Sunday, June 12, 2011

Tahniah Irine Nadia Marcello


Tahniah buat Irine Nadia Marcello yang telah melangsungkan pertunangannya pada 12 Jun 2011..

Akhirnya dia telah menamatkan zaman bujang bersama tunangnya..

Mudah - mudahan..mereka kekal hingga ke anak cucu..

Kalau kahwin jangan lupa jemput saya eh..saya orang Melaka ni..hehe..

Nampak sweet je mereka kan..bilalah aku pulak kan..:)

mood: jiwang

Saturday, June 11, 2011

Nyawa Seekor Kera Lebih Bernilai Dari Sebuah Kereta

Kalau nak diikutkan cerita..benda ni berlaku semalam masa aku on the way nak balik rumah..maklumlah mood tengah macam KL gangster ni ala-ala Malek lah katakan..hehe..padahal jauh sekali..tengah khusyuk-khusyuk aku bawak kereta tiba seekor kera bersama anaknya melintas dengan mengejut depan kereta aku..lantas aku pun cakap " Opocot mak kau "..ok aku tipu je..aku tak melatah pun..haha..


Sumber : google

Nak tahu sebab apa aku cakap nyawa seekor kera lebih bernilai?? mana taknya kalau lah aku langgar kera tuh..kan aku dah meragut nyawa seekor kera a.k.a ibu kera..masa tuh kalau tak silap aku dia bawak anak dia..aku terpaksa brek mengejut untuk memberhentikan kenderaan..nasib baiklah kereta - kereta belakang aku tak kemalangan..masa aku tengok belakang bersepah kereta brek emergency..huhu..bukan lah aku nak bela nasib si kera ni..tapi nyawa kita hanya satu..nyawa si kera jugak satu..hmm..itu lah aku cuba maksudkan..bayangkan ibu kera tu mati..siapa yang mahu menjaga anaknya?? siapa yang harus dipersalahkan..sudah tentu aku akan menyesal kelak..


Sumber : google

Aku tak kisah pun kalau kereta aku dilanggar dari belakang semalam..yelah kereta kalau remuk boleh dibaiki der..nyawa kalau dah melayang..memang takde harapanlah kan..so, kepada korang semua kalau lalu tempat - tempat gelap ni jangan lah terlalu laju ok..kadang - kadang kita tak perasan binatang yang melintas..eh aku ni jadi penasihat lah..hehe..ok chow..

mood: peace

Thursday, June 9, 2011

Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011

13 Jun 2011
Semak melalui SMS mulai 12:01 tengah malam, 13 Jun 2011
taip MUET RESULT<>No. K/P hantar ke15888 atauMUET<>No.K/P hantar ke 36363


mulai jam 9:00 pagi, 3 Jun 2011

mood: berdebar