Sunday, March 10, 2013

Isu Lahad Datu




Sumber: Google

Selamat pagi warga Malaysia..dalam sedang negara kita mencapai ke arah negara maju..tiba-tiba berlakunya satu isu yang amat memeranjatkan iaitu Isu Lahad Datu..sebagai seorang warganegara, aku tabik kepada pejuang-pejuang negara kita yang sanggup bermati-matian bertempur dengan musuh kita..aku tengok di dalam blog-blog lain..orang kita saling makian..aku pelik, kita satu negara bro..apa mahu gaduh-gaduh..kita hanya pandai maki sahaja..kalau aku diberi peluang aku pun mahu menjadi pejuang dan mempertahankan negara kita..

Apa-apa pun kita doakan supaya isu ini selesai dengan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih teruk..yang penting kita sebagai rakyat Malaysia bersatu hati dan menyokong pejuang kita..hampir tiap-tiap hari aku tengok isu Lahad Datu ni..sentiasa mendebarkan..dan kepada media, aku harap tiada penyebaran khabar angin sebab orang kita ni senang sangat percaya apa yang dia lihat terlebih dahulu..jadi, sampaikan berita yang benar..

Jika perkara ini berlarutan sudah tentu akan memberikan kesan buruk kepada negara kita..yang kita tahu Sabah merupakah sebuah negeri yang sangat membantu ekonomi negara..BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH...

mood: pray for Sabah