Thursday, July 19, 2012

How I Step Up With Nuffnang



Pada zaman era globalisasi..pemikiran manusia semakin lama semakin maju..sebelum ini kita penah dikejutkan dengan shuffle, tectonik, breakdance, popping and locking dan banyak lagi..Gambar-gambar dance yang penah popular sebelum ini:


SHUFFLE



TECKTONIK





Tarian-tarian ini pernah menjadi kegilaan di kalangan remaja-remaja di seluruh dunia..jikalau mempunyai kelapangan sudah pasti mereka akan menari untuk mendapatkan kepuasan..daripada kita buat benda yang tidak berfaedah kan..Tetapi fenomena sekarang, kita di perkenalkan pula yang dipanggil " FLASH MOB ". Sebelum ini aku tertanya apakah itu flash mob??



Lihat gambar di atas..Ini merupakan Flash Mob yang dilakukan di pejabat..Mengikut pemahaman aku Flash Mob ini adalah tarian yang boleh dilakukan mana-mana sahaja..Kalaulah aku diberi peluang untuk menganjurkan Flash Mob sudah tentu akan memilih kaki lima untuk melakukan Flash Mob..Sebab apa??


Di kaki lima terdapat ramainya orang lalu lalang..Mungkin ramai tidak tahu apa itu Flash Mob..jadi di sana..saya akan mengajak "street dancer" untuk menyertai saya dalam memperkenalkan Flash Mob di sana..



Saya akan menggunakan pentas untuk medan permulaan memperkenalkan Flash Mob..sebagai contohnya saya membuat Flash Mob di kaki lima BUKIT BINTANG yang menjadi tempat perkumpulan remaja-remaja masa kini..di sana mungkin menarik minat mereka..Flash Mob ini merupakan tarian biasa yang biasa dilakukan oleh penari..bila mendapat sambutan..saya akan tetapkan masa yang sesuai supaya Flash Mob diadakan setiap minggu..Flash Mob juga merupakan salah satu senaman yang dapat membakar lemak-lemak kita..




Bila Flash Mob telah menempa tempat di hati masyarakat kita..saya akan anjurkan pertandingan Flash Mob supaya kita dapat lihat betapa berbakatnya masyarakat kita..malah di situ kita dapat mengurangkan kegiatan-kegiatan yang tidak elok..Jika saya berpeluang untuk menguruskan Flash Mob, sudah pasti saya akan jadikan satu kegiatan yang menjadi keutamaan dalam masyarakat kita..Flash Mob juga boleh dilakukan mana-mana sahaja seperti di pejabat, di sekolah, dan banyak lagi..Seperti saya pernah cakap..ia merupakan satu senaman..jadi, sebelum masuk pejabat seeloknya diadakan Flash Mob supaya mereka yang mengantuk akan kembali segar..sekian..


Sumber gambar: Google


mood: Love Flash Mob



Monday, July 16, 2012

Isu Ragut Yang Mungkin Tiada Penyelesaiannya

Saban hari kes ragut semakin menjadi-jadi di Malaysia..tak kira di kampung atau pun di bandar..apalah mahu jadi dengan masyarakat kita..sedangkan kerajaan banyak membantu..kenapa mereka yang berfikiran cetek ini masih meragut..malah kadang-kadang membuatkan nyawa terkorban..perkara ini kita tidak boleh salahkan siapa-siapa..

Video perempuan Cina yang berlaku di P.Pinang beberapa hari lepas..membuatkan aku rasa bengang..kenapa mereka yang lalu lalang di situ tidak membantu langsung..adakah membantu itu satu perbuatan yang hina???..tergamak mereka melakukannya dengan mengabaikan mangsa tersebut..

Selalunya warga emas akan menjadi sasaran si peragut..mereka tahu tindak balas orang tua tidak sekuat orang muda..tatkala warga emas di negara kita gemar memakai emas-emas yang besar yang menarik minat si  peragut..Langkah berjaga-jaga perlu ditingkatkan di kalangan masyarakat kita..

Seharusnya kaum wanita perlu berhati-hati dan tidak terlalu menonjol dengan barangan kemas yang dipakai..selalunya masa yang menjadi keutamaan si peragut pada pukul 10.00 pagi dan 1.00 hari jumaat..Ini kerana..pada waktu pagi kaum lelaki berada di tempat kerja dan pada waktu tengah hari..kaum lelaki bersolat..itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh peragut..

Berharap perkara sebegini dipandang serius oleh masyarakat dan pihak berkuasa..sekadar berkongsi..

mood: tak patut

Friday, July 13, 2012

Perjalanan Seorang Pelajar

Kehidupan aku sebagai seorang pelajar telah berakhir..maka selepas ini bermulalah kehidupan aku di fasa yang baru..yang aku belum tahu betapa banyaknya cabaran yang menunggu..setelah 5 tahun setengah aku belajar..maka bermulalah alam pekerjaan yang aku idamkan selama ini..ternyata zaman pekerjaan bukanlah perkara yang mudah..

Aku bermula dengan Diploma di UiTM Jalan Othman, dan terus menyambung pelajaran di UiTM Puncak Alam..5 tahun setengah aku lalui dengan berbagai cabaran..belajar pun bukanlah suatu perkara yang mudah..yelah orang kata masa itu ibarat emas..dan pembahagian masa perlulah di buat dengan betul..

Aku belajar hanya mengikut telunjuk jari daripada keluarga aku..yang aku peliknya aku langsung tidak membantah..pada mulanya cita-cita aku untuk menjadi seorang juruterbang..tetapi apakan daya..tidak kesampaian cita-cita aku..

Sebenarnya ilmu tidak pernah habis..kalau aku di beri peluang..aku akan terus belajar ke tingkat yang lebih tinggi..buat masa sekarang aku perlu kerja terlebih dahulu untuk mencari pengalaman..pengalaman masa belajar memang tidak boleh dilupakan..

Kenangan aku semasa belajar..









mood: sedih bila dah habis belajar..