Saturday, February 26, 2011

Kenapa Sesuatu Blog Perlu Mempunyai Identiti

Kroh-kroh..aik aku kedengaran seperti bunyi berdengkurlah..haha..rupa-rupanya hanya sekadar ilusi..sebenarnya telah lama aku memikirkan..adakah blog aku memerlukan satu identiti yang tersendiri ataupun universal?..yela masing-masing harus mempunyai identiti tersendiri supaya lebih mudah dikenali..seperti DARKBATMAN lebih kepada tip-tip kesihatan..itu antara salah satu blog yang biasa aku lawat..kalau hendak diikutkan banyak lagi..seperti lawak jenaka, berkenaan komputer hingga tak tersebut di mulut aku..hehe

Ianya tidak lari seperti seorang manusia..kita sebagai manusia..harus mempunyai identiti tersendiri..ia akan menggambarkan personaliti seseorang begitu jugak di blog..tetapi yang tidak menyedapkan aku tidak mempunyai identiti blog aku tersendiri..namun aku masih gembira..aku masih boleh berblogging seperti biasa..aku lebih terarah kepada semua perkara..jadi aku lebih selesa menjadi blog universal..membolehkan aku cerita semua perkara..

Sebenarnya ia bergantung kepada diri masing-masing..andai kata blognya lebih kepada online shop..sudah pasti gambar-gambar yang ingin dijual lebih banyak diletak di dalam blognya..dunia blog merupakan dunia yang luas..maka janganlah tersilap langkah memilihnya..ingat kita sebagai blogger..kita hidup di bawah satu bumbung..yang penting silap dan salah dibetulkan dengan cara yang baik..

NEVER SAY NEVER..peace!!


Thursday, February 24, 2011

Pratonton " Ratu The Movie "


Sinopsis Filem Ratu The Movie :
Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.
Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.
Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.

Barisan pelakon Ratu The Movie ialah Bkay Nair, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Eina, Shazlin, Jazzy dan Tasha. Filem turut dibintangi Fouziah Ghous, Eizlan Yusof, Yasmin Hani serta penampilan khas Yusry KRU serta Azlee Khairi dan Farid Wari.



Pada hari itu jugak aku bersama AQU API, DARKBATMAN dan juga NISA KAY..owh man..kenapakah muka aku macam itu..kemudian muka AIE segan silu berada di sebelah NISA KAY..AQU API jugak steady..aku bagi rating dalam 3 bintang..pelakon-pelakonnya memang memikat jiwa..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Kita Bagaikan Satu Rumpun

Apa yang aku temui di dalam kehidupan yang serba kekurangan ini..pelbagai onak dan duri yang terpaksa kita tempuhi walaupun dalam keadaan yang mendesak..apa yang sedang berlaku, apa yang kita nampak..pada masa ini..janganlah menuduhnya tanpa usul periksa..kehidupan sebagai seorang blogger sama sahaja seperti manusia biasa..mereka masih melakukan sama seperti manusia biasa melakukan..cuma perbezaannya seorang blogger tidak pernah lekang dari komputer ribanya untuk memberi info-info terkini..

Kita juga sama seperti masyarakat yang lain..hidup di bawah satu bumbung..cuma apa yang aku lihat ada di antara blogger sanggup bertegang leher untuk menjatuhkan nama masing-masing..sepatutnye perkara sebegitu tidak harus berlaku di dalam dunia blogger..kita juga mempunyai hati dan perasaan serta nilai-nilai murni yang telah di didik semenjak di bangku sekolah lagi..cuba lah ingat kembali ke zaman itu..supaya kita dapat mengamalkan cara yang baik dalam menulis blog..

Tiada gunanya kita berperang sesama sendiri..tiada keuntungan yang diperolehi..hanya membazirkan masa malah dosa pulak kita dapat dari fitnah di antara satu sama lain..apa yang aku harapkan daripada dunia blogger..aku impikan sebuah keluarga yang harmoni..serta toleransi bukannya bergaduh sana sini..kalau menegur biarlah dengan cara yang betul..dan kepada yang ditegur terimanya dengan hati yang terbuka..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!