Thursday, September 22, 2011

Pra Tonton Filem Al-Hijab


Sinopsis

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu? Sumber : sini

Rating
4 bintang

Komen
Bagi aku jalan penceritaan ni tidak meleret dan aku alu2 kan kepada peminat cerita seram bolehlah tonton cerita ini..memang tidak rugi..aku yakin korang mesti menjerit..tak percaya pergi tengok sendiri..bakal ditayangkan pada 6 Oktober 2011..saksikanlah..aku telah tonton bersama NISA KAY, ANDY HOWTT dan KAIZEN SHINOBI. Tiket telah diberi oleh CIK HELENA

Pelakon
Pierre Andre, Nur Fathia dan ramai lagi..

Mood: Kelas pagi


Friday, September 9, 2011

Bosan Dengan Kes Penceraian Rumah Tangga

Bosan!! Bosan!! Bosan!! itulah yang aku dapat gambarkan buat masa ini..bukanlah aku bosan dengan blog tetapi Isu Penceraian Rumah Tangga yang sering terjadi sejak akhir2 ini.." Apa Pun Tak Boleh " dulu sebelum kahwin..bukan main beria2 tabur janji2 manis..apabila sudah berkahwin..semuanya hilang entah ke mana..Aku pun tak paham..jadi sebelum kita kahwin dengan seseorang..kita perlu memastikan pasangan kita tidak buat hal yang tidak menyenangkan..


Macam kita boleh lihat sekarang..kahwin tidak sampai sebulan dah bercerai..apa itu?? ingat benda ni main2 ke..seperti merobohkan sebuah masjid..isk2..memang susah kita nak faham dengan orang zaman sekarang ni..rasa aku kes penceraian ini ada sesetengah daripada kita menggangap seperti benda remeh temeh..cubalah perbetulkannya balik..sakit telinga bila mendengarnya..cubalah fikir kita dah banyak menghabiskan wang, masa dan tenaga..tiba kita bercerai..tak rasa rugi ke..hmm fikir2 kan lah..


Aku harapkan benda ini tidak berlaku pada aku..dan kepada mereka yang belum berkahwin..hindarilah penceraian ini..


mood: tak sabar nak kahwin

Harga Baru Prepaid Telefon Selepas Dikenakan Tax 6%


Sumber : Sini