Saturday, May 7, 2011

Perkara-perkara Yang Harus Dilakukan Selepas Exam

Alhamdulillah..habis dah exam aku..lega2..so, tak payah pikir kertas dan pen..sekarang aku perlu rancang..apa aku nak buat cuti 4 bulan ni..lama tuh 4 bulan..kalau bela janggut..confirm2 jadi janggut kambing..hehe..Tengok tak sempat aku nak salin baju lagi..nafsu nak update ni membuak2 lah pulak..nak buat macam mana..aku layan kan..Ok aku dah fikir masak2 ni..perkara yang aku nak buat masa exam..antaranya:



  • Kerja..apa2 pun tak pe
  • Jogging untuk dapatkan 6 pack..kalaulah..hehe
  • Bela rambut..kasi pacak punya
  • Makan puas2..
  • Tolong ibu bapa..anak yang soleh katakan..hehe
Setakat ini je yang aku dah pikir buat masa ni..huhu..mata dah ngantuk..mahu tidur dulu..jumpa nanti ye..

mood: merdeka

Friday, May 6, 2011

Aku Puji Sikap Perokok Ni


Wah2..aku nak habis exam dah..tunggulah korang lepas ni aku aktif dengan blog..huhu..asyik korang je berblogging dan blogwalking..mana aci kan..ringan sikit kepala aku ni..besok last paper aku..tidur aku pun tak cukup..tapi masa aku makan dekat kedai makan hari tuh..aku tertarik dengan satu situasi..

Di mana seorang perokok ni..aku respect sangat..mula2 aku tengok sebelah dia ada satu family..then brother ni pun nak hisaplah rokok..aku ingat dia nak stay je dekat situ..dia bangun dan hisap tempat lain..memang terbaik lah..mana taknya dalam family tuh ada budak kecik..memang tak eloklah kan..budak ni baru je nak hidu udara yang segar..sepatutnya perokok2 kena ikut cara macam ni..

Aku bukan lah sokong orang2 yang hisap rokok ni..tapi pastikan keadaan sekeliling korang tiada perempuan mengandung, bayi, warga emas..serta mereka yang tidak menggemarinya..yelah sekurangnya2 dapat lah kurangkan risiko penyakit..selamat beramal..entah betul ke tak entri aku ni..tidur tak cukup..hehe

mood: :)

Thursday, May 5, 2011

Tuh Dia 24:7 Dah Buat Show


Aku rasa macam mimpi ngeri je lah bila tengok video dekat atas ni..bukan tak sokong apa yang mereka buat..tapi entah lah..tak perlu kot nak tiru gaya Korea ni..biarlah kita kekal dengan imej kita..aku dapat tahu pun dari member aku dekat facebook..member aku tuh dah lah offical fans 2pm..konfirm dia anti gila2 punya lah..


Aku yang tak berapa minat tengok Korea ni..tiba muncul pulak dekat Malaysia..lagi lah down aku..silap2 aku tak tengok Korea dah..aku rasa korang pun boleh menilaikan lepas tengok video di atas..aku tak cakap lah aku pandai menari..tapi tengok je lah sendiri..nanti ada pulak yang bangkang..aku ni tahu kutuk je..sekurang2 nya aku sedar..takde lah aku tubuhkan group macam di atas ni..


Aku pelik sebenarnya..macam mana lah mereka ni boleh terlintas nak buat group ala2 Korea ni..nama dah lah ciplak..aduh..apa nak jadi ni..dah tak modal lagi ke agaknya..rasa aku..boleh je buat group lain..guna kan imej kita sendiri..ni buat pergi membanggakan adat dan budaya negara lain..uish terlebih cakap dah ni..ok aku stop dah..pengajaran daripada yang aku dapat..jadi lah diri sendiri..


mood: tak boleh tidur..