Sunday, January 8, 2012
Perempuan Menyukai Lelaki Yang Bermain Gitar?
Lama tak berbicara mengenai kehidupan seharian..maklumlah sekarang ni aku tengah sibuk dengan exam..aku baru je selesai dua paper..hmm..entahlah aku hanya berharap semuanya lulus..aku ada empat lagi paper..doakan aku yang terbaik ye..ok lupakan pasal exam..apa yang aku mahu kongsikan..ternyata ramai perempuan diluar sana lebih gemar lelaki yang bermain gitar..adakah ini betul??
Aku ada rasa keliru sedikit mengenainya..bagaimana lelaki yang tidak pandai bermain gitar..daripada survey yang aku buat..mereka mengatakan lelaki yang bermain gitar adalah lebih romantik..ini kerana mereka lebih gemar membuat lagu dan tujukan kepada pasangannya..biasalah ada sesetengah perempuan begitu tersentuh bila temannya menyampaikan sebuah lagu dan tambahan lagi lagu tersebut berkaitan dengan hubungan mereka..
Tapi aku rasa itu kelebihan masing-masing..tak perlu nak ikut cara orang..dulu aku pernah juga berjinak untuk belajar main gitar..hampeh..berapa kali petik je..tali gitar putus..terus aku batalkan niat..hehe..so, aku hanya tahu menyanyi..itu pun hanya suka-suka..confirm bernanah telinga kalau dengar..haha..apa aku melalut ni..berbalik pada topik ini..memang aku tak nafikan..lebih separuh daripada survey yang aku buat..perempuan memang suka lelaki yang pandai bermain gitar..tak apa..lelaki yang tidak pandai bermain gitar mungkin mempunyai cara berbeza untuk menawan hati pasangannya..
Apa-apa pun bercinta menggunakan hati dan akal..chow..
Subscribe to:
Posts (Atom)