Monday, January 3, 2011

Aku Tidak Dapat Terima!!

Assamualaikum..rasanya hari ni..kepala aku memang blur sangat..sepatah haram apa yang di ajar oleh lecturer aku..aku tak dapat terima..gila ke apa aku ni eh??haha..bukan apa..mungkin otak aku terkejut kot..yelah tak buat warm apa-apa, tiba terus masuk kuliah mengadap skrin..memang jawapan gear 5 lah otak aku ni..huhu..dah lah datang lewat setengah jam..tak kurang hebatnya..aku duduk barisan paling depan sekali..haha..konon-konon nampak macam budak nerd lah pulak..padahal pointer aku ke laut..aduhai..apa lah nak jadi aku ni..hmm..tapi takpe..aku yakin walaupun aku hidup ni agak tunggang langgang sikit..kejayaan akan aku capai jugak..

Biasalah baru-baru start kuliah ni..semua je jadi lembap..pelahan-pelahan aku mengupas semangat yang hilang..haha..macam XPDC lah pulak..Nak tengok tak..akibat blur-blur..muka aku dengan member-member aku jadi begini..sedih aku tengok..huhu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kesian kan..mungkin akibat tekanan perasaan kot..haha..doa-doakan lah kami berjaya ok!!

NEVER SAY NEVER..peace!!

Sunday, January 2, 2011

Kenapa Filem Hindustan Membuatkan Orang Lebih Tersentuh?






Source: Yahoo images

Kebiasaannya waktu malam yang tenang..fikiran kita senantisa dihidangkan perkara-perkara yang indah..dalam kata lainnya perasaan jiwang yang bermain-main di dalam kepala kita..eh ada kaitan ke dengan gambar di atas..hehe..Kalau nak diikutkan pada waktu dulu..filem hindi membuatkan kita lebih cepat menitiskan air mata..kenapa eh?? sedangkan filem-filem di negara kita tidak kurang hebatnya..Sebelum ni memang aku tak pernah tengok cerita hindustan..akhirnya nak tak nak..aku tertonton filem MOHABBATEIN..wow memang power beb..cerita ini banyak menyentuh perasaan kita..daripada mula hinggalah ke akhirnya..

Tetapi bagi aku..di manakah terletak kekuatan filem hindi ni..PELAKON atau JALAN CERITA?? kalau nak dikatakan pelakonnya berjaya menjiwai watak..mungkin juga..di dalam setiap filem jalan cerita jugak memainkan peranan yang penting..jikalau jalan ceritanya boring..takdelah orang yang menontonnya tersentuh hati kan..Filem hindi ni pernah menjadi kegilaan ramai..namun filem Korea telah memintas kehebatan filem hindi..Ini bergantung kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan..haha jangan ingat pulak yang menonton filem hindi ni jiwang..tak baik ye salah sangka..dosa..hehe..sekadar berkongsi..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Selamat Sampai Di Villa Puncak Alam

Assalamualaikum..huh!! selamat sampai jugak aku di VILLA PUNCAK ALAM..wah aku student lagi ma..macam mana boleh dapat duduk villa ni..hehe..jangan jeles ye..ish tak baik aku ni..menipu pulak..aku duduk rumah teres dua tingkat je..tapi aku tak tipu barangan dalam rumah..macam orang dah berumah tangga ye..lengkap semua..syukur kepada tuhan..owner kepada tuan rumah ini memang sangat baik..

Rindu gila aku dekat villa ni..macam dah lama je aku tinggalkan padahal sebulan je..hehe..berhabuk semua barang-barang dalam rumah ni..kurang hajau punya habuk..haha habuk pulak aku salahkan..tiada kena mengena pun kan..yeah kehidupan aku sudah kembali seperti asal..besok bermulalah pengajian aku pada pukul 9.30pagi..hoho nasib baiklah bukan pukul 8 kan..kalau tak bengkak jugak mata aku..hehe

Aku berdua je dekat villa ni..dengan member aku iaitu Ifwat..yang lain-lain mungkin tengah seronok bercuti lagi agaknya..maklumlah masing-masing bila dah dapat cuti tak ingat dunia..haha..Malam ni kami mungkin pergi melayan McD satu-satunya di Puncak Alam..cayalah..walaupun agak hulu sedikit..namun kemajuan di sini dapat di lihat dari masa ke semasa..Yeah!! suke-suke..Mood: membuak-buak nak study..haha

NEVER SAY NEVER..peace!!