Sunday, January 16, 2011

Apa Itu Kitar Semula?


Hujung minggu ni..kebiasaanya aku memang duduk rumah..huhu..macam tak percaya je kan..tetapi haruslah percaya..haha..jadi member sekolah rendah @ member blog aku telah ajak aku untuk menyertai satu contest iaitu PERTANDINGAN: APA ITU KITAR SEMULA..baru je semalam aku masuk contest AMMAR YASIR..hari ni aku tak nak ketinggalan untuk sertai lagi satu pertandingan bertemakan alam sekitar jugak..yeah..ramai-ramai lah sokong pertandingan ini..jom join..

Pertandingan seperti ini seharusnya perlu diadakan selalu bagi memupuk budaya kitar semula di kalangan rakyat Malaysia..memang suatu masa dulu..kerajaan Malaysia pernah membekalkan tong-tong kitar semula di setiap agensi kerajaan dan jugak di sekolah-sekolah..namun..ianya tidak mendapat sambutan..

Kebiasaanya bahan-bahan yang boleh dikitar semula..seperti kaca, kertas dan juga plastik..setiap sampah itu mempunyai warna tong yang tersendiri..haha..aku pun tak ingat..:)Benda ini aku telah diajar semenjak sekolah menengah dan berlarutan ke diploma sehinggalah degree..cuma sekarang harus dipraktikan sahaja..

Sebenarnya ada baiknya kita kitar semula..salah satunya kita dapat menjimatkan penggunaan landfill di Malaysia..seandainya tiada istilah kitar semula..maka kuranglah tanah di Malaysia disebabkan jadinya tempat pelupusan sampah..dan jangan lupa prinsip 3R..iaitu Reduce, reuse, recyle..yeah..selamat beramal..ini je yang aku dapat kongsikan..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Saturday, January 15, 2011

Tidak Mengenal Erti Berputus Asa Dalam Blogging

Assalamualaikum..hujung minggu ini pasti korang semua bersantai bersama keluarga mahupun orang yang tersayang..kehadiran masa lapang aku ni..aku tidak sia-siakan untuk membuat entri-entri baru selagi aku terdaya..yelah nanti kalau dah time kuliah..nak tekan keyboard pun tak dapat..hehe..tipu je..mengalahkan PM pulak sibuk aku ni..dalam dunia ini..apa yang kita lakukan..pasti ada pahit manisnya..dah memang hukum alam kan..

Sama jugak seperti berblogging ni..bukan semua orang boleh terima blog kita..dan bukan semua orang boleh lihat kita senang..bagi aku erti putus asa tidak wujud dalam hidup aku..walaupun seteruk mana aku dicaci atau pun dimaki..ini membuatkan aku akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu..bila dikritik ataupun dicemuh..jangan set minda kita untuk jadi lemah..kita harus lawan..harus tabah menghadapinya..Seandainya kita terus mengalah..bilakah lagi kita ingin kecapi kejayaan seperti orang lain..Jangan tipulah korang tak cemburu dengan kejayaan orang lain..betul kan??

Apa yang penting di sini..hati kita perlu cekal..dan tidak perlu risau..ramai rakan blogger kita boleh membantu..jangan berpatah kembali apabila sudah melakukan..ingat itu..kita sepatutnya..terus depan dan ke depan..jangan hiraukan apa yang berlaku di belakang..Kesimpulannya..orang yang berputus asa..selalunya rugi kerana mereka masih tidak nampak kejayaan mereka di depan mata..sekadar berkongsi..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Friday, January 14, 2011

"Contest cintai alam sekitar"


Assalamualaikum..dalam sedar tak sedar hampir 3 hari contest aku berlalu..jadi, sekarang ni masa aku untuk join contest blogger-blogger lain pulak..saudara AMMAR telah mengadakan CONTEST CINTAI ALAM SEKITAR..bagi aku contest ini amat bermakna buat aku di mana aku mengambil jurusan di dalam kesihatan alam sekitar..aku memang supportlah kalau yang berkaitan dengan alam sekitar ni..memang sudah menjadi tanggungjawab aku untuk menjaga kebersihan alam sekitar..Cepat-cepat kita sokong untuk bendung alam sekitar daripada sebarang pencemaran..anda mahu..join sini..

Langkah-langkah untuk menangani pencemaran

  • Haruslah sikap manusia itu sendiri berubah kepada pemikiran kelas pertama
  • Kuatkuasakan undang-undang seperti Singapura
  • Mengadakan kempen-kempen kitar semula
  • Memberikan pendidikan awal kepada generasi-generasi muda
  • Pertandingan mencintai alam sekitar harus diadakan setiap tahun seperti yang dianjurkan oleh AMMAR
Mencintai alam sekitar merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan..manakan tidak..di bumi yang nyata inilah tempat kita berteduh, bernafas dan sebagainya..jikalau tidak dijaga dengan baik..maka punahlah ia di masa hadapan..

Gambar aku bersama alam sekitar



Gambar ini telah di edit..aku memang suka hidup di alam sekitar yang aman dan damai tanpa kacau ganggu ataupun di ambang kemusnahan..wish me luck ya

NEVER SAY NEVER..peace!!