Sunday, May 27, 2012

Lambakan Blog Di Malaysia

Dari hari ke hari..bilangan blog-blog di Malaysia semakin bertambah..pelbagai blog yang kita boleh dapati di negara kita..cuma taip di Google apa yang kita mahu..mahukan gosip..mahukan gambar-gambar aneh.. dan banyak lagi..ternyata dunia blog semakin digilai oleh masyarakat kita..dunia blog memang berbeza dengan dunia nyata..waktu aku mula-mula blogging, memang aku rasa teruja untuk menaip entri setiap hari..tapi aku tak tahulah sama ada entri aku ni berkualiti atau pun tidak..yelah masing-masing punya blog..mengikut cara yang tersendiri..


Kebanyakkan perempuan lebih gemar untuk membuat blog peribadi dan juga shopping online..orang kata segala-galanya di hujung jari..tidak perlu lagi ke shopping complex untuk membeli pakaian atau pun tudung..lebih memudahkan..tetapi ada juga yang jenis menipu..jadi berhati-hati lah..Lelaki pula lebih terarah kepada blog-blog gajet ataupun photography yang sedang top pada masa ini..Ok mari kita saksikan blog-blog yang biasa dilayari oleh pembaca:

  • Beautifulnara
  • Roti kaya
  • Fatin Liyana
  • Kari ngeri
dan banyak lagi..kalau untuk belajar mendapatkan blog berkualiti..aku rasa ramai yang buat tutorial..hanya taip di Google..apa-apa pun blog memang best

mood: tiada idea..

Friday, May 25, 2012

Lelaki Buaya Darat vs Perempuan Pisau Cukur


Vs


Sumber: Google


Lelaki buaya darat dan perempuan pisau cukur..Gejala sering berlaku pada masa kini..memang tidak dinafikan..Lelaki buaya darat ini pantang melihat kecantikan yang dimiliki oleh wanita..sudah pasti..dia akan mengorak langkah untuk memikat si wanita dengan kebolehan yang mereka ada..mereka ini gemar memasang pasangan wanita yang ramai..sebab itu lah dinamakan buaya darat..Jadi perempuan di luar sana, silalah berhati-hati dengan lelaki jenis ini..mereka mempunyai perwatakan yang sukar dikesan oleh seseorang wanita..BEWARE!!

Perempuan pisau cukur kebiasaannya memiliki rupa paras dan tubuh yang menarik..mereka selalu menggoda lelaki dengan menggunakan kecantikan yang ada..tetapi mereka yang memilih lelaki yang berharta supaya mudah untuk mereka mengikis harta lelaki yang bernasib malang ni..Kenapalah masih terdapat perempuan seperti ini,,kesian mereka yang tidak bersalah..kadang-kadang bila perempuan seperti ini dapat apa yang mereka hendak..

Dua golongan seperti ini harus kita elakkan..jangan mudah terpedaya dengan mereka yang baru kita kenal..jadi beringatlah sebelum kena..

mood: hati-hati

Thursday, May 24, 2012

Jejaka Idaman Wanita

Aku selalu terfikir jejaka yang bagaimana yang selalu yang diidamkan oleh wanita-wanita di Malaysia ini..adakah melalui paras rupanyakah ataupun melalui budi bahasanyakah? Selalu sangat menjadi tanda tanya..Yelah biasanya perempuan zaman sekarang mempunyai "taste" yang tinggi dalam pemilihan calon teman lelaki..kadang-kadang lelaki Melayu ketinggalan zaman kerana wanita Melayu lebih terarah kepada lelaki warga asing..

Sesetengah perempuan suka lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang tegap..ada juga yang tidak menyukai..di situ kita sudah dapat lihat pelbagai kehendak mereka untuk memenuhi ciri-ciri lelaki yang diidamkan..Kalau dari pemerhatian yang aku buat..hanya sebilangan perempuan yang minat lelaki yang bermisai..mereka lebih gemarkan janggut..Ini merupakan yang menjadi kegilaan wanita:





















Memang sukar untuk kita agak pilihan mana yang membuatkan wanita terpikat..kalau nak dibincangkan memang takkan habis..Biasa orang cakap budi bahasa nombor satu..dan yang keduanya barulah paras rupa..tapi kita mesti pilih pasangan berdasarkan yang disaran oleh Islam..itu lebih penting..

mood: Wanita idaman lelaki