Friday, August 26, 2011

Pembelian Queen Park Rangers Memberi Ruang Pada Pemain Bola Sepak Malaysia



Source: Google

Pembelian yang dilakukan ke atas Queen Park Rangers oleh Tan Sri Tony Fernandes merupakan satu pembelian yang berbaloi..Ini kerana walaupun QPR merupakan sebuah kelab yang baru menyertai Liga Perdana Inggeris tapi tidak bermakna mereka tidak mampu menggugat pasukan lain..namun begitu, ini merupakan peluang keemasaan pemain bola sepak Malaysia untuk menyertai QPR..Pemain2 yang aku harapkan dapat menyertai QPR ialah: 


Khairul Fahmi Che Mat
Penjaga Gol

Safee Sali
Penyerang

Safiq Rahim
Pemain Tengah

Mereka bertiga mempunyai kelebihan tersendiri..lihatlah dalam setiap perlawanan mereka pasti mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan..aku yakin suatu hari nanti..impian pemain tempatan kita untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris pasti tercapai..mungkin mereka boleh mengambil strategi2 pasukan luar untuk diserapkan ke Pasukan Malaysia..jangan padamkan semangat untuk sokong PASUKAN HARIMAU MALAYA!!

mood: cintakan negara

Wednesday, August 24, 2011

Masih Relevankah Spontaneous Thursday??

Hari demi hari bilangan blogger bertambah..pelbagai idea dan info2 terkini disampaikan dengan cara tersendiri..ada yang merasakan Spontaneous Thursday yang dicipta seperti blogger yang kehabisan idea..bagi aku dalam dunia blogging kita harus pelbagaikan bak kata lain mewarnainya dengan segmen2, contest, dan banyak lagi..itu semua bergantung kepada diri sendiri..tidak perlu membabitkan orang lain..

Pastinya blogger2 terdiri daripada pelbagai peringkat umur..jadi, tak ada masalahnya kita membuat pelbagai cara untuk meriahkan lagi dunia blogging..andai kata mereka yang tidak suka dengan segmen, contest, WW dan ST..aku harap korang bawalah hala tuju korang tidak perlu nak menghentam sana ini..blog adalah tempat bebas untuk bersuara..benda2 ini semua bukan bermakna aku dan yang lain kehabisan idea..tidak sama sekali..cuma mencari kelainan saja..korang harus faham itu..


Andai kata tidak relevan, kenapa masih ramai yang mengikutinya..come on lah..kita blogger sepatutnya harus menyokong antara satu sama lain..tegur kalau salah..tapi biarlah dengan cara yang betul..aku bersyukur sangat kepada blogger yang telah menyertai ST ni..terima tidak terhingga kepada anda semua..harap dapat meneruskan lagi kemeriahan ST..biarkan ia terus berkembang..abaikan anasir2 luar..selamat berblogging dengan ikhlas..

mood: tak cukup tidur




Tuesday, August 23, 2011