Monday, January 18, 2016

Huna Glowing Bar

Apa itu HUNA GLOWING BAR??

~ 🌹HUNA GLOWING BAR ~
HUNA GLOWING BAR adalah sabun yang diperbuat dari bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dapat membantu menyelesaikan masalah kulit anda !
Kandungan semulajadi yang tinggi seperti :
☆air tulen
☆palm kernel oil (inti kelapa sawit)
☆minyak kastor
☆cocos nucifera (minyak kelapa)
☆collagen
☆olive oil (buah zaitun)
☆grape seed extract
☆tea tree oil
☆seaweed .
●🍀PALM KERNEL OIL mempunyai kandungan vitamin A dan E cukup tinggi yang sangat baik sebagai perawatan kulit.
.
●🌱MINYAK KASTOR dapat membantu melembapkan kulit. Ia berfungsi sebagai emolien semula jadi, yang merangsang pengeluaran kolagen dan elastin yang menghidrat dan melembapkan kulit.
Ia juga merawat kedutan, membaiki dan menyegarkan kulit supaya ia kelihatan sempurna dan lancar. .
●🌴COCOS NUCIFERA OIL
Memberi keseimbangan kimia semulajadi kulit.
• Melembutkan kulit dan membantu daripada kulit menjadi kering dan bersisik.
• Mengelak kedutan (wrinkles), kulit menggelebeh (sagging skin), dan berbintik (age spots).
.
KELEBIHAN 🌹HUNA GLOWING BAR iaitu membantu :
✿ Perubahan tona kulit berganda lebih cerah
✿ Kulit lebih gebu, lembap dan tegang
✿ Wajah lebih segar dan berseri sepanjang hari
✿ Menyekat pembentukan jerawat dan merawat masalah jerawat yang serius
✿ Membantu menghilangkan parut dengan lebih berkesan dan efektif
✿ Memudarkan dark spot dan kedutan di bawah mata
✿ Memperbaiki tekstur kulit tua & mati.
✿ Mengurangkan pigmentasi & garis kedutan
✿ Mengecilkan liang pori
✿ Kandungan antioksidan yang tinggi mampu mencegah pelbagai penyakit kulit termasuk enzema dan selulit.

Keistimewaan 🌹HUNA GLOWING BAR membantu :
▶Mencerah kulit
▶Melembap & Menyinarkan kulit
▶Menganjalkan kulit
▶Memudarkan parut jerawat
▶Anti-penuaan
▶Membaikpulih sel kulit
▶Merawat masalah jerawat
▶Merawat muka kusam
▶Merawat kulit muka berminyak ================================ 🌸Kesan seawal 7 hari based on 90% testimoni customer yg berpuas hati
.
🌸Sesuai utk semua golongan lelaki & perempuan tidak kira peringkat umur
.
🌸berat : 60mg ( sebulan )

Follow instagram
@hunaofficial
.
Harga :
SM : RM35.00
SS : RM39.00


Friday, December 11, 2015

Perkahwinan

Assalamualaikum,

Eh ternyanyi pulak lagu Harris J..:)

Aku dah lama tak bercakap di dalam blog..walhal pada kurun ke 20 aku memang aktif berblogging untuk berkongsi idea dan maklumat..

Ok berbalik kepada topik..KAHWIN..ape itu KAHWIN..

Memang tak dapat dinafikan, ramai orang berlumba untuk kahwin tidak kira muda atau tua bila dah sampai seru..ternyata aku pun tidak melepaskan peluang tersebut..Sungguh tak aku sangka aku menamatkan zaman bujang pada umur 26 tahun dengan wanita pilihan aku..YEAHH!! akhirnya aku sudah jadi suami..TAPII jangan terlupa tugas seorang  suami bukanlah mudah seperti yang diungkapkan..

Benar kata-kata ustaz..murah rezeki bila sudah berkahwin..Inshallah jangan takut untuk berkahwin, cumanya janganlah salah pilih pasangan..sebelum berkahwin kita kenal dulu hati budi pasangan masing-masing..

Akhir kata..aku sudah ketandusan idea oleh kerana sudah lama tidak menulis..selamat berhujung minggu..

# nota kaki: cintailah sepenuh hati pasangan anda

Wednesday, October 23, 2013

Membeli Belah Keperluan Atau Nafsu??

Assalamualaikum,

Ekonomi negara sekarang semakin meningkat, namun tidak dinafikan isu membeli belah di kalangan rakyat Malaysia masih sama..walaupun harga minyak dan barang naik tetapi mereka tidak ketinggalan untuk membeli belah..ok, di situ terdapat satu persoalan sama ada membeli belah ini adalah satu keperluan atau nafsu??macam aku, merupakan peggemar kasut untuk pergi santai dan jalan-jalan..jadi memang sukar untuk membuat tabiat daripada membeli kasut walaupun kasut tersebut masih dalam keadaan baik..bagi aku, aku tak kisah kasut tersebut berjenama atau pun tidak, kadang-kadang beli dekat uptown pun dah ok..asalkan bergaya..dan nampak smart..

Berbalik kepada persoalan tadi, contohnya bila kita dah sampai pusat membeli belah, seperti kita boleh kena terkena histeria..dan nafsu untuk membeli belah membuak-buak..ini sering kali terjadi pada wanita..tidak terlepas juga pada lelaki..kadang kala lelaki mengambil masa yang lebih lama untuk memilih sesuatu barang..ini kerana barang-barang lelaki adalah lebih terhad..namun di Zalora Malaysia kita boleh mendapat kasut-kasut yang harganya berpatutan..

Contohnya, gambar di bawah harga kasutnya bawah daripada RM100..jadi, harganya adalah berpatutuan..kasut ini sesuai untuk bersantai dan bersiar-siar..ianya mudah dipakai..aku lebih gemar kasut macam ni..lebih bergaya bila memakai short pant dan t-shirt round neck lebih kasual..jadi apa lagi..kita sambarlah..jangan tunggu lama-lama..


Suede Loafers with TieSuede Loafers with TieSuede Loafers with Tie

mood: membeli belah

Friday, October 11, 2013

Roti Kaki


Sumber: Google

Selepas kes kematian di Kedah akibat keracunan makanan..kini timbul pula isu..sebuah kilang roti membuat roti dengan memijak tepung dengan menggunakan kaki..di manakah kebersihan itu? bagi aku..kementerian kesihatan perlu lebih kerap mengadakan pemantauan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku..kita tak nak kes keracunan makanan berulang kembali..

Kebanyakan premis-premis makanan di Malaysia sukar untuk mencapai tahap kebersihan yang tinggi..dan hanya sekadar mengejar keuntungan..alahai..ini semua makanan..maaf jika aku memberi sedikit teguran..bukan apa aku pun dari bidang kesihatan..rata-rata premis makanan yang telah diperiksa kurang memuaskan..aku harap tahap kebersihan premis makanan di Malaysia akan meningkat dari semasa ke semasa..

mood: Selamat Hari Raya Korban

Monday, September 23, 2013

Bini Mat Yo Buat Hal

Saya bukan bodoh..saya bukan bodoh..dan lelaki dayus..lelaki dayus..itulah yang diungkapkan oleh bini Mat Yo..jadi sebagai blogger..aku sebarkan sebagai pengajaran..yang muda kena hormati yang tua..ini tidak..langsung tiada rasa hormat..



Sumber: Youtube

Apa-apa pun Mat Yo perlulah beri tunjuk ajar kepada isterinya..orang Malaysia bukan macam ini..Peace!!

mood: ketiduran

Wednesday, August 28, 2013

KL Gangster 2 Bocor Sebelum Ditayangkan di Pawagam


Sumber: FB Skop Productions

AMARAN!
Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliance akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan/download filem KL GANGSTER 2 tanpa kebenaran dimana2 media sekalipun.Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan utk mengesan mereka yg bertanggungjawab.

Kenyataan di atas telah dibuat oleh pihak produksi SKOP..siapa sangka..filem yang ditunggu-tunggu telah bocor di media elektronik..memang pelik, macam mana filem ini boleh terlepas keluar..mungkin ada pihak yang mahu mengutip keuntungan terlebih dahulu..dengar cerita filem ni bocor malam tadi..macam-macam

Aku yakin..filem ini masih boleh box office..yela di pawagam lebih gempak sistem bunyinya..apa pun..sokonglah industri Malaysia..KL Gangster je lah..haha..sebenarnya aku kurang tengok filem Malaysia kexuali cerita aksi..so jaga-jagalah siapa yang membocorkan filem ini terlebih awal..chow..

mood: lencai..haha

Wednesday, August 21, 2013

Tragedi Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland

Berikut adalah gambar-gambar tragedi:








NONE

NONE

NONE

Sumber: Pertama

Pada awalnya..dikatakan 10 terkorban..dan yang terbaru 33 orang..sungguh tragik kejadian ini..kalau kita lihat memang sudah banyak kemalangan jiwa yang melibatkan bas..bagi aku..sesiapa yang ada kenderaan sendiri..lebih baik naik kenderaan kita..kalau naik bas sekarang ni ibarat nyawa di hujung tanduk..

mood: al fatihah

Tuesday, August 20, 2013

SR Lancarkan Kedai Online


Assalamualaikum,nampaknya aku menceburi bidang baru iaitu bisnes online dengan menjual pakaian..aku bersama adik aku..mengusahakannya..jangan malu-malu untuk jenguk kedai online kami..aku ada update semua baju yang kami ada stok..


Baju kami jual harga murah2..jika berminat boleh hunbungi di 0196385345..

mood: suka suki shopping..

Friday, August 16, 2013

Gambar Terkini di Pergolakan Mesir

Aku sayu melihat saudara-saudara kita di sana..mahu juga aku turut bersama mereka..Allahuakbar!!

Photo: Gambar dari Mansurah seusai solat Jumaat membantah pembunuhan besar-besaran tentera ke atas penyokong Dr Muhammad Mursi

Photo: Komplasi gambar seorang pemuda mengangkat tangan tanda aman namun ditembak mati sejurus selepas itu.

RNN

Photo: Lagi perarakan besar dari medan safrankas menuju ke medan Ramsis.

ketika ini jam 11.30 malam waktu Malaysia 5.30 petang waktu Mesir.

Saqatat InQilabiyyah

Photo: #TerkiniMesir 

Selepas Ambulans dihalang bagi membantu orang yang cedera di Medan Ramsis, para pro Mursi terpaksa menggunakan kenderaan awam menuju ke pusat kecemasan atau mana-mana tempat untuk mengubati mangsa yang tercedera.

Ala ALbanna

Photo: #TerkiniMesir

Terkini dari dalam Masjid Fath Ramsis dan angka kematian dikatakan mencecah 90 orang hari ini di seluruh Mesir.

Anba

Mahu gambar selebihnya boleh like Page Sini

Aku tidak terkata apa-apa bila melihat perjuangan mereka..melainkan mendoakan mereka supaya berjuang habis-habisan dan dapat menamatkan pergolakan ini..ameen..

mood: Hidup Dr. Morsi


Lelaki Pukul Isteri Tersenyum



Kes lelaki yang memukul isterinya di dalam lif telah menyerah diri..tetapi yang aku rasa pelik..dia masih boleh tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku..walhal seperti yang kita lihat videonya..isterinya dipukul teruk..mungkin orang macam ni kurang didikan agama..

Tak tahan dia pukul isterinya depan anaknya..alahai lelaki..kita sebagai ketua keluarga harus tunjuk contoh dan teladan..bukan guna tangan dan kaki..bro sepatutnya kalau isteri kau salah pun gunalah mulut bukan kekerasan..

Sifat perempuan penuh dengan kelembutan..jadi sepatutnya kita sayang mereka..jadi daripada situlah kita mampu jadi keluarga bahagia..aku harapkan perkara macam ni tidak terjadi lagi..kasihanilah isteri kita..

mood: oh mama kahwinkan aku

Fantasy Premier League

Kepada kaki-kai bola..sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk menyertai Fantasy Premier League..orang kata tak dapat jadi Manager..jadi dalam khayalan pun dah ok..aku baru je siap daftar dan tidak sabar untuk melihat hasilnya..bukannya susah pun nak susun pemain..cuma kita pandai taktikal..hehe itu rahsia..


'

Sumber: Google

Aku masih mencari liga-liga untuk aku join..kalau ada add aku di FB ye.. Syafiq Rosli..Sabtu ini bermulalah season baru untuk EPL..ramai yang ternanti-nanti..namun mampukah Manchester United mengekalkan kejuaraannya.. sebagai penyokong GGMU aku rasa season agak sengit sekembalinya Jose Mourinho sebagai Manager di Chelsea..

Apa-apa pun Harimau Malaya power..eksperimen sampai habis!!

mood: GGMU


Thursday, August 15, 2013

Isu Agama Lagi??

Assalamualaikum,

Sebelum terlambat di sini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua Umat Islam..masih tengiang-ngiang lagi isu ucapan hari raya dengan anjing..timbul pula rumah ibadat orang Islam dijadikan sebagai tempat upacara Buddha..sedih aku melihatnya..senang-senang sahaja..surau yang suci itu diberi kebenaran untuk upacara agama lain..

Surau tu dah pun kena roboh..aku harap perkara macam ni sudah tak berlaku lagi ataupun dunia sudah semakin hampir akhir zaman..sudah terlalu banyak perkara yang berlaku menyentuh sensitivi agama..jadi banyak pihak perlu memandang lebih serius perkara ini daripada terus menular dari hari ke hari..sekarang apa yang aku dapat lihat ramai yang menghina Islam mengguna laman sosial..sudah terlalu meluas..


Sumber: Google

Nak menulis lebih takut tersalah fakta..tapi aku share apa yang aku tahu..tak bermakna apa yang aku tahu ni bukan fakta..oklah selamat malam..

mood: raya oh raya

Saturday, August 3, 2013

KL Gangster 2


Sumber: Youtube

Akhirnya penantian untuk KL Gangster 2 terjawab..aku rasa ramai yang tunggu untuk filem aksi ni..untuk KL Gangster yang pertama memang dah meletup..tambahan lagi para pelakon yang hebat-hebat seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Shamsul Yusof, Sofi Jikan, Zizan Razak dan ramai lagi..untuk KL Gangster 2..Rosyam Nor turut berlakon..

Dulu dah untung 10 juta..lepas kita tunggu sahaja..hehe..baru gempak filem macam ni..tunggu..filem ini akan ditayangkan 3 Okt 2013..

mood: tak sabar nak raya..

Wednesday, July 31, 2013

Video Raya dan Anjing


Sumber: Youtube

Hari ini hangat diperkatakan isu seorang lelaki ataupun diragui jantinanya..ada yang kata lelaki..aku tak faham apa motif sebenarnya..tapi apa2 pun..harap Chetz nama glamour dapat membuat kenyataan media..ada yang kata dia Islam..jadi biar kita sendiri dengar dari mulutnya..

Janganlah kita menghina agama..walaupun itu bukan agama kita..

mood: lapar

Sunday, July 28, 2013

Syiah Semakin Berleluasa

Assalamualaikum,

Sekarang ini kita diserang teruk dengan puak SYIAH..subhanallah..takut aku mendengarnya..yela ajaran ini dilakukan secara senyap..macam kenyataan yang dikeluarkan ketuanya..hampir ratusan ribu pengikutnya..mungkin ini dunia akhir zaman..

Berdoalah dan memohon kepadaNYA semoga kita terlindung daripada  perkara sebegini..memang ISLAM itu mudah..tetapi janganlah terlalu ambil mudah hingga menyesatkan diri..aku cuma sampaikan apa yang aku tahu..berpeganglah kita pada Ahli Sunnah Wal Jamaah..dan nabi kita iaitu nabi MUHAMMAD S.A.W..

Mudah-mudahan 10 hari terakhir ramadhan ini..mereka yang sudah terpesong jauh..mendapat hidayah untuk kembali ke jalan yang benar..dan aku kesian dekat mereka yang baru masuk agama ISLAM..baru sahaja menjadi saudara baru sudah mendengar macam-macam..saudara-saudara yang baru inilah yang mudah tersesat jika mereka kenal dengan orang yang salah..jadi itulah tugas kita untuk memperkenalkan mereka pada guru yang benar..




Sumber : Google

 Berdampinglah kita dengan orang dan ajarannya yang benar..mohon dijauhkan kesesatan..ameen..

mood: lailatul qadar


Friday, July 26, 2013

Modal Hanya RM 10 Tapi Pulangnya Mencapai RM100 ke RM500 sehari

Salam,

Di sini saya ada perkongsian untuk dibuat..caranya mudah saya..

Klik link sini untuk pendaftaran..serendah RM10..

Tertarik??

Add saya di Syafiq Rosli

atau pun terus ke SINI

header

Tuesday, July 23, 2013

Jenis Bubur Lambuk

Assalamualaikum,

Bubur lambuk?? sudah pasti semua penah dengarkan bubur lambuk, kalau tak pernah dengar sila keluar dari Malaysia sekarang..haha..ok2..pada bulan puasa ni lah macam-macam bubur lambuk kita boleh tengok..

BUBUR LAMBUK WARNA PUTIH

Bubur lambuk yang warna putih ni aku kerap makan..dan isi dalamnya ada daging, ayam dan kacang..fuhh cakap pasal makanan buat aku lapar pulak..ni dah masuk time lunch ni..haish dugaan betul bulan puasa ni..

BUBUR LAMBUK WARNA KUNING

Bubur lambuk yang warna kuning ni lebih kurang je macam warna putih..tapi cuma beza hanya warna dan rasa..tapi aku rasa lebih prefer warna putih..

BUBUR LAMBUK CAIR

Haa jangan ingat takde yang cair..ada, tapi jarang nampak..dah macam nasi air dah..actually, aku pun tak pernah makan nasi air ni..apa rasa eh??

Jadi, korang pilih yang mana?? hehe jom ambil bubur lambuk free..


Sumber: Google

mood: salam ramadhan ke 15

Tip - Tip Untuk Temuduga Pekerjaan


Sumber : Google

Assalamualaikum, di sini aku ingin berkongsi sedikit tip-tip untuk temuduga..

PERTAMA

Soal selidik tentang syarikat yang panggil kita temuduga dan jawatan yang kita pohon

KEDUA

Pastikan semua dokumen yang diminta lengkap

KETIGA

Berpakaian kemas dan segak

KEEMPAT

Bergerak ke tempat temuduga lebih awal

KELIMA

Pastikan senyuman sepanjang masa bila menjawab soalan

KEENAM

Buat gwiyomi, eh gurau-gurau..bagi ucapan terima kasih, dan kadang-kadang kita kena juga bagi pujian menggunung untuk memikat hati para penemuduga...itu sahaja..chow

mood: selamat mencuba

Kawasan Yang Berjerebu di Malaysia

Time : 2.00 PM
Stesen IDStesenKelajuan Angin (km/j)CuacaMinimum (°C)Maksimum (°C)Suhu (°C)
48603ALOR SETAR9Jerebu24.431.630.6
48642BATU EMBUN7Jerebu23.433.531.9
48670BATU PAHAT9Jerebu23.133.332.3
48601BAYAN LEPAS13Jerebu24.632.032.0
96441BINTULU5Jerebu23.633.733.4
48602BUTTERWORTH13Jerebu23.431.831.2
48632CAMERON HIGHLANDS13Jerebu15.123.023.0
48604CHUPING9Jerebu23.933.031.8
48617GONG KEDAK3Jerebu24.033.433.0
48625IPOH7Jerebu24.635.734.1
96420KAPIT5N/A22.934.134.0
96467KENINGAU5Jerebu19.631.032.1
48672KLUANG7Jerebu23.233.432.9
48615KOTA BHARU13Jerebu24.733.031.3
96471KOTA KINABALU5Jerebu23.934.434.1
48616KUALA KRAI5Jerebu23.234.534.0
48618KUALA TERENGGANU9Jerebu25.432.532.2
48657KUANTAN14Jerebu25.733.631.9
96413KUCHING7Jerebu23.934.134.4
96477KUDAT7N/A24.632.830.2
96465LABUAN3Jerebu24.831.731.2
48600LANGKAWI7Jerebu25.431.431.5
96450LIMBANG3N/A23.633.333.4
48623LUBOK MERBAU7Jerebu22.235.033.3
48665MELAKA13Jerebu21.933.331.8
48674MERSING13Jerebu22.734.433.4
96449MIRI11N/A23.231.931.2
48649MUADZAM SHAH7Jerebu23.533.231.4
95412MULU7N/A22.2N/A33.5
48648PETALING JAYA11Jerebu25.234.632.3
41529PRAI0Jerebu24.533.131.8
96491SANDAKAN5Jerebu24.930.832.5
48679SENAI14Jerebu23.134.032.7
48650SEPANG (KLIA)11Jerebu23.232.631.6
96421SIBU11N/A23.733.933.5
48620SITIAWAN7Jerebu23.533.333.9
96418SRI AMAN3N/A21.133.833.5
48647SUBANG7Jerebu23.234.631.9
96481TAWAU0N/A22.631.3
48653TEMERLOH3Jerebu22.735.032.9

Sumber: Sini

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, kadar kualiti udara di Malaysia, hampir kesemuanya negeri berjerebu..siapa sangka dalam masa yang singkat sahaja bencana jerebu sudah kembali..jadi kita sebagai manusia haruslah menjaga kesihatan masing-masing dan kurangkan aktiviti luar..

mood: pakailah topeng muka

Sunday, July 21, 2013

Sham Kamikaze Dikritik Hebat


Sumber : Google

Sham Kamikaze dikritik hebat dimana satu ceramahnya di tv alhijrah menimbulkan kekeliruan umat Islam..untuk melihat videonya klik SINI

Alahai macam-macam isu sekarang ni..kita doa mudah-mudahan kita masih di landasan yang benar..ameen

mood: moga mendapat hidayah