Saturday, January 29, 2011

Kehidupan Lebih Matang

Siapa sangka..tahun demi tahun..umur kita pasti berubah..bila ia sudah meningkat..tiada siapa yang dapat mengubahnya..namun masih ramai yang tidak menyedarinya..masih kekal di takuk yang lama..setiap orang pasti mengimpikan kehidupan yang lebih matang..

Seperti aku jugak..aku belajar untuk menjadi lebih matang..yelah bila usia sudah meningkat..pasti alam perkahwinan semakin hampir dengan kita..aku bagaikan tidak percaya..usia aku sudah menjangkau ke alam dewasa..zaman kanak-kanak aku masih lagi terpahat di kepala aku..tapi apa boleh buat inilah realiti kehidupan..

Adanya sikap matang di dalam diri kita..pasti apa yang kita lakukan lebih teratur..jikalau kita tidak bersikap begini..aku rasakan pelbagai perkara yang tidak enak berlaku..contohnya..dalam perkahwinan..aku sebagai lelaki merupakan ketua keluarga..tanggungjawab yang aku pikul amatlah besar..jadi, di sini aku haruslah bersikap matang dalam menguruskan dalam semua benda..

Bila difikirkan balik..bersikap keanakan dalam dalam mendirikan rumah tangga mungkin mendatangkan satu masalah kepada pasangan kita..aku rasa..korang pun boleh fikir sendiri akibatnya..mungkin tidak boleh bersikap keanakan..tetapi biarlah mengikut waktu yang sesuai..kematangan dalam diri mungkin membuatkan pasangan kita berasa selesa dengan kita..sekian

NEVER SAY NEVER..peace!!

Friday, January 28, 2011

Perempuan Dengan Perempuan Memang Tak Boleh Lebih Eh..

Musim cuti ni..pasti ramai blogger yang mengambil kesempatan untuk mencuci blog-blog yang dah bersawang..haha..mana taknya masa belajar ni memang terhad lah nak update blog kan..so, di kesempatan yang ada..marilah kita menyemarakkan lagi semangat berblogging..yelah daripada takde buat apa-apa..layan blog pun cara jugak kan..

Perempuan?? bagi kaum lelaki perempuan ini adalah hiasan di dunia..kata orang penyeri dalam semua benda..memang sedap di pandang..pandang je ye..nak sentuh nikah dulu..hehe..apa yang aku mahu utarakan ialah..jenis macam aku ni..aku suka memerhati keadaan sekeliling..kira macam " stalker " jugak lah..tipu je..haha..

Kadang-kadang aku ada perasan jugak lah..bila seorang perempuan ni dress up ala-ala diva gitu..mata-mata perempuan yang lain mulalah terbeliak..dan lepas tuh apa lagi..mengumpat je lah jawapannya..isk-isk how come lah boleh jadi macam tuh ek?? masing-masing punya baju..masing-masing punya hal lah..ye kan?? 

Ada je potpet sana sini..contohnya " eh. mesti murah kan baju perempuan tuh pakai "..tak elok macam ni..kalau dia nampak hot pun dengan dressing dia..pergilah tanya beli dekat mana baju ni..tanya dengan baik..kan lebih molek di situ..Apa-apa pun kita bersaing secara sihat walafiat okeh..

Selamat bercuti dan berblogging semua..

NEVER SAY NEVER..peace!!

CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL !


Sebelum menjelang waktu malam..aku dengan terhegeh-hegehnya menyertakan diri aku dalam contest ni..haha..lama dah tak masuk contest ni..manalah tahu tuah aku di CUTI RAYA CINA ni..hehe

Nak tengok sejauh mana coolnya aku..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cool ke?? hehe
.
Okeh nak join..klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!