Tuesday, December 6, 2011

Khairul Fahmi Che Mat vs Nazmi Faiz

                                                             
 VS  
            

Di dalam arena bola sepak di negara kita yang semakin memuncak..aku tertarik dengan dua pemain negara kita yang sering menjadi bualan di kalangan peminat tempatan..mahu taknya dengan skill permainan dan jugak rupa yang menjadi perhatian di kalangan wanita..dua nama pemain ini sibuk diperkatakan baik di blog-blog ataupun media cetak..Khairul Fahmi Che Mat telah melonjakkan namanya semenjak menjadi juara Piala AFF Suzuki Cup manakala Nazmi Faiz terkenal semasa menjuarai Sukan Sea..

Namun apa yang diharapkan..mereka ini kekal di prestasi yang terbaik walaupun berhadapan dengan gosip-gosip dan juga pelajaran..biasalah kalau orang dah famous macam-macam cerita buruk yang akan timbul berbanding cerita yang baik..kalau diikutkan ramai lagi pemain kita yang berbakat seperti Muslim, Mahali dan ramai lagi..walaupun aku kecewa pada kekalahan sebelum ni tapi aku tetap akan sokong pasukan Harimau Muda/Harimau Malaya..

mood: gila bola

Monday, December 5, 2011

Apa Kata Ning Baizura Terhadap Budak Kecil Yang Menyanyikan Lagu " Awan Terpilu "

Aku terkejut bila mendapat tahu berita ni daripada twitter..jangan di sangka seorang kanak-kanak tadika yang baru memulakan alam persekolahan mempunyai kelunakan suara yang begitu mengagumkan..mahu taknya kawalan suara yang agak baik..jarang sekali kita jumpa..sebelum ni aku ada perasan orang share video ni di facebook tapi aku tak pastilah video ape kan..bila dah tengok..rasa meremang jugak bulu roma..mudahan kanak-kanak ini diperkembangkan bakatnya pada suatu hari nanti..agak-agak Ning Baizura tengok tak video ni..hehe..dan apa komennya..


Aku rasa kalaulah ada syarikat rakaman yang dah tengok..confirm ada yang dah ambil budak ni sebagai penyanyi..tak percaya nanti tengoklah..hehe..budak ni pun comel..maka lahirlah seorang lagi bakat dari Youtube..



mood: terkejut

Far East Movement at KL Live



Pada sabtu lepas..tanpa diduga aku telah ke konsert Far East Movement at KL Live..suasana di sana tidak kurang hebatnya..Konsert telah bermula dari jam 9 malam hingga 2 pagi..jangan ingat aku beli tiket ni..sudah tentu aku dapat free..hihi..ini pun tiket daripada Nisa Kay..untung badan lah aku..masuk free je..jimat duit untuk kahwin..huhu..Ok la..mari kita tengok gambar-gambar di konsert:

   


Inilah tiket free yang aku dapat..

     
Tu dia kemeriahan malam tuh..agak gempaklah muzik mereka

Ada jugak blogger yang hadir malam itu..hehe tapi biarlah rahsia..:)

mood: like a g6