Sunday, March 27, 2011

Opps..Aku Makan Tempe Tapi Tak Bermakna Aku Orang Jawa


Source: Google image

Kabare wak?? waras2..hehe..aku bukan Orang Jawa tau..tapi makanan favourite aku memang tempe..tak kiralah orang nak cakap apa pun..hari2 aku makan tempe kot..huhu..yang penting aku puas dapat makanan yang aku minat..haha..hari ni je..mak cik dekat kedai jual makanan..ingat aku orang Jawa..erk??

Makcik, saya orang Bugis lor..hehe..tapi favourite saya memang tempe..hehe..ni aku kena masa nak bayar makanan tadi lah..huhu..

Perbualan bermula:

Aku: Makcik nak bayar..

Makcik: Owh nak bayar ke?? Adik makan apa?

Aku: Saya makan tempe dengan ikan bilis..

Makcik: Aik?? sikit je lauk dik..

Aku: Aha makcik sikit je..sebab saya suka tempe..

Makcik: Ni mesti orang Jawa kan??

Aku: Tergelak kecil di situ..hehe tak lah makcik..sebab saya memang suka tempe..nice..

Aku suka tempe ni..tak tahu kenapa lah..bila makan rasa gian sangat..hehe..memang sedap mengunyah tempe..tak tipu woo..mari cuba!!

Fakta tentang tempe??

TEMPE dibuat daripada kacang soya yang membantu menghindar penyakit jantung dan kencing manis. Kandungan protein dan mineral yang tinggi dalam tempe membantu pertumbuhan serta memperbaiki sel badan yang rosak. Tanpa disedari kebanyakan khasiat yang diperlukan dalam badan dapat dibekalkan oleh makanan tradisional ini, malah kandungan karbohidratnya juga berfungsi sebagai sumber tenaga. Tempe dipercayai mengandungi Vitamin B12 dan bahan anti oksida yang sangat diperlukan oleh badan. 

Sumber: Sini..

mood: like tempe damn much..

Saturday, March 26, 2011

Tengok Apa Sudah Jadi??

Semalam..aku pergi lah lepak dengan member aku dekat Uptown S.alam..member aku ni dah lama sangat nak jumpa aku..hari2 ajak aku datang Ampang..haish..sibuk lah bro..nak buat macam mana..kalau boleh aku pun nak lepak dengan kau..tapi hari semalam menemukan kami..hoho..segalanya berjalan lancar..aku ingat member aku ni..datang berseorangan?? rupa2 nya berempat..Yang paling aku tak sangka ada blogger jugak tuh..

Tapi yang anehnya aku pandanglah yang blogger ni..terkedip2 jugak mata aku..aku mengambil 100% fokus..tilik punya tilik..lah dia pernah masuk contest aku lah..aduh malu sekejap aku dekat situ..siapa sangka pertemuan aku dengan member aku..menjadi satu perjumpaan dengan blogger jugak..haha..tapi yang kesiannya member aku takde blog..huhu..aku punya lah pancing suruh dia buat blog..hehe..

Itulah seperti orang cakap..dunia ni kecil je..mana tahu lepas ni aku terserempak dengan korang pulak kan..jangan segan2 ye nak tegur aku..macam mana aku di dalam blog..begitu lah aku di luar..


Mahu tahu aku jumpa siapa..--->sini

mood: lepaking

Earth Hour..Tak Semua Yang Sokong


Agak2 apa relevannya kerajaan mengadakan EARTH HOUR?? Bagi aku..aku sokong program yang dijalankan ni..tapi agak2 korang semua mereka di luar sana sokong ke?? Memang tak lah jawapannya..aku pernah masa EARTH HOUR ni aku jalan2 lah..saja tengok keadaan di luar sana..ada je yang buka lampu..aku bukan lah nak salah kan siapa2..tapi mereka yang menjalankan perniagaan..aku paham..bila mereka tutup segala jana kuasa..mereka akan rugi..

Yang aku musykilnya..mereka yang tidak menjalankan business buat tak tahu je..macam seolah-olah tiada apa yang berlaku..kalau tak nak tutup semua lampu pun..sekurang2 nya tutup lah satu dua lampukan..dapat lah kurangkan pemanasan global ni..renung2 kan lah..jangka hayat bumi bergantung kepada kita juga..bagaimana kita menjaganya..

mood: EARTH HOUR