Saturday, December 25, 2010

Bermulanya Percutian

Assalamualaikum..kepada teman-teman seperjuangan aku..mungkin ini entri aku buat kali terakhir..aku ingin memulakan percutian aku bersama family tersayang..doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ye..haha macam lah jauh sangatkan..mungkin aku akan menyepi untuk beberapa hari..korang jenguk-jenguk lah blog aku eh..kalau nakal kurung dia..haha..Ok lah got to go now..See ya..kepada yang belum join contest..boleh klik..contest aku dan kacamata..



NEVER SAY NEVER..peace!!

Promosi Akhir Tahun Blog Pilihan Malaysia

Assalamualaikum..alhamdulillah tak sangka aku diberi kepercayaan oleh En Azman Roslan kerana aku terpilih sebagai salah seorang daripada krew BPM pada masa akan datang..jutaan terima kasih kepada beliau kerana memilih aku dan aku berjanji akan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin..haha nak kata macam bodek pun ada ni..ish bukan kata-kata semangat untuk aku..huhu

Okeh..sekarang ni BPM ada menganjurkan kategori sahabat blogger mengikut negeri..menarik segmen ni tau..mari kita lihat kata-kata Azman Roslan..

Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri

Cadangan untuk kategori ini telah dibuat oleh : nuRuL aZieRa, HoPKS


Untuk kategori sahabat blogger yang pertama ini, senarai blogger dari setiap negeri akan dibuat. WOW!! banyak tu.

Kategori ini akan senaraikan blogger-blogger mengikut negeri blogger itu tinggal sekarang ini. kalau anda seorang pelajar, sila ikut negeri rumah anda.


Bagaimana nak join?

Senang saja, anda perlulah membuat entri yang mengandungi:
  1. Tajuk entri : "Saya Blogger Pahang" - sila gantikan nama negeri anda
  2. Link ke blog ini - wajib 
  3. Nama anda - nama manja atau glamer
  4. Status anda - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..
  5. Cara hubungi - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.
  6. Daerah/Jajahan - di mana anda tinggal
  7. Tempat tinggal - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.
  8. Apa yang menarik di tempat anda - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..

(nota : tidak kisah sama ada blog anda guna bahasa melayu atau inggeris. kita 1Malaysia 1Blogger, huhu..)


Hanya itu saja yang diperlukan, entri tersebut boleh dibuat mengikut daya kreativiti anda. lagi menarik lagi ramai akan baca. 

Anda boleh letak gambar diri sendiri atau kawasan tempat tinggal anda. jangan letak gambar yang bukan-bukan ye.


Nak tinggalkan link entri kat mana?

Sabar dulu, anda buat dahulu entri tersebut.. bermula hari ahad ni, satu entri mengikut negeri akan dikeluarkan.

Anda perlu tinggalkan nama anda dan link entri tadi mengikut negeri anda berada. jangan tersilap negeri ye. 

Berikut adalah jadual untuk entri mengikut negeri yang anda boleh tinggalkan link:
  • Ahad - Pahang, Sabah, Sarawak, Perlis dan Kedah
  • Isnin - Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
  • Selasa - Johor, Terengganu, Kelantan, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan

Tempoh untuk anda tinggalkan link entri itu hanya satu hari saja, jadi sila buat entri tersebut dahulu. bila tiba giliran untuk negeri anda sila tinggalkan link dengan pantas.

Maaf jika anda terlambat.. sebarang rayuan hendaklah disertakan dengan RM100.. hahah.. gurau je. kalau lambat anda join untuk kategori lain pula. heheh..


Sebarang kekeliruan sila lah bertanya..


p/s - senarai sahabat blogger itu akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2011


Okeh..sesiapa yang telah baca seperti di atas..boleh klik sini..untuk melihat update yang lakukan oleh En. Azman Roslan
NEVER SAY NEVER..peace!!

Alamak, Aku Terlupa Hari Penting!!

Assalamualaikum..huish macam manalah aku boleh lupa ni..nasib baik aku perasan..korang, aku ada masuk satu contest yang dianjurkan Azza Firza iaitu Review Paling Kreatif..kalau nak tengok boleh klik sini..boleh la godeh-godeh dan komen ye..hehe

Ok lah..sekarang ini untuk memberikan aku kemenangan..haha..macam berlagak gila cakap..haish tak baik kan..aku memerlukan undian yang ikhlas daripada korang semua..sesiapa yang rasa aku berhak menang..jangan lupa undi ya..boleh undi di sini..Tempat undian berada di side bar Azza Firza..don't forget ya..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Meraikan Kejayaan Mereka

Assalamualaikum..semoga sihat selalu ya..di pagi ahad ini..aku saja nak berkongsi dengan korang dengan meraikan kejayaan adik-adik aku..aku memang cemburu pada mereka..yelah dulu aku tak pernah pun memberikan kejayaan yang sama seperti adik-adik aku telah kecapi..tetapi takpe..aku bangga dengan mereka..akhirnya impian keluarga aku untuk melihat anak-anaknya mendapat straight A's termakbul..

Dengan itu membuatkan aku lagi bersemangat untuk menempuhi liku-liku aku sebelum menghabis ijazah aku yang tinggal dalam 1 tahun setengah lagi..nampak macam lama kan..tetapi sebenarnya sekejap je ni..bak kata orang " pejam celik pejam celik " tup- tup dah menerima segulung ijazah..kalau nak ikut kan hati mula-mula aku ambil ijazah..aku rasa nak quit je..tapi berbekalkan doa keluarga dan kawan-kawan aku..aku masih meneruskan..Aish aku cerita kisah belajar aku pulak kan..dah terbabas dari tajuk ni..

Ok jom tengok gambar-gambar keriangan..riang ke..haha


Ni la ketiga-tiga adik aku..bukan main lagi pose..


Haha..malam tu aku memerangkap photographer tak berdaftar...


Sebelum bermula wayang..sempat lagi perkena A&W..hoho..float..i like..


Hoho..layan dulu burger A&W..


Lepas makan..padang di Dataran Pahlawan kami sasarkan..apa sasar-sasar ni..nak menembak ke..:P


Jeng-jeng layan 3D cerita Gulliver Travel..not bad


Adik aku ni..tak reti-reti nak balik..nak jugak pergi Pahlawan Walk..bergaya sakan nak pilih reben..


Ini dia Pahlawan Walk..lambang keris woo..mentang-mentang lah dekat melaka kan..hehe

Kesimpulannya..aku dan mereka sampai di rumah pukul 1.15 pagi..hoho..bukan main lewat lagi...walaupun aktiviti terhad..kami tetap ceria..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Tahniah Kepada Blogger!!

Assalamualaikum..sebelum aku melelapkan mata..tiba-tiba datang satu idea yang diimport daripada mana agaknya..ternyata sebenarnya diri kita tidak ketandusan idea..apa yang dilihat, apa yang dirasa..itulah idea...Semenjak aku mula berblogging, semakin hari dunia blog semakin meriah dengan kehadiran blogger-blogger baru..tidak terkecuali aku..Aku berasa teruja bila ramai yang sudah mula berblogging..

WELCOME TO NEWBIE BLOGGER

Kepada yang telah terjebak ke dunia blogging..pilihan anda memang tepat..keseronokan di dunia blogging tidak sama dengan keseronokan di dunia maya yang lain..percayalah..walaupun aku baru " baby " lagi dalam dunia blogging..alhamdulillah..aku sudah mempunyai keluarga yang besar dan jugak teman-teman blogger yang peramah..andai kata sesiapa mempunyai kemusykilan terhadap dunia blogger..jangan risau atau takut..anda boleh bertanya..tiada charge yang dikenakan..hehe..

NEVER SAY NEVER..peace!!

191 Lagi Followers AkPerlukan

Assalamualaikum..rasanya macam lama je aku tak update..hari ni memang sibuk gila lah..ke sana ke hilir aku pergi..haha..nak buat macam mana..adik-adik aku ni semua barang nak baru..maka abah dan emak aku lah mangsa keadaan..huhu..kalau nak di harapkan aku memang tak lah..hoho..

Sebelum tahun baru ni..aku macam lah nak pasang niat..tapi tak tahu lah kesampaian atau tidak..korang, aku nak target 1000 followers ni..wah nampak tamak je kan..huhu..itu je harapan aku sebelum tahun baru..tetapi jangan lupa..ada keuntungan untuk sesiapa yang join contest aku dan kacamata..hehe..tunggu..seandainya followers aku cecah 1000 sebelum tahun baru..aku akan umumkan sesuatu yang sangat menarik..haa..mesti nak tau kan..sabar ye..

Oklah kepada sesiapa yang belum join contest aku dan kacamata..boleh klik sini..
link jangan tinggalkan di sini eh..tinggal di entri asal..

NEVER SAY NEVER..peace!!