Friday, March 25, 2011

Yaww!! Cik Epal Di Shoutmix Aku Sambil Bertanyakan Apakah Itu Cheat Code??


Waduh2 teruja aku di sini..Cik Epal tuh datang ke blog newbie macam aku ni..eh2 tolong sepak aku jap..nak riak pun ada..haha..tak boleh2 tuhan marah orang yang riak ni kan..so baik low profile je..cuma dalam hati still ada bangga lagi ni..hehe..


Okeh ini bukti pertama..Cik Epal datang ke blog aku..huwwaa..macam nak runtuh jantung ni..


Ini yang kedua..dia balas komen aku tuh..hehe..siapa lah yang tak suka kan..orang famous amous kot..huhu

Sebenarnya macam ni..dia ada buat entri pasal unique visitors dia mencapai 11 ribu lebih, so aku pun saja2 lah dengan nakal cakap..owhh main CHEAT CODE eh..hehe..then, tiba dia tanya aku balik..dia tanya ape CHEAT CODE tuh??

Ini jawapannya..CHEAT CODE ni biasa digunakan dalam game untuk memenangi perlawanan tersebut dengan cara mudah..senang cerita main cilok lah..hehe..

Ini hanya sekadar gurauan je..hehe..dalam blog mana lah ada CHEAT CODE ni kan..:P
Mahu lihat epal yang hidup..klik-----> sini

Kenapa Aku Rajin Update??


Ada orang tanya aku soalan..kenapa aku ni rajin sangat update?? banyak sangat ke idea aku ni??
Aku cuma boleh jawab..apa yang aku nampak..apa yang aku dengar..apa yang aku rasa..itulah idea..simple je kan..jadi  tak perlu lah korang menyusahkan diri tuk pikir entri bagai nak gila kan..idea ada di mana2 sahaja..tak kira tempat dan waktu..

Lagi pun masa terluang ni lah aku dapat update..yelah kalau dah busy nanti..silap2 keyboard pun tak jumpa kot..bukan apa..blog kita ada readers tersendiri..jadi mereka yang telah follow kita mesti mahukan update2 yang terbaru..tak kan lah nak tengok benda yang sama je kan..confirm mereka boring..jadi haruslah bijak mengurus masa..

Kepada mereka di luar sana..orang kata..kalau malas pun..update satu entri satu hari pun jadi ok..pastikan ada cita2 yang terbaru..baru orang suka..hehe..

mood: semangat berblogging

Aku Review Sambil Sedekah


Yezza..kali ni aku nak join satu segmen yang dianjurkan oleh Kyerull Fresco salah seorang sahabat aku masa gathering SAHABAT BLOGGER..aku harap kau terima penyertaan aku..hehe

Okeh..pandangan aku terhadap blog kau..

Tiada apa yang aku nak komen..

blog kau memang dah cukup baik..

Aku timbang blog kau tak berat pun..

Pandai bermain kata-kata puitis..

Perempuan baca pasti cair..hehe

Jangan marah haa..

Ada masa kita lepak bro..

Nak jugak macam aku..


mood: Rajin update

Promosi Blog Ni Memang Satu Trend Ke?

Sekarang ni memang ramai blogger2 duk promot sana, promot sini..ni memang trend ke?? atau cari publisti murahan..haa..jawapan aku senang je..bukan lah trend ataupun publisiti murahan..tapi ini merupakan amalan tolong menolong yang dilakukan seseorang blogger untuk menolong blogger2 baru ataupun lama bagi memperkenalkan kepada korang semua..promosi blog ni..aku buat jugak..yelah tolong kawan2 kan..tak kena keluar duit pun..free je..mana taknya..blog dekat Malaysia ni bukan sikit ok..beriban..beriban tau..

Cara2 nak promot blog ni memang banyak..antaranya:



  • Buat entri khas semata2 tuk blogger tersebut..
  • Buat satu cerita dan masukkan nama blogger tersebut..
  • Buat cerita lawak tapi masukkan jugak nama blogger
Macam2 caralah..tapi yang ini biasa orang buat..contoh2 blogger yang selalu guna cara di atas

-----> Ben Ashaari
-----> Ujang (selalu buat entri ##$#%)
-----> Niq Afnan
-----> Nazirul Hazwan

Haha..aku pun nak ikut Ben Ashaari jugak lah..tak nak backlink..semua dah berjaya dah dalam bidang blogger ni..(jadi jahat jap)..huhu

mood: baik hati