Assalamualaikum,
Kebiasaanya di bulan ramadan, kita dihidangkan dengan pelbagai juadah menu makanan dan minuman baik di rumah ataupun di bazar. Kita dapat lihat terlalu banyak lambakan bazar di mana-mana sahaja dengan berbagai-bagai menu dan ada juga menu yang kita tidak pernah lihat..kita tengok air sahaja dan ada bermacam-macam jenis..sampaikan kita pun tidak tahu nak beli yang mana..namun begitu ada kebaikan dan keburukannya di antara bazar dan masak sendiri..
BAZAR
Bagi aku bazar ni ada satu daya tarikan, bila kita nampak je kita terus terjah..tapi kita perlu berhati-hati, dekat bazar ni ada peniaga yang tangkap muat je..macam semalam parents aku kena keracunan makanan sebab makan mee kari..aku rasa mungkin kuah dia lama..jadi kita perlu tengok kualiti makan betul-betul sebelum kita beli..untuk minuman pun kena aware sebab kadar penggunaan air paip mungkin tinggi..aku tak de lah nak salahkan semua peniaga..yang penting mereka kena jaga kebersihan makanan dan minuman tu..bagi yang bekerja mereka lebih gemar beli di bazar, yelah balik kerja dah penat dan tak de masa untuk masak..
MASAK DI RUMAH
Sebenarnya masak di rumah lebih baik..kita tahu tahap kualiti makanan kita sendiri dan juga kita boleh berjimat..orang kata menguji tenaga gak, yelah balik kerja terus nak masak untuk juadah berbuka..kalau aku memang dah flat..letih oi..hehe..kita juga akan berpuas hati apa yang kita masak di rumah..sebagai contoh kalau kita beli nasi ayam di bazar, then tidak sedap, sudah pasti kita akan ada rasa kekesalan di situ..apa-apa pun masakan emak kita yang terbaik..
Ok..itu aje aku share, selamat hari raya..
mood: selamat berpuasa