Friday, January 20, 2012

Pro Tonton Sumpahan Kum Kum





























Akhirnya cuti telah bermula..sebelum aku pulang ke Melaka..aku telah pergi ke Pra Tonton Sumpahan Kum Kum..di MBO Subang Parade..sekali lagi filem ini di bawah MIG arahan daripada Ismail (Bob) Hashim..filem sebelum ini iaitu Ngangkung telah memberi pulangan yang sangat hebat..bagaimanakah dengan Filem Sumpahan Kum Kum??

Review Sumpahan Kum Kum
Pertama sekali aku hanya boleh cakap..filem ni memang seram..bukan promot atau apa..tapi memang serius seram..meremang bulu roma kalau tengok..tak percaya..cuba tengok sikit..haha..mesti menjerit punya..Jalan cerita filem ini memang tidak bosan..okeh aku cerita sikit..filem ni ada kaitan dengan amalan susuk dan ilmu hitam..sumpahan berlaku disebabkan si pemakai susuk telah melanggar pantang larang melihat cermin yang dilarang selama 44 hari..namun pengamal ilmu hitam telah mengarahkan si pemakai susuk untuk memulihkan keadaan dia harus menghisap darah 9 anak dara sunti..apa kesudahannya?? tontonlah sendiri..hehe..salut abang bob lah..

Rating
5/5 bintang

Pelakon-pelakon Sumpahan Kum Kum
Fezrul Khan
Shima Anuar
Wawa Zainal

Gambar-gambar di Pra Tonton Sumpahan Kum Kum









Syafiq Rosli


















Ehem-ehem comelkan pelakon ni..ni lah yang jadi hantu dalam Sumpahan Kum Kum (SHIMA ANUAR)..tunggu gambar dari Ujang..ada juga bergambar dengan Wawa Zainal..nasib Ujang dah kahwin..aku single lagi..hehe..adios..