Monday, December 12, 2011

Manchester United dan Manchester City Ke Europa League

Ternyata kehebatan Manchester United telah merundum sejak akhir-akhir ini..aku sebagai Fan Manchester United berasa kecewa dengan prestasi yang tidak menentu yang ditunjukkan oleh anak buah Alex Ferguson..namun baru-baru ini Manchester bangkit untuk memenangi perlawanan liga domestik dengan mengalahkan Wolves (4-1)..satu pencapaian yang membanggakan..apa yang membuatkan aku sedih Manchester United tersingkir awal pada saingan Liga-liga Juara Eropah..begitu juga Manchester City..mereka tersingkir pada peringkat kumpulan..hanya Chelsea dan Arsenal masih meneruskan perjuangan untuk ke peringkat seterusnya..


Manchester United dan Manchester City akan ke Ueropa League..mungkin bagi aku rasa janggal bila Manchester United di Ueropa League..aku harapkan mereka lebih berwaspada pada pasukan-pasukan yang dianggap underdog..


























mood: gila bola

Sunday, December 11, 2011

Cili Meningkatkan Rangsangan SEKS??


Tahukah anda cili boleh menyebabkan kenaikan nafsu SEKS..info ini telah diberitahu seorang instructor yang memberi ceramah kepada aku..sejauh mana kesahihan aku tidak pasti..tapi mungkin ada betulnya..tak mungkin seorang instructor nak menipu..jadi mungkihkah orang-orang yang suka memakan makanan yang pedas mempunyai nafsu yang tinggi??

mood: suka makan pedas


Friday, December 9, 2011

" Sweet Talker " Dan Lelaki

Manusia mempunyai pelbagai ragam..namun apa yang membuatkan aku tertarik dengan keadaan sekeliling..pernahkah anda mendengar perkataan " Sweet Talker " atau pun ayat-ayat manis..selalunya benda ini dikaitkan dengan lelaki..bagi aku pada mereka yang gemar menggunakan " Sweet Talker " tidak praktikal dalam percintaan..dan banyak memberikan harapan palsu pada wanita-wanita diluar sana..ayat manis tidak semestinya ada dalam percintaan sebagai contoh:

  • Siang malam ku teringat pada wajahmu
  • Hari demi hari aku masih sayangkan kamu
Itu adalah salah satu contohnya..bukan dilarang sama sekali..tapi biarlah berpada-pada dan mengikut situasi yang bersesuaian..sekali wanita tertarik dengan lelaki " Sweet Talker ", sudah tentu mereka akan merasai hati yang terluka pada akhirnya..jadi berwaspadalah..Sebenarnya " Sweet Talker " tidak boleh dikaitkan pada lelaki sahaja..wanita juga tidak kurang hebatnya mengeluarkan ayat-ayat manis yang boleh menggoda lelaki..

Kadang-kadang " Sweet Talker " tidak memerlukan paras rupa yang sedap mata memandang..mereka hanya menggunakan ayat-ayat yang menyebabkan orang lain begitu tertarik dengannya tanpa disedarinya..apa-apa pun sebelum memilih pasangan kekasih haruslah kita menilainya dari semua sudut..bukan sekadar rupa sahaja..aku bercakap berdasarkan pengalaman yang aku lihat..berkongsi apa yang aku rasa..

Pengajaran yang dapat diambil..jangan selalu salahkan lelaki..mereka juga mempunyai perasaan seperti wanita..fikir-fikirkanlah..

mood: tawar hati