Tuesday, December 21, 2010

Kekuasaan Allah " Sungai Di Lautan "


Source: Youtube

Ya Allah..betapa besarnya kekuasaan MU ya Allah..siapa sangka..di dalam lautan yang terbentang luas..di mana terdapat sungai di dalammya..Lihatlah wahai manusia betapa berkuasa YANG MAHA ESA..aku tergamam melihat video ini..mari kita saksikan kehebatan SANG MAHA PENCIPTA..

"SEGMEN JOM BERKENALAN"





Assalamualaikum..segmen ini telah di tag oleh sepupu aku sendiri..micky eyqa..hehe thank eh..di kesempatan ini..aku pun join..jom kita berkenalan bersama LOQMAN HAKIM..

Apakah status anda

Wow..panas!panas!..haha confirm la single lagi..aku pun belum kahwin lagi..hehe lambat lagi kot..

 Ceritakan tentang diri anda

Mengenai diri aku..aku hanya insan biasa..hehe..sekarang ni aku sedang belajar di dalam jurusan KESELAMATAN DAN KESIHATAN PERSEKITARAN..aku memang prinsip " NEVER SAY NEVER " supaya untuk maju dalam kehidupan..

Ceritakan tentang Blog anda
 
Tuan empunya blog suruh aku jadi pegawai pemasaran..hehe..nak promote macam mana eh..ok lah..blog aku diberi nama SANDIWARA SEORANG INSAN..dan mempunyai lagu tema diimport khas dari seberang..nak tahu ke??nal tahu kena lah tengok sendiri..hehe
Apa pandangan anda tentang dunia blog?
 
Pandangan aku pada dunia blog..pada mulanya aku hanya memandang ia sebagai alam maya..namun tidak sama sekali..ia bagaikan satu keluarga yang besar yang dijalin antara blogger-blogger
 
 Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog
 
Jom ramai-ramai kita memeriahkan dunia blog..kerana terdapat keistimewaan yang tersirat di dalamnya
 
Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda 
 
Keunikannya biarlah dinilai sendiri oleh blogger-blogger lain...:)
 
Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?  
 
Aku akan terus menulis selagi terdaya..
 
Tag
 
Anisa Hang tuah
 
Azrin
 
Citarasa Rinduan
 
Forever love
 
NEVER SAY NEVER..peace!! 

Penting Untuk Si Pemakai Kereta






Di sini aku bukan lah nak bercerita pasal kereta..seperti yang sedia maklum..harga getah di pasaran Malaysia mahupun dunia telah meningkat..then di situ kita janganlah lupa..bahawa..kenderaan yang kita gunakan mempunyai bahagian daripada getah..

Ingat tak dulu..semasa harga besi sedang mendadak naik..aduh, pantang je ada besi dekat kawasan rumah mesti hilang..periuk, tin dan banyak lagi..kalau letak bersepah..besoknya memang tak nampak bayanglah jawabnya..Yang paling teruk sekali..sedangkan penutup longkang boleh hilang..aish..manalah pergi kesedaran masyarakat Malaysia ni..kerja kosong dekat Malaysia punya la banyak..ni tidak curi besi je..

Ok, kita berhenti cerita pasal besi..sekarang ni harga getah sedang mahal..cuba bayangkan..agak-agak kenderaan yang kita miliki sekarang ni..selamat ke??Aku pun tengah risau ni..kot-kot mana lah tau..tengok je besok pagi..kereta dah takde tayar..mahu pengsan aku kalau benda macam tuh berlaku..harap-harap perkara sebegini tidak berlaku..huhu..sekian

NEVER SAY NEVER..peace!!