Sunday, December 5, 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa


Salam..hari ni aku rasa nak bercerita pulak kan..hehe that's why aku join contest..cam ne la gaya aku tulis cerpen ni kan..:)..kalau anda semua mahu mereka cerpen sendiri..mai2 klik sini..

Mari2 aku nak mula cerita da ni..
 Di tengah kesibukan bandar, tinggalnya seorang gadis yang peramah, bersusuk tubuh kecil dan kulitnya yang sawo matang. Namanya diberi Lia oleh keluarganya. Lia merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Walaupun pun bertubuh kecil, Lia mempunyai habitat iaitu bayangkan satu hari 3 pinggan boleh dihabiskannya. Apa yang pelik tentang Lia ini, kalau boleh hari-hari dia inginkan ayam goreng. Maka, terpaksa hari-hari mak dia pergi ke pasar membeli ayam. Mak Lia pernah berkata" Lia kau ni asyik makan ayam je kan, macam ni engkau tinggal dekat reban je la". Lia hanya tersengih mendengarkan sinis maknya.





Pada suatu hari, waktu Lia tengah khusyuk makan, tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lia tersedak dan berkata " Alahai telefon aku nak makan pun kau kacau ye". Lia menerima mesej pesanan ringkas dariapada kawannya yang mahu kredit daripada Lia. Di situ Lia berasa hairan, " huh! kata anak orang kaya, kredit pun nak minta kat aku ye". Lia tergelak seketika, namun dia tidak pernah menghampakan kawannya. Jadi dia pun layan kerenah kawannya.


Di waktu petang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sedang Lia berjalan-jalan melihat keindahan alam, tiba-tiba sebuah teksi yang meluru laju dari jauh. Lia terkesima seketika " Eh, gila ke apa pemandu teksi ni bawa laju", dengan nada yang marah. Kebetulan pula lalu seekor kucing untuk melintas jalan secara tidak tentu hala, " mabuk ke kucing ni?" Lia tergelak besar di situ. Nasib masih menyebelahi kucing tersebut, apabila pemandu teksi sempat menekan brek emergency. Lia terperanjat sambil berkata " wah, KL DRIFT ke ni? mujurlah kucing tu selamat". 


Di dalam perjalanan pulangnya, tiba-tiba Lia ternampak lelaki seakan-akan SYAFIQ ROSLI. Lia berkata" aku di dalam syurga ke ni, tidak pernah aku nampak lelaki hensem macam tuh". Hati Lia mula berbunga-bunga dan mula berangan hingga ke awang-awangan. Malang tidak berbau, tiba-tiba Lia terasa gegaran yang sungguh kuat sehinggakan jejaka yang dilihatnya tadi kabur dari penglihatan. Rupa-rupanya Lia dikejut oleh ibunya kerana Lia terlewat pergi ke sekolah..Tamat

NEVER SAY NEVER..peace!!







Tag: 


Apa Ade dengan Bloglarian @ BlogWalking..


Bloglarian adalah satu cara untuk kita blogwalking dengan cara mudah..nak tau lebih..bayar la..hehe..gurau aje..klik sini ok!!
Ni jugak salah satu nak up kan traffic kita..so, don't miss ya..

"Saya suka berblogwalking kerana aku suka mencari kawan2 baru serta dari situ aku jugak dapat info2 yang menarik..dan info2 yang up to date..dengan berblogwalking aku jugak dapat mengasah lagi bakat aku dalam penulisan..ade bakat ke??haha..tapi xpe la aku cakap memang xrugi apa2 pun..so jom ramai join Bloglarian ye..

Rakan2 yang bertuah:



Done.NEVER SAY NEVER..peace!!

Sup Ketam Penawar Denggi?

Salam..kali ni aku nak bagi tips tentang kesihatan pulak la..bleh gitu?..hehe..takpe2 benda2 yang baik tak elok disimpan sampai jadi perkasam..Ok2 aku straight forward je..aku penah terkena denggi semasa aku diploma..huish sakitnye hanya tuhan je yang tau..aku menginap selama 4 ari 3 malam..memang package la disitu..tak dinafikan teramat la bosan duduk wad ni..tapi aku bernasib bek ditemani nurse2 praktikal..so xde la bosan sgt..hehe..bayangkan darah aku diambil setiap 6 jam untuk diuji..serta 23 beg air telah dimasukkan ke dalam badan aku..terseksa sggh..tapi apa boleh buat da takdir aku..huhu

Namun, pada satu hari ada makcik sebelah katil aku ni..suami dye kena denggi jugak..dye cakap kat aku.." NAK KALAU NAK CEPAT BAIK MINUM SUP KETAM NI"..aku pun terpikir mungkin betol jugak cakap makcik ni..dya pun bagi sikit sup ketam dya kat aku..huhu..agak segan jugak la di situ..da la dya ade anak dara..hehe..ke situ plak aku kan..tuk pengetahuan korang sup ketam dapat meningkatkan tekanan darah yang rendah..so just try it..NEVER SAY NEVER..peace!!