Friday, July 19, 2013

Juadah Berbuka Beli di Bazar atau Masak Sendiri?

Assalamualaikum,

Kebiasaanya di bulan ramadan, kita dihidangkan dengan pelbagai juadah menu makanan dan minuman baik di rumah ataupun di bazar. Kita dapat lihat terlalu banyak lambakan bazar di mana-mana sahaja dengan berbagai-bagai menu dan ada juga menu yang kita tidak pernah lihat..kita tengok air sahaja dan ada bermacam-macam jenis..sampaikan kita pun tidak tahu nak beli yang mana..namun begitu ada kebaikan dan keburukannya di antara bazar dan masak sendiri..

BAZAR

Bagi aku bazar ni ada satu daya tarikan, bila kita nampak je kita terus terjah..tapi kita perlu berhati-hati, dekat bazar ni ada peniaga yang tangkap muat je..macam semalam parents aku kena keracunan makanan sebab makan mee kari..aku rasa mungkin kuah dia lama..jadi kita perlu tengok kualiti makan betul-betul sebelum kita beli..untuk minuman pun kena aware sebab kadar penggunaan air paip mungkin tinggi..aku tak de lah nak salahkan semua peniaga..yang penting mereka kena jaga kebersihan makanan dan minuman tu..bagi yang bekerja mereka lebih gemar beli di bazar, yelah balik kerja dah penat dan tak de masa untuk masak..

MASAK DI RUMAH

Sebenarnya masak di rumah lebih baik..kita tahu tahap kualiti makanan kita sendiri dan juga kita boleh berjimat..orang kata menguji tenaga gak, yelah balik kerja terus nak masak untuk juadah berbuka..kalau aku memang dah flat..letih oi..hehe..kita juga akan berpuas hati apa yang kita masak di rumah..sebagai contoh kalau kita beli nasi ayam di bazar, then tidak sedap, sudah pasti kita akan ada rasa kekesalan di situ..apa-apa pun masakan emak kita yang terbaik..

Ok..itu aje aku share, selamat hari raya..

mood: selamat berpuasa

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Dr. Dayana Membuat Luahan Hati Kepada Ashraf Muslim


Sumber: Facebook

Assalamualaikum, bagai hujan tiada guruh rupa-rupanya diam-diam ubi berisi..begitulah yang berlaku di antara Ashraf Muslim dan Dayana..sama-sama kita doakan supaya mereka mendapat jalan penyelesaian yang terbaik..ameen..

mood: selamat berbuka

Tuesday, July 16, 2013

Hina Agama Adalah Perbuatan Terkutuk


Sumber: Google

Assalamualaikum, gambar SAY NO yang aku guna di atas adalah untuk memaklumkan katakan tidak untuk menghina agama sesama kaum. Kita hidup ni Malaysia adalah negara majmuk. Tapi perbuatan beberapa hari lepas membuatkan ramai umat Islam berasa tersentak. Alhamdulillah, sudah dikenakan tindakan, tetapi bagi aku hukuman yang dikenakan tidak berat dan tidak cukup. 

Perbuatan ini merupakan perbuatan yang paling keji menghina agama. Memang tidak dapat diterima oleh orang Islam. Apa2 pun sensitiviti agama janganlah diusik. Pihak yang bertanggungjawab perlu memperketatkan lagi undang-undang bagi mengelakkan perkara sebegini terjadi lagi.

mood: selamat berbuka