mood: hanya mampu yang ini :)
Tuesday, September 6, 2011
Monday, September 5, 2011
Pemakaian Kanta Lekap @ Contact Lens Menjadi Trend?
Sumber: Google
Zaman sekarang fesyen di Malaysia menjadi begitu " up to date" dalam erti kata lain..sentiasa ke hadapan..tapi dalam banyak2 fesyen aku tertarik pada pemakaian kantap lekap @ contact lens yang sudah menjadi kegilaan ramai..kebanyakkan yang aku lihat kaum wanita lebih gemar memakainya..mungkin bagi aku..mereka (wanita) tertarik dengan warna2 yang ditawarkan..
Ada sesetengah daripada mereka memakai kantap lekap ini hanya untuk kecantikan dan bergaya..tapi jangan disebabkan kecantikan kita sanggup memudaratkan diri..kalau membuat pemilihan kanta lekap biarlah yang betul2 diiktiraf dan selamat dipakai..Lain pulak ceritanya bagi yang memakai kaca mata..kadang2 ada di antara mereka lebih suka memakai kanta lekap..Ini disebabkan mereka berasa lebih konfiden untuk berhadapan dengan sesuatu situasi..Tak salah pun nak memakai kanta lekap ni..tapi biarlah bertempat kan..
Trend memakai kanta lekap semakin hari semakin menular dengan harga RM50 pun sudah boleh memilikinya..cuma jangan salah dalam pemilihan warna..biar matching dengan baju yang kita pakai mahupun warna kulit..sekadar berkongsi..
mood: agak2 boleh ke aku pakai?
Friday, August 26, 2011
Pembelian Queen Park Rangers Memberi Ruang Pada Pemain Bola Sepak Malaysia
Source: Google
Pembelian yang dilakukan ke atas Queen Park Rangers oleh Tan Sri Tony Fernandes merupakan satu pembelian yang berbaloi..Ini kerana walaupun QPR merupakan sebuah kelab yang baru menyertai Liga Perdana Inggeris tapi tidak bermakna mereka tidak mampu menggugat pasukan lain..namun begitu, ini merupakan peluang keemasaan pemain bola sepak Malaysia untuk menyertai QPR..Pemain2 yang aku harapkan dapat menyertai QPR ialah:
Khairul Fahmi Che Mat
Penjaga Gol
Safee Sali
Penyerang
Safiq Rahim
Pemain Tengah
Mereka bertiga mempunyai kelebihan tersendiri..lihatlah dalam setiap perlawanan mereka pasti mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan..aku yakin suatu hari nanti..impian pemain tempatan kita untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris pasti tercapai..mungkin mereka boleh mengambil strategi2 pasukan luar untuk diserapkan ke Pasukan Malaysia..jangan padamkan semangat untuk sokong PASUKAN HARIMAU MALAYA!!
mood: cintakan negara
Subscribe to:
Posts (Atom)





