Apa yang aku temui di dalam kehidupan yang serba kekurangan ini..pelbagai onak dan duri yang terpaksa kita tempuhi walaupun dalam keadaan yang mendesak..apa yang sedang berlaku, apa yang kita nampak..pada masa ini..janganlah menuduhnya tanpa usul periksa..kehidupan sebagai seorang blogger sama sahaja seperti manusia biasa..mereka masih melakukan sama seperti manusia biasa melakukan..cuma perbezaannya seorang blogger tidak pernah lekang dari komputer ribanya untuk memberi info-info terkini..
Kita juga sama seperti masyarakat yang lain..hidup di bawah satu bumbung..cuma apa yang aku lihat ada di antara blogger sanggup bertegang leher untuk menjatuhkan nama masing-masing..sepatutnye perkara sebegitu tidak harus berlaku di dalam dunia blogger..kita juga mempunyai hati dan perasaan serta nilai-nilai murni yang telah di didik semenjak di bangku sekolah lagi..cuba lah ingat kembali ke zaman itu..supaya kita dapat mengamalkan cara yang baik dalam menulis blog..
Tiada gunanya kita berperang sesama sendiri..tiada keuntungan yang diperolehi..hanya membazirkan masa malah dosa pulak kita dapat dari fitnah di antara satu sama lain..apa yang aku harapkan daripada dunia blogger..aku impikan sebuah keluarga yang harmoni..serta toleransi bukannya bergaduh sana sini..kalau menegur biarlah dengan cara yang betul..dan kepada yang ditegur terimanya dengan hati yang terbuka..sekian..
NEVER SAY NEVER..peace!!




