Thursday, March 24, 2011

Tidak!! Makanan Di Malaysia Mengandungi Radiasi??

Haa!! jangan terkejut..sila baca di bawah..:)


1. MOSTI mempergiatkan lagi usaha memantau secara aktif keadaan kemalangan nuklear di Jepun dan impak kepada negara kita melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Malawakil Vienna, Wisma Putra.

2. Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Sri Aman, Kuantan, Kudat dan Senai) diteruskan dan masih menunjukkan paras normal di mana data pada 10.00 pagi, 24 Mac 2011 adalah 0.029 hingga 0.172 mikro Sievert per jam. Paras ini masih merupakan bacaan normal untuk Malaysia. 

3. Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada badan antarabangsa iaitu International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan International Air Transport Association (IATA), situasi di Jepun pada ketika ini tidak memberikan kesan kesihatan kepada individu. Walau bagaimanapun, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan keyakinan orang awam, Malaysia telah melakukan saringan ke atas penumpang-penumpang penerbangan dari Jepun di lapangan terbang antarabangsa utama. Saringan kedua (pemonitoran individu), hanya akan dilakukan jika terdapat bacaan yang melebihi kadar yang dibenarkan (0.5 mikro Sievert per jam). 

4. Pada masa yang sama, sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors – RPMs) yang sememangnya telahpun dipasang di KLIA sejak 2009, juga menunjukkan paras normal dan tiada sebarang pencemaran dikesan.

5. Namun demikian, mana-mana penumpang yang ingin mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran radioaktif lebih lanjut bolehlah memohon kepada pegawai AELB yang sedang bertugas di KLIA dan LCCT.

6. Sehingga kini pemantauan telah dilakukan terhadap 40 penerbangan dari Jepun ke Malaysia ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

7. Buat masa ini, AELB berpendapat orang awam tidak perlu melakukan pengesanan sinaran untuk mengesan pencemaran kerana situasi di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal. Walau bagaimanapun, sekiranya orang awam ingin melakukan pemonitoran individu, ia boleh dilakukan secara percuma di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor Darul Ehsan bermula 20 Mac 2011. Khidmat yang sama boleh juga diperolehi dari Agensi Nuklear Malaysia. Kemudahan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

8. Sehingga kini seramai 23 individu telah datang ke AELB dan Agensi Nuklear Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

9. Dari segi keselamatan makanan, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan Pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas di bawah Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) terhadap produk makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan ikan serta hasilan daging dan sebagainya yang diimport dari Jepun. Sampel makanan diambil di pintu masuk untuk analisis kandungan bahan radioaktif di Agensi Nuklear Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 27 sampel telah dianalisis dan didapati kesemuanya mematuhi tahap kandungan bahan radioaktif yang dibenarkan. 

10. Pengguna tidak perlu khuatir dengan makanan yang dijual di pasaran dan yang diimport. KKM akan sentiasa memantau keselamatan produk makanan dari masa ke semasa termasuk produk makanan yang diimport dari negara Jepun.

11. MOSTI menasihatkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak bimbang dan tidak mempercayai khabar-khabar angin dari sumber yang tidak berasas. 



Jangan khuatir..makanan yang diimport dari luar negara mengandungi bahan radioaktif yang dibenarkan..jangan salah faham ye..ini adalah salah satu cara kawalan yang dilakukan oleh MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation)

Source: link

mood: santai

Chenta Haty Aliaa


Malam ni..

Bukan lah aku nak buat entri cinta..

Tetapi hanya sekadar promot blog..

Aku melakukan seperti mana yang blogger lain melakukan..

Tidak salah kan kita tolong-menolong..

Walaupun tidak dapat menolong secara realiti..

Dalam dunia maya pun boleh..

Sepertimana blog aku pernah dipromot oleh blogger2 lain..

Jadi aku harus membalasnya..

Ini lah caranya dengan menulis entri..

Suka atau pun tidak..

Terpulanglah kepada mereka di luar sana..

Mahu tahu siapa dia..---sini..

Mahu join bloglist aku..sini..

mood: baik2 saja..


Jurusan Untuk Pelajar Lepasan Spm


Lai2..kepada pelajar lepasan SPM..aku ingin ajak korang menyertai kos Diploma Kesihatan Persekitaran..tuh dia..aku promote kos aku..tapi untuk degree lain sikit..ni khas untuk pelajar lepasan SPM yang meminati aktiviti2 luar..memang syok weh..sebelum aku masuk kos ni pun..aku blur2 je..tapi bila dah masuk..aku rasa kos aku paling enjoy..dan banyak visit..cayalah..kalau korang nak rasai keseronokannya..boleh..boleh pilih kos ni di UiTM..

Gambar di atas aku ambil dari FB member aku..dia yang design logo di atas..cayalah..

Mari aku bawa korang tengok aktiviti2 aku..


Di Hutan Belum, Perak


Di Fakulti Sains Kesihatan


Di Pinang


Di Endau Rompin, Pahang

Sebelum ni pun ayah aku perkenalkan kos ni kepada aku..jadi aku berterima kasih sangat2 kepada dia..mula2 aku masuk kos ni memang blur..lama kelamaan aku jadi tertarik..enjoy and fun ok!! kepada mereka di luar sana silah..kedatangan anda di alu2 kan..

mood: senyum kambing