar dengan wanita yang lebih tinggi darinya mahupun status kerjaya..mereka memang tidak kisah..tapi lain pula untuk kaum wanita, mereka lebih memilih..tidak akan keluar dengan lelaki yang lebih rendah darinya..atau pun status kewangan..mungkin mereka takut kalau mereka memilih yang serba kekurangan..hidup mereka tidak akan terjamin..


Namun, apa yang membuat aku terkejut..timbulnya satu laman sosial untuk mencari pasangan yang dipanggil eSynchrony yang telah dicipta Violet Lim..jadi kepada yang masih bujang boleh lah mencubanya..keberkesanannya aku tidak tahulah..sebab aku pun tak pernah cuba..


mood: nak sign up

Monday, November 7, 2011

Berblogging Bukan Untuk Famous

Salam satu Malaysia..di sini ingin aku ingin sampaikan satu amanat kepada mereka yang baru berblogging..nampak macam marah kan..tapi sebenarnya tidak..apa yang aku ingin perkatakan.."FAMOUS" sering diungkapkan bagi blogger2 yang newbie ataupun baru..janganlah difikirkan famous bila menjadi blogger ni..korang ingat korang artis ke..jauh sekali kot..ok menjadi seorang blogger, kita merupakan media nombor dua selepas media cetak dan media elektronik..


Blog ni juga boleh menceritakan pelbagai isu..tak kiralah artis ke, IT ke..dan macam2 lagi lah..terlalu luas dunia blog ni..sedangkan aku pun masih mempelajarinya..kalau ada blog semata2 untuk jadi famous..lupakan lah hasrat tuh..blog ni merupakan tempat untuk kita berkongsi pada orang lain apa yang kita ketahui..kalau mahu dikejarkan famous..baik pergi masuk AF, MyStar LG..dan lain2 rancangan realiti dekat Malaysia ni..

Aku bukan berlagak bagus atau apa..ini cuma sekadar pandangan terbuka..masing2 boleh bagi pandangan kan..memang aku akui..ramai yang famous apabila jadi blogger ni..tapi aku rasa itu bukanlah niat dia orang pada awalnya..mungkin ianya satu bonus..kita tidak tahukan..bukan senang untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi..usaha yang tidak putus2 adalah kunci kejayaan..tapi ingat..famous bukan yang kita kejarkan untuk menjadi blogger..sekian..


mood: cuti

Cantik!! Tetapi Menderita

Aku tertarik satu topik yang agak unik..benda ni akan dibincang dalam Wanita Hari Ini pada esok hari..Cantik!! Tetapi Menderita..apa yang ingin aku kongsikan..dalam menjaga kecantikan diri kita tidak perlulah terlalu "Over" atau melebih2..yang aku dapat lihat..kebanyakkan perempuan suka memakai heels tetapi dalam masa yang sama..jalan terhuyung hayang lah, kaki melecet lah..apa pun tak boleh..ini boleh dikatakan sebagai menyeksa diri sendirikan semata2 untuk kelihatan cantik dan anggun..


Dalam situasi yang lain..pemakaian kanta lekap..apa yang kita dapat lihat sekarang..ianya dijual pada harga yang murah..tidak pasti sama ada ianya ok atau pun tidak..aku saran kan kalau nak beli kanta lekap lebih baik pergi ke kedai optometrist..dapatkan nasihat dari yang pakar kan..kita dapat lihat banyak kes yang pakai kanta lekap dan memberi kesan yang tidak elok..kita pun tidak tahu apa yang terkandung di dalamnya..jadi berhati2 lah..

Apa yang kita dapatkan..jika kita terpaksa menyeksa diri kita..semata2 untuk kelihatan cantik..bagi aku tak perlulah semua tuh..bersyukur apa yang kita ada kan..dapat anugerah ke kalau kita pakai "Over" sangat..tak kan..belum tentu orang sekeliling akan memuji kita..silap2 mahu kena kutuk lagi kan..topik ni aku bukan tuju pada siapa2 pun..hanya pandangan terbuka ok..ambil iktibar apa yang aku kata kan..berfesyenlah selagi tidak memudaratkan diri kita..adios..


mood: rindu blog

Wednesday, November 2, 2011

Kupasan Mengenai Isu Pembuangan dan Penderaan Bayi

Aduhai..sedih aku dengar berita tentang kes pembuangan bayi dan penderaan bayi..apalah nak jadi dengan negara kita ni..nak kata masyarakatnya "BODOH" tak juga..mungkin cetek pemikiran agaknya..kenapa mereka2 ni suka membuang bayi atau pun mendera..budak yang baru lahir tidak bersalah pun..ibarat kain putih..kita yang akan mencorakkannya..


Yela kita pun dapat lihat..isu anak luar nikah terlalu banyak..ini terjadi disebabkan banyak faktor..kalau aku nak huraikan pun..aku rasa korang pun dah tahu kan..memang aku tak puas hati dengan isu ni..sedangkan bayi yang mereka buang dan dera tidak bersalah pun..apalah salah mereka sampai sanggup diperlaku begini..


Segala KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA....