Friday, July 13, 2012

Perjalanan Seorang Pelajar

Kehidupan aku sebagai seorang pelajar telah berakhir..maka selepas ini bermulalah kehidupan aku di fasa yang baru..yang aku belum tahu betapa banyaknya cabaran yang menunggu..setelah 5 tahun setengah aku belajar..maka bermulalah alam pekerjaan yang aku idamkan selama ini..ternyata zaman pekerjaan bukanlah perkara yang mudah..

Aku bermula dengan Diploma di UiTM Jalan Othman, dan terus menyambung pelajaran di UiTM Puncak Alam..5 tahun setengah aku lalui dengan berbagai cabaran..belajar pun bukanlah suatu perkara yang mudah..yelah orang kata masa itu ibarat emas..dan pembahagian masa perlulah di buat dengan betul..

Aku belajar hanya mengikut telunjuk jari daripada keluarga aku..yang aku peliknya aku langsung tidak membantah..pada mulanya cita-cita aku untuk menjadi seorang juruterbang..tetapi apakan daya..tidak kesampaian cita-cita aku..

Sebenarnya ilmu tidak pernah habis..kalau aku di beri peluang..aku akan terus belajar ke tingkat yang lebih tinggi..buat masa sekarang aku perlu kerja terlebih dahulu untuk mencari pengalaman..pengalaman masa belajar memang tidak boleh dilupakan..

Kenangan aku semasa belajar..









mood: sedih bila dah habis belajar..


Wednesday, June 20, 2012

Setia City Mall



sumber: google

Siapa sangka pada asalnya Setia Alam yang muram dengan pembangunan..tetapi pada akhirnya muncul dengan sebuah pusat membeli belah yang tidak kurang hebatnya yang dinamakan SETIA CITY MALL..di sini korang boleh membeli belah pakaian berjenama..makanan pun tidak susah untuk di cari di sini..hampir ke semuanya lengkap..mempunyai wayang dan juga boling..Setia City Mall terletak di tepi highway..bagi aku..tempat ini dah setaraf sama macam Pavillion..serius..

Dengan adanya air pancut yang mengikut rentak..memberi keindahan pada pandangan sekeliling..orang kata agak lengkaplah di Setia City Mall ni..kepada penggemar-penggemar baju berjenama dan kasut berjenama boleh ke sini..selamat membeli belah..:)

mood: habis belajar..

Monday, June 11, 2012

Cover Cerita Dia by SR dan Amin Rasyidi



Hai..mungkin lama saya tidak update blog....disebabkan sibuk membuat thesis..di dalam kesibukan itu..saya sempat merakamkan lagu Cerita Dia yang dinyanyikan kumpulan Drama..dengarkanlah..hehe..untuk suka-suka..peace!!


mood: next song simple plan