Tuesday, May 15, 2012

Puisi Untuk Guru

Guru,
Engkau seorang pendidik yang baik,
Tanpa dorongan dan bimbingan mu,
Sudah pasti aku masih kebelakangan..

Guru,
Dengan tunjuk ajar engkaulah,
Aku pandai membaca dan menulis,
Pandai berkata-kata bak seorang Perdana Menteri..

Guru,
Tatkala aku dalam kesusahan,
Engkaulah tempat untuk memudahkannya,
Engkaulah pembimbingku yang terbaik..

Guru,
Tanpa engkau, aku bagaikan seorang yang buta,
Tiada tempat untuk bersuluh ketika di dalam kegelapan,
Mungkin aku masih terkapai-kapai dalam mencari sinar..

Guru,
Aku berterima kasih kepada engkau,
Terlalu banyak mencurahkan ilmu,
Kepada anak muridmu yang seorang ini..

SELAMATA HARI GURU BUAT SEMUA GURU YANG BERADA DI MALAYSIA

mood: adios

Sunday, May 13, 2012

Puisi Untuk Ibu

Ibu,
Engkau umpama permata yang tidak terbanding nilainya..
Tanpamu aku tidak bererti di dunia ini..
Dengan hadirnya dirimu..aku masih gagah berdiri..

Ibu,
Anakmu ini terlalu banyak dosanya kepadamu..
Jasamu tidak terbalas oleh ku..
Engkau ada di waktu suka dan dukaku..

Ibu, 
Anakmu ini bagaikan kain putih yang perlu coraknya..
Hanya engkau yang mampu menjadi warna dalam mencorakkan kain putih..
Jika baik coraknya..baiklah diriku..

Ibu,
Seandainya kita berjauhan..
Aku sentiasa mengingatimu walau di mana ku berada..
Tatkala aku berada di perantauan..engkau dekat di hatiku..

Ibu,
Namamu akan kuingati sampai bila-bila..
Segala ilmu yang engkau curahkan akan ku ambil jadikan pengajaran..
Hanya engkau yang ku sayang..

Mood: Selamat hari ibu

Saturday, May 12, 2012

Pra Tonton Man Sewel Datang KL





Selepas Filem Nongkrong, aku pergi pula menonton Filem Man Sewel Datang KL..terima kasih Kirin kerana memberi aku peluang untuk menonton cerita ni..ok aku akan memberitahu serba sedikit mengenai sinopsis cerita ini secara ringkas..

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan Shuib(Man Sewel) yang terlalu taksub untuk ke KL..pada asalnya emak Shuib terlalu berat hati untuk membenarkan dia untuk pergi ke KL..tetapi emaknya sudah meletakkan satu syarat iaitu bila balik ke kampung..dia harus membawa calon menantu..perginya dia ke KL, dia terpaksa tempuh pelbagai rintangan yang kita tidak jangka..dalam cerita ini anda boleh melihat bagaimana Shuib menjadi Mak Nyah..Untuk tahu cerita lebih lanjut..silalah ke panggung wayang berdekatan..


Pelakon

Shuib
Razalli
Julia Ziegler
Fida
Siti Sarah
Dan Ramai lagi

Rating

3.5

Gambar sekitar Pra Tonton


ROCK!!!


WOW!! aku pendek ke Julia Ziegler Tinggi


HEHE..so sweet..

mood: Sepasang