Thursday, April 14, 2011

Doakan Aku Yang Terbaik


Tak lama lagi..exam aku nak dekat dah..menggeletar badan aku ni..huhu..yelah pointer aku rendah..aku nak naikkan balik bukannya senang..aku cuba struggle untuk semester ni..aku harap korang doakan aku buat yang terbaik ok..untuk semester ni..aku rasakan semester paling buruk buat aku..entah lah..hidup pun dah ke mana2..aku kena cari hidup lama aku..aku banyak menyusahkan keluarga aku..aku kena balas jasa ibubapa aku..

Kalau nak diikutkan aku dah tak larat dah nak study ni..kalau boleh nak kerja je..tapi aku ikut kata2 family aku..mungkin ada hikmahnya aku ikut cakap mereka kan..tapi takpe..lagi setahun je aku nak habis belajar..aku tunggu saat itu..aku akan berpuas hati bila family aku melihat aku terima segulung ijazah..amin..aku dah banyak bersalah kepada mereka..aku dah lama tak jumpa mereka..sebelum peperiksaan menjelang..aku akan minta restu daripada mereka..mak ayah..tunggu kepulangan along ye..along rindukan mak abah..

Aku cuba bangkit dari terjatuh..diri aku sekarang ni tiada hala tuju..aku gembira kerana terpaksa..aku cuba gembirakan diri aku walaupun sedih..aduh harus ke aku bagitahu korang yang aku sedih..nanti ada yang meluat lak..tapi aku terpaksa..tiada lagi tempat aku luahkan..hmm..

mood:belajar dari kesilapan

Wednesday, April 13, 2011

Lelaki Menangis Itu Comel??



Petang semua..aku saja nak berkongsi dengan korang semua..semalam aku just share lah dengan member2 dekat facebook..aku tanyalah kan..kalau lelaki menangis..lelaki tuh lembik ke??..respon yang aku dapat daripada mereka..mereka kata lelaki menangis itu comel..erk?? aku terkesima jap..betul ke comel ni..huhu..bahagian mana yang comel tuh aku tak tahu lah..

Setiap manusia mempunyai ego yang tersendiri..tapi sumber ada mengatakan..ego yang dimiliki oleh lelaki paling sukar dijatuhkan..yelah, kalau takde ego nanti..silap2 kena pijak kepala pulak kan..bukan tak boleh ada ego ni..cuma biarlah bertempatkan..ok di sini..lelaki jugak mempunyai hati dan perasaan kan..apa lah salahnya mereka menangis di depan kekasih mereka..konon2 nya nak cover macho lah kan..tak nak nangis depan awek..huhu..kebanyakkan macam tuh lah..

Dengan menangis kita dapat melepaskan apa yang kita rasa..bukan kentut ye..hehe..orang kata perasaan yang kita cuba sampaikan..kalau tak dapat luahkan dekat orang lain pun..biarlah lah ia dilepaskan dengan air mata..daripada kita buat benda2 yang tak elok kan..aku tahu..ramai perempuan tak suka lelaki yang terlalu ego..jadi, kita sebagai lelaki haruslah jadi sentimental..tapi kalau terlalu kuat menangis pun tak boleh jugak..cakap sikit je nangis..itu pun susah jugak..hehe..

Jadi, di sini aku dapat simpul kan..aku nak nangis lah..nanti orang cakap aku comel..haha..jangan meraung dah ler..buruk benor nanti kan..sekadar berkongsi..

mood: still find happiness





Monday, April 11, 2011

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan


Wah!! tengok dah ada Universiti Blogger Malaysia lah..jangan tak percaya..hehe..kalau lah betol2 ada bangunan dia kan lagi bagus..boleh kita belajar dari A to Z..apa itu blog..untungkan..okeh..alamak aku baru je daftar..terlupa lak ada orientasi..huhu..okeh..aku sebagai junior..aku patuh kepada arahan pihak atasan..:)

Antara yang diperlukan dalam orientasi:

letakkan banner UBM dalam entry anda.
Setel

nama anda dan nama blog anda.
Nama diberi MOHD SYAFIQ BIN ROSLI tapi dapat gelaran SR pulak masa dah berblogging ni..haha..korang semua yang panggil..aku ia kan je..huhuBlog aku bernama SANDIWARA SEORANG INSAN..mula2 aku tak percaya jugak dengan nama blog aku ni..mana taknya muka aku rock!! haha..rock lah sangat..tiba2 tengok nama blog macam jiwang..hehe..

sejak bila mula berblog
Aku baru je lagi dalam bidang blog ni..adalah dalam 5 bulan..tak sampai setengah tahun lagi..banyak lagi yang aku belum teroka dalam dunia blog ni..aku pun masih belajar..boleh dianggap newbie jugak lah..:)

apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini
Pandangan aku mudah je..dunia blog sekarang ni boleh dikatakan menjadi satu trend..hampir setiap hari..pasti ada blog2 newbie akan hadir..tahniah buat korang semua..jangan berpatah balik sekiranya telah memasuki ke dunia ini..percayalah dunia blog ni pasti akan terasa nikmatnya..

pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini
Tak sangka pulak aku..dengan blogging ni..tiba2 munculnya satu idea yang baik..dengan menubuhkan UBM..ini merupakan sesuatu yang jarang kita impikan..maka dengan tetubuhnya UBM ni..boleh lah kita mendalami ilmu2 blog dengan lebih mendalam..:)

Mahu seperti di atas?? sini
moood:suam2 kuku