Friday, January 28, 2011

Perempuan Dengan Perempuan Memang Tak Boleh Lebih Eh..

Musim cuti ni..pasti ramai blogger yang mengambil kesempatan untuk mencuci blog-blog yang dah bersawang..haha..mana taknya masa belajar ni memang terhad lah nak update blog kan..so, di kesempatan yang ada..marilah kita menyemarakkan lagi semangat berblogging..yelah daripada takde buat apa-apa..layan blog pun cara jugak kan..

Perempuan?? bagi kaum lelaki perempuan ini adalah hiasan di dunia..kata orang penyeri dalam semua benda..memang sedap di pandang..pandang je ye..nak sentuh nikah dulu..hehe..apa yang aku mahu utarakan ialah..jenis macam aku ni..aku suka memerhati keadaan sekeliling..kira macam " stalker " jugak lah..tipu je..haha..

Kadang-kadang aku ada perasan jugak lah..bila seorang perempuan ni dress up ala-ala diva gitu..mata-mata perempuan yang lain mulalah terbeliak..dan lepas tuh apa lagi..mengumpat je lah jawapannya..isk-isk how come lah boleh jadi macam tuh ek?? masing-masing punya baju..masing-masing punya hal lah..ye kan?? 

Ada je potpet sana sini..contohnya " eh. mesti murah kan baju perempuan tuh pakai "..tak elok macam ni..kalau dia nampak hot pun dengan dressing dia..pergilah tanya beli dekat mana baju ni..tanya dengan baik..kan lebih molek di situ..Apa-apa pun kita bersaing secara sihat walafiat okeh..

Selamat bercuti dan berblogging semua..

NEVER SAY NEVER..peace!!

CONTEST PIC HITAM PUTIH PALING COOL !


Sebelum menjelang waktu malam..aku dengan terhegeh-hegehnya menyertakan diri aku dalam contest ni..haha..lama dah tak masuk contest ni..manalah tahu tuah aku di CUTI RAYA CINA ni..hehe

Nak tengok sejauh mana coolnya aku..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cool ke?? hehe
.
Okeh nak join..klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thursday, January 27, 2011

Penggunaan " AKU " dan " SAYA " ketika berblogging..

Assalamualaikum..

Peredaran waktu dari masa ke semasa amatlah pantas..sehinggakan aku dikejutkan dengan bertubi-tubi kerja..yang langsung belum aku sentuh..apatah lagi blog aku kan..kepada yang telah melawat blog aku..aku ucapkan terimah kasih banyak-banyak..kalau berkesempatan..aku akan terjah semua followers aku..itulah yang aku harapkan..:)

Berkaitan dengan penggunaan " AKU " dan " SAYA " dalam berblogging..mana agaknye lebih sesuai ye..pada persepsi aku..dua-dua pun dah ok..seperti aku..aku menggunakan " AKU "..mungkin lebih fiendly la kot..hehe..benda ni semua bergantung pada diri masing-masing lah..senang cerita mengikut keselesaan diri..kot-kot ada yang meluat ke kalau menggunakan perkataan " SAYA "..haha..

Kalau hendak diikutkan memang banyak lagi untuk ganti nama diri kita..contohnya  " I ", " GUA " dan sebagainya..mengikut NAZIRUL HAZWAN @ SURATAN KEBETOLAN..dia menggunakan " DEN "..haha..anak jati nogori lah kot..apa-apa pun berblogging lah mengikut gaya tersendiri..hehe..apa yang kita rasa ok..just go on ya..~

NEVER SAY NEVER..peace!!