Wednesday, July 31, 2013

Video Raya dan Anjing


Sumber: Youtube

Hari ini hangat diperkatakan isu seorang lelaki ataupun diragui jantinanya..ada yang kata lelaki..aku tak faham apa motif sebenarnya..tapi apa2 pun..harap Chetz nama glamour dapat membuat kenyataan media..ada yang kata dia Islam..jadi biar kita sendiri dengar dari mulutnya..

Janganlah kita menghina agama..walaupun itu bukan agama kita..

mood: lapar

Sunday, July 28, 2013

Syiah Semakin Berleluasa

Assalamualaikum,

Sekarang ini kita diserang teruk dengan puak SYIAH..subhanallah..takut aku mendengarnya..yela ajaran ini dilakukan secara senyap..macam kenyataan yang dikeluarkan ketuanya..hampir ratusan ribu pengikutnya..mungkin ini dunia akhir zaman..

Berdoalah dan memohon kepadaNYA semoga kita terlindung daripada  perkara sebegini..memang ISLAM itu mudah..tetapi janganlah terlalu ambil mudah hingga menyesatkan diri..aku cuma sampaikan apa yang aku tahu..berpeganglah kita pada Ahli Sunnah Wal Jamaah..dan nabi kita iaitu nabi MUHAMMAD S.A.W..

Mudah-mudahan 10 hari terakhir ramadhan ini..mereka yang sudah terpesong jauh..mendapat hidayah untuk kembali ke jalan yang benar..dan aku kesian dekat mereka yang baru masuk agama ISLAM..baru sahaja menjadi saudara baru sudah mendengar macam-macam..saudara-saudara yang baru inilah yang mudah tersesat jika mereka kenal dengan orang yang salah..jadi itulah tugas kita untuk memperkenalkan mereka pada guru yang benar..




Sumber : Google

 Berdampinglah kita dengan orang dan ajarannya yang benar..mohon dijauhkan kesesatan..ameen..

mood: lailatul qadar


Friday, July 26, 2013

Modal Hanya RM 10 Tapi Pulangnya Mencapai RM100 ke RM500 sehari

Salam,

Di sini saya ada perkongsian untuk dibuat..caranya mudah saya..

Klik link sini untuk pendaftaran..serendah RM10..

Tertarik??

Add saya di Syafiq Rosli

atau pun terus ke SINI

header

Tuesday, July 23, 2013

Jenis Bubur Lambuk

Assalamualaikum,

Bubur lambuk?? sudah pasti semua penah dengarkan bubur lambuk, kalau tak pernah dengar sila keluar dari Malaysia sekarang..haha..ok2..pada bulan puasa ni lah macam-macam bubur lambuk kita boleh tengok..

BUBUR LAMBUK WARNA PUTIH

Bubur lambuk yang warna putih ni aku kerap makan..dan isi dalamnya ada daging, ayam dan kacang..fuhh cakap pasal makanan buat aku lapar pulak..ni dah masuk time lunch ni..haish dugaan betul bulan puasa ni..

BUBUR LAMBUK WARNA KUNING

Bubur lambuk yang warna kuning ni lebih kurang je macam warna putih..tapi cuma beza hanya warna dan rasa..tapi aku rasa lebih prefer warna putih..

BUBUR LAMBUK CAIR

Haa jangan ingat takde yang cair..ada, tapi jarang nampak..dah macam nasi air dah..actually, aku pun tak pernah makan nasi air ni..apa rasa eh??

Jadi, korang pilih yang mana?? hehe jom ambil bubur lambuk free..


Sumber: Google

mood: salam ramadhan ke 15

Tip - Tip Untuk Temuduga Pekerjaan


Sumber : Google

Assalamualaikum, di sini aku ingin berkongsi sedikit tip-tip untuk temuduga..

PERTAMA

Soal selidik tentang syarikat yang panggil kita temuduga dan jawatan yang kita pohon

KEDUA

Pastikan semua dokumen yang diminta lengkap

KETIGA

Berpakaian kemas dan segak

KEEMPAT

Bergerak ke tempat temuduga lebih awal

KELIMA

Pastikan senyuman sepanjang masa bila menjawab soalan

KEENAM

Buat gwiyomi, eh gurau-gurau..bagi ucapan terima kasih, dan kadang-kadang kita kena juga bagi pujian menggunung untuk memikat hati para penemuduga...itu sahaja..chow

mood: selamat mencuba

Kawasan Yang Berjerebu di Malaysia

Time : 2.00 PM
Stesen IDStesenKelajuan Angin (km/j)CuacaMinimum (°C)Maksimum (°C)Suhu (°C)
48603ALOR SETAR9Jerebu24.431.630.6
48642BATU EMBUN7Jerebu23.433.531.9
48670BATU PAHAT9Jerebu23.133.332.3
48601BAYAN LEPAS13Jerebu24.632.032.0
96441BINTULU5Jerebu23.633.733.4
48602BUTTERWORTH13Jerebu23.431.831.2
48632CAMERON HIGHLANDS13Jerebu15.123.023.0
48604CHUPING9Jerebu23.933.031.8
48617GONG KEDAK3Jerebu24.033.433.0
48625IPOH7Jerebu24.635.734.1
96420KAPIT5N/A22.934.134.0
96467KENINGAU5Jerebu19.631.032.1
48672KLUANG7Jerebu23.233.432.9
48615KOTA BHARU13Jerebu24.733.031.3
96471KOTA KINABALU5Jerebu23.934.434.1
48616KUALA KRAI5Jerebu23.234.534.0
48618KUALA TERENGGANU9Jerebu25.432.532.2
48657KUANTAN14Jerebu25.733.631.9
96413KUCHING7Jerebu23.934.134.4
96477KUDAT7N/A24.632.830.2
96465LABUAN3Jerebu24.831.731.2
48600LANGKAWI7Jerebu25.431.431.5
96450LIMBANG3N/A23.633.333.4
48623LUBOK MERBAU7Jerebu22.235.033.3
48665MELAKA13Jerebu21.933.331.8
48674MERSING13Jerebu22.734.433.4
96449MIRI11N/A23.231.931.2
48649MUADZAM SHAH7Jerebu23.533.231.4
95412MULU7N/A22.2N/A33.5
48648PETALING JAYA11Jerebu25.234.632.3
41529PRAI0Jerebu24.533.131.8
96491SANDAKAN5Jerebu24.930.832.5
48679SENAI14Jerebu23.134.032.7
48650SEPANG (KLIA)11Jerebu23.232.631.6
96421SIBU11N/A23.733.933.5
48620SITIAWAN7Jerebu23.533.333.9
96418SRI AMAN3N/A21.133.833.5
48647SUBANG7Jerebu23.234.631.9
96481TAWAU0N/A22.631.3
48653TEMERLOH3Jerebu22.735.032.9

Sumber: Sini

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, kadar kualiti udara di Malaysia, hampir kesemuanya negeri berjerebu..siapa sangka dalam masa yang singkat sahaja bencana jerebu sudah kembali..jadi kita sebagai manusia haruslah menjaga kesihatan masing-masing dan kurangkan aktiviti luar..

mood: pakailah topeng muka

Sunday, July 21, 2013

Sham Kamikaze Dikritik Hebat


Sumber : Google

Sham Kamikaze dikritik hebat dimana satu ceramahnya di tv alhijrah menimbulkan kekeliruan umat Islam..untuk melihat videonya klik SINI

Alahai macam-macam isu sekarang ni..kita doa mudah-mudahan kita masih di landasan yang benar..ameen

mood: moga mendapat hidayah

Pengalaman Seorang Cina Berpuasa Sehari


Source: Youtube

Orang kata ini merupakan pengalaman yang bagus..tetapi bukan asing bagi aku..sebenarnya ramai yang non-muslim dekat Malaysia ni berpuasa..untuk kesihatan dan menghormati Orang Islam..macam kawan aku dulu, sebulan dia puasa..memang aku tabik spring..apa-apa pun semoga mereka-mereka ini mendapat hidayah untuk menjadi yang lebih baik..bukan tak baik..orang kata upgrade untuk lebih baik..

Ok yang Islam ni janganlah pulak malas untuk berpuasa..buat malu je nanti..renung-renungkan selamat berpuasa..

mood: pikir nak makan apa..

Jaringan Fadhli Shas Membuatkan Peter Cech Tergamam


Sumber: Youtube

Jaringan Fadhli Shas pada lewat minit permainan boleh dikatakan sebagai wira kerana Peter Cech bukan penjaga gol yang mudah untuk dibolosi..Tahniah buat Fadhli Shas yang baru sahaja pulang  dari Kazan..

mood: selamat bersahur

Malaysia vs Chelsea


Sumber : Google

1-4
Selesai sudah tour chelsea ke Malaysia, nampaknya kita kecundang di tangan THE BLUES, apa-apa pun kita sudah buat yang terbaik, kita tidak boleh salahkan sesiapa..kalah atau menang memang adat permainan..yang penting kita berusaha dan mengambil pengalaman daripada game tadi..memang kita dah banyak buat friendly tetapi ramai yang kata kita di takuk yang lama..aku nampak serba sedikit..permainan sudah berubah..ada sedikit kelancaran daripada dulu..

Kita tak boleh hendak salahkan pemain atau pun coach sebenarnya..bagi aku cuba bayangkan kita ditempat mereka..dapatkah kita memberi yang terbaik?? itu persoalannya..ok la rasanya tak perlu aku bebel panjang..ayuh HARIMAU MALAYA..kita pasti menang..

mood: selamat bersahur.

Friday, July 19, 2013

Juadah Berbuka Beli di Bazar atau Masak Sendiri?

Assalamualaikum,

Kebiasaanya di bulan ramadan, kita dihidangkan dengan pelbagai juadah menu makanan dan minuman baik di rumah ataupun di bazar. Kita dapat lihat terlalu banyak lambakan bazar di mana-mana sahaja dengan berbagai-bagai menu dan ada juga menu yang kita tidak pernah lihat..kita tengok air sahaja dan ada bermacam-macam jenis..sampaikan kita pun tidak tahu nak beli yang mana..namun begitu ada kebaikan dan keburukannya di antara bazar dan masak sendiri..

BAZAR

Bagi aku bazar ni ada satu daya tarikan, bila kita nampak je kita terus terjah..tapi kita perlu berhati-hati, dekat bazar ni ada peniaga yang tangkap muat je..macam semalam parents aku kena keracunan makanan sebab makan mee kari..aku rasa mungkin kuah dia lama..jadi kita perlu tengok kualiti makan betul-betul sebelum kita beli..untuk minuman pun kena aware sebab kadar penggunaan air paip mungkin tinggi..aku tak de lah nak salahkan semua peniaga..yang penting mereka kena jaga kebersihan makanan dan minuman tu..bagi yang bekerja mereka lebih gemar beli di bazar, yelah balik kerja dah penat dan tak de masa untuk masak..

MASAK DI RUMAH

Sebenarnya masak di rumah lebih baik..kita tahu tahap kualiti makanan kita sendiri dan juga kita boleh berjimat..orang kata menguji tenaga gak, yelah balik kerja terus nak masak untuk juadah berbuka..kalau aku memang dah flat..letih oi..hehe..kita juga akan berpuas hati apa yang kita masak di rumah..sebagai contoh kalau kita beli nasi ayam di bazar, then tidak sedap, sudah pasti kita akan ada rasa kekesalan di situ..apa-apa pun masakan emak kita yang terbaik..

Ok..itu aje aku share, selamat hari raya..

mood: selamat berpuasa

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Dr. Dayana Membuat Luahan Hati Kepada Ashraf Muslim


Sumber: Facebook

Assalamualaikum, bagai hujan tiada guruh rupa-rupanya diam-diam ubi berisi..begitulah yang berlaku di antara Ashraf Muslim dan Dayana..sama-sama kita doakan supaya mereka mendapat jalan penyelesaian yang terbaik..ameen..

mood: selamat berbuka

Tuesday, July 16, 2013

Hina Agama Adalah Perbuatan Terkutuk


Sumber: Google

Assalamualaikum, gambar SAY NO yang aku guna di atas adalah untuk memaklumkan katakan tidak untuk menghina agama sesama kaum. Kita hidup ni Malaysia adalah negara majmuk. Tapi perbuatan beberapa hari lepas membuatkan ramai umat Islam berasa tersentak. Alhamdulillah, sudah dikenakan tindakan, tetapi bagi aku hukuman yang dikenakan tidak berat dan tidak cukup. 

Perbuatan ini merupakan perbuatan yang paling keji menghina agama. Memang tidak dapat diterima oleh orang Islam. Apa2 pun sensitiviti agama janganlah diusik. Pihak yang bertanggungjawab perlu memperketatkan lagi undang-undang bagi mengelakkan perkara sebegini terjadi lagi.

mood: selamat berbuka


Saturday, July 13, 2013

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak


Assalamulaikum,

Sebelum aku terlambat..aku ingin mengucapakan kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di serata dunia..selamat menyambut ramadan al mubarak 2013..moga-moga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik dari yang sebelumnya..

Bagi aku, tahun ini aku berpuasa sebagai seorang pekerja..sedikit berbeza pada zaman belajar dulu..tapi cara berpuasa mestilah samakan..mana ada berubah..mana tahu tahun depan aku berpuasa sebagai seorang suami ke?? hehe gurau..

Seperti orang kita di Malaysia..memang tak lepas dari menjengah bazar ramadan untuk melihat makanan yang boleh membuatkan kita meronta-ronta..hehe..teruk sangat tu..macam aku tengok keadaan..kalau nak berbuka secara percuma..kita boleh pergi masjid..hehe di situ kita dah dapat jimat ye tak??

Cuma yang aku risau dekat bazar ni ada makanan yang lama orang kata " recycle " jadi berhati-hatilah ye..aku beselah genapkan RM10 untuk satu hari..tak campur ngeteh lepas terawih..maklumlah ambil angin malam..apa-apa pun kita harus berpuasa dengan ikhlas dan memperbanyakkan amal ibadat..pesan ini untuk diri aku dan juga korang semua..

Akhir sekali..raya nanti jemputlah datang rumah..yeah..:)

mood: puasa ke 5

Flawless Beauty Lane Untuk Produk Kecantikan Kulit

Photo: Rm 70 small set :) inilah produk yg sy gunakan untuk kulit muka yg sehat

Sumber: Facebook

Assalamualaikum,

Sekarang ni sepertimana yang kita tahu..terlalu banyak produk kecantikan untuk wajah..namun produk Flawless Beauty Lane tidak perlu memerlukan modal yang besar..malah ia makin berkembang dari semasa ke semasa..ia juga telah dipakai oleh keluarga saya iaitu emak dan adik perempuan saya serta kakak saudara..

Ia digunakan untuk menghilangkan parut jerawat dan menambah seri di muka..ayuh..tidak rugi untuk mencuba..sudah pasti kita mahu kelihatan cantik pada Hari Raya nantikan..Selamat mencuba..untuk tempah sila hubungi

HP: 0102605753


Instagram: Amirahbazilahrosli

Ini adalah bukti selepas adik perempuan saya memakainya..malah dia juga telah menjadi agen kepada produk ini..

Photo: nak tau sy pakai product ape pm sy or contact di num 0102605753


mood: Selamat berpuasa

Wednesday, July 10, 2013

VCO Antioxidants by TREENEA


Sumber : Google

VCO atau pun minyak kelapa dara dari TREENEA mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada kita semua. Ia juga mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi serta 100% kelapa dara organik dan bebas kolestrol.

Antara kelebihannya

a) Membantu sistem pencernaan
b) Meningkatkan sistem daya tahan tubuh
c) Mengurangkan berat badan
d) Menghaluskan struktur kulit

Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh layari http://vcotreenea.com/

Saya pun telah menggunakan VCO ini..ternyata ianya tidak menghampakan..kulit saya lebih segar dan ramai yang kata saya sudah semakin slim..hehe..Alhamdulillah..orang kata sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk menjadi yang lebih baik..jika mahu buat tempahan sila hubungi

https://www.facebook.com/eazy.insyira?fref=ts (Eazy Insyira)

https://www.facebook.com/Treenea?fref=ts (Treenea)

Sesiapa yang ingin kelihatan berseri di musim perayaan..ayuh kita boleh guna VCO ini..hehe..jangan terlepas peluang keemasan..

mood: Selamat Berpuasa








Monday, July 1, 2013

Isu Orang Ketiga

As-salam,

Hai..

Isu orang ketiga ini telah lama berlaku..di sini orang ketiga bermaksud..orang yang berada di antara perhubungan antara lelaki dan perempuan..orang ketiga tidak semestinya perempuan, malah ianya boleh juga lelaki..

Orang ketiga akan muncul apabila salah seorang pasangan kita tidak lagi mempunyai persefahaman yang baik dan pasangan menjadi bosan..seringkali terjadi di sekeliling kita..kadang kala kita tidak perasan..perhubungan yang telah terbina kukuh mungkin juga boleh terurai dengan mudah..

Kita sebagai manusia sepatutnya tidak baik untuk mempermainkan perasaan seseorang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri..biasa yang kita dengar " what goes around. comes around..yang kita panggil karma..apa yang kita lakukan..akan terkena pada batang hidung sendiri..

Mungkin perkara ini tidak pernah berlaku kepada kita..bayangkan satu hari benda ini terjadi kepada diri kita..apakah akan berlaku?? penuh persoalan di dalam kepala aku..jadi renung2 kanlah..jika sudah mempunyai pasangan..jagalah ia sebaiknya..orang kata jodoh di tangan tuhan..berdoalah yang terbaik untuk diri kita..

mood: MC