Sunday, January 6, 2013

Isu Wanita India Yang DiRogol

Tiba-tiba kita dikejutkan isu wanita india dirogol secara beramai-ramai di dalam bas..walaupun kita telah masuk tahun 2013, namun kes ini masih segar dalam ingatan..ternyata perkara ini tidak sepatutnya berlaku..Umpama perangai manusia yang tidak berakal..bagaimana mereka tergamak untuk melakukannya..



Sumber : Google

Peliknya, kenapa orang ramai di dalam bas berkenaan hanya melihat kejadian itu berlaku..adakah perkara itu biasa bagi mereka?? penuh persoalan yang timbul..dan bagaimana pula polis mereka yang lambat bertindak?? Rakyat di India menunjuk perasaan dan berharap pihak berkuasa mengenakan hukuman mati kepada mereka yang merogol..di sini aku dapat simpulkan..jagalah anak kita baik-baik dan lindungilah mereka..pihak berkuasa juga harus mengambil peranan dalam kes-kes rogol ini yang semakin menjadi..chow..

mood: AJL

Tuesday, November 27, 2012

Gambar-gambar di Konvokesyen UiTM

Pada tanggal 25/11/2012 adalah merupakan hari yang bermakna buat aku..namun ada insiden yang telah berlaku di mana aku terbangun lewat..hehe..lewat adalah sangat sinonim dengan aku..tetapi ada benda yang tidak mahu aku lewat..aku tak nak kahwin lewat..hehe..just joke..sepatutnya majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi tetapi 8.30 pagi aku baru sampai..namun aku masih sempat..giliran aku yang ke 505..

Pecut punya pecut pandu kereta..kamera AES pun aku ignore je..nak kejar konvo punya pasal kan..huhu..sampai je di sana..ada trouble lagi..aku boleh pula pakai kasut warna coklat..haish..SPOIL DER..terpaksa cari kasut hitam..tapi tak pe..aku telah pun terima skrol ijazah..mari kita lihat gambar-gambar:





Gambar kredit to Farhan dan adik aku dan adik shahrir..

Sekian sahaja memori manis aku..maybe boleh tengok gambar konvo aku master maybe..hehe..we will see..chow..

mood::)

Thursday, November 22, 2012

Konvokesyen UiTM





Tanggal 25 November 2012, aku bakal menerima skrol Ijazah Sarjana Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran..Tahniah buat aku, selama 2 tahun setengah aku belajar dan belajar macam orang lain..tapi aku bukanlah pandai mana pun..result aku pun cukup-cukup makan..nak buat macam mana tiada rezeki aku..aku tetap bersyukur..

Mungkin aku ingin lagi belajar dalam master..tapi aku masih tercari-cari apakah kos yang sesuai dengan aku..mungkin di bidang lain..dalam bidang pengurusan mungkin..doakan ye kawan-kawan..kalau nak cakap tentang tuntut ilmu ni memang tidak habis..sedang yang sudah ada PHD pun masih belajar..terlalu banyak benda yang kita perlu pelajari..tetapi janganlah ilmu yang memudaratkan diri kita..


Tidak mengapa yang penting kita belajar selagi kita mampu..apa-apa pun tahniah kepada yang sudah berkonvo dan yang akan berkonvo..

mood: adios amigos