Tuesday, June 7, 2011

E.coli Merebak!!

Sekarang ini dunia dikejutkan dengan wabak E.coli..atau nama lainnya Escherichia coli..dalam sedar tak sedar bakteria yang kecil ini mampu meragut nyawa manusia..siapa sangkakan..kebersihan adalah amat penting untuk memastikan kesihatan kita terjamin..



Escherichia coli (biasanya diringkaskan kepada E. coli dinamakan bersempena dengan Theodor Escherich) adalah bakteria gram negatif berbentuk batang/basilus/rod yang umum ditemui di usus bawah organisma berdarah panas (endotermik). Kebanyakan strain E. coli tidak berbahaya, tetapi terdapat beberapa jenis/strain , seperti serotype O157: H7, boleh menyebabkan keracunan makanan yang serius pada manusia, dan kadang-kala strain ini menyebabkan produk makanan dipanggil balik.Strain berbahaya ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari unsur alam flora usus yang normal bersama dengan jenis bilion strain yang jahat dan baik yang lain. Strain ini juga boleh menguntungkan perumah mereka dengan menghasilkan vitamin K2,dan dengan mencegah pembentukan bakteria patogen dalam usus.
E. coli tidak hanya terbatas untuk hidup di usus sahaja, strain ini juga berkemampuan untuk bertahan hidup bagi jangka masa yang singkat di luar tubuh lantas membuatkan mereka suatu jenis organisma penunjuk yang ideal untuk menguji sampel persekitaran bagipencemaran najis seperti tahi. Bakteria ini juga boleh berkembang biak dengan mudah, dan genetiknya mudah untuk dimanipulasikan atau digandakan melalui proses metagenik, menjadikannya salah satu daripada model organisma terbaik prokariotik untuk didalami dan dipelajari, dan merupakan spesies penting dalam bidang kajian bioteknologi dan mikrobiologi.
E. coli ditemui oleh seorang doktor watan Jerman dan ahli bakteriologi iaitu Theodor Escherich pada tahun 1885 and is now classified as part of the Enterobacteriaceae family of gamma-proteobacteria , dan sekarang strain ini diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Enterobacteriaceae dalam keluarga gamma-proteobakteria.
Suatu wabak bakteria Escherichia coli O104:H4 telah bermula di Jerman pada bulan Mei 2011.
Wabak telah bermula selepas beberapa orang telah dijangkiti bakteria membawa kepada sindrom hemolitik-uremik di Jerman, jelasnya selepas memakan terung. Pegawai-pegawai Jerman pada mulanya menunjuk kepada terung yang dicemari berasal dari Sepanyol sebagai sumber wabak, tetapi kemudiannya mengenalpasti bahawa terung-terung Sepanyol bukannya sumber later E. coli. Sepanyol sudah menyatakan rasa marahnya kepada pautan Jerman tidak berasas kepada kaitan terung Sepanyol dengan wabak E. coli yang membunuh.
Tambahan kepada Jerman, di mana wabak paling teruk, terdapat kes-kes seumpama itu juga dilaporkan di beberapa negara termasuklahSwitzerlandPolandBelandaSwedenDenmarkUnited Kingdom dan AS.
Sindrom hemolitik-uremik (HUS) adalah satu kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera. Di Jerman, 17 orang telah mati dan sekitar 500 sudah dimasukkan ke hospotal dengan HUS disebabkan oleh wabak yang memburuk.

Ini adalah fakta yang aku ambil daripada wikipedia.org..apa yang aku belajar dulu..E.coli ni banyak daripada najis..aku harapkan bakteria ini tidak menular ke Malaysia..

mood: kurang sihat

Sunday, June 5, 2011

Macam Mimpi Bila Di Gandingkan Sekali Dengan Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Zack Zukhairi dan ramai lagi

Sekarang ni aku tak tahu kenapa dengan blog aku..kadang2 error nak masuk dashboard..tapi aku tak putus asa untuk refresh sampai boleh masuk..dulu aku sangat aktif dengan blog..bila sejak timbulnya masalah ni..jarang dah aku update blog..tapi takpe..bila dapat masuk je blog aku..aku pasti update..malam ni..aku nak kongsi satu entri rasanya macam mustahil tapi apa boleh buat..orang lain yang cakap..aku terharu sangat..hehe..aku hense m ke?? korang lah yang menilai aku kan..takkan lah aku nak puji diri sendiri..







Mereka diatas adalah yang tersenarai blogger hensem dan cantik..macam mimpi je aku..hehe..tapi aku ucap terima kasih kepada seorang blogger ni..mahu lihat lagi siapa yang tersenarai dalam blogger hensem/cantik..sila ke sini..

mood: tidak terduga



Friday, June 3, 2011

Bila Si Kecil Jadi Model


Tak padan dengan kecil..anak buah sedara aku ni..bukan main lagi bergambarkan..padahal baru je darjah dua..gayanya mengalahkan budak umur 13 tahun..haish..blur aku kejap..insiden ni terjadi bila aku pulang dari kerja..

Ni disebabkan adik aku no 2 yang takde kerja..pergi make up anak buah sedara aku yang sorang ni..cukup bergaya dan terpegun aku tengok gambar dia..bukan main comel lagi kan..hee..nama dia AISYAH BALQIS..nasib baik lah dia takde blog..agak2 aku kalau dia ada blog mesti ramai peniaga2 bisnes online ambil dia untuk jadi model kanak2..

Kalau nak diikutkan banyak lagi gambar dia..aku cuba ambil satu yang aku rasa unik..lihat je lah gambar di atas..bukan main serius lagikan muka dia..by the way..dia memang petah bercakap dan pandai bergaya..mama dia pun terkejut bila tengok gambar dia..ok chow

mood: mamai ni..