Thursday, April 14, 2011

Kisah Di Sebalik Wajah Fatin Liyana


Apa eh kisah dia..hehe..aku tak tahu sangat pun kisah dia..tapi yang aku tahu..member aku ni ada belajar MEDIK sekali dengan Fatin Liyana..kalau Fatin kenal..nama dia Syed Fadzil..huhu..kawan masa sekolah menengah aku..

Di sebalik wajah dia..kalau tak silap aku ada muka kacukan korea pun ada..haish susah aku nak anggar kan..Fatin mix apa ye??hehe..aku dah jumpa kakak ipar dia..korang mesti tau kan siapa kakak ipar dia..hehe..kalau tak tahu..mari aku bocor kan rahsia..hehe..---->sini..tengok lah sendiri ye..

Aku tak sabar je nak jumpa si Fatin ni..kalau lah dapat jumpa..pengsan aku jap..orang kata lumpuh lah..hehe..tapi yang aku tak faham kenapa lah orang tak suka kat dia ni..cuba lah buang sikap dengki tuh kan..xelok lah..kita sesama manusia..harus berbaik ok..lagi2 satu kaum..

Sebenarnya ada seorang laki2 ni..dia desperate sangat tiba2 buat relationship dengan FL..tak malu ke..haha..tak pelah..mungkin angan2 dia je kot..hehe..mari kita tengok mamat perasan ni..--->terjah..ni entri yang dia perasan lebih..sini

mood:guling2 jap

Aku Dan Wanita


Wanita diciptakan untuk dijaga dan juga disayangi..mereka juga merupakan hiasan dunia yang terbaik..tanpa mereka..tidak lengkap lah hidup kaum lelaki..jadi, di sini..aku nak memberi sedikit pandangan tentang wanita..ini berdasarkan pengalaman aku yang telah aku lalui..sepanjang 22 tahun aku hidup..takde lah lama mana sangat pun..tapi aku teringin berkongsi dengan korang semua..

Bagi aku..hati seorang wanita sangat rapuh..jikalau tidak dijaga dengan betul..pasti kelukaan yang akan dirasai..mereka sangat perlukan perhatian daripada kita..aku memang tidak nafikan..aku memang seorang peramah..aku suka berkawan..tidak kira laki2 atau pun perempuan..tapi aku tak faham..kenapa aku boleh dilabelkan sebagai " playboy "?? salah ke niat aku untuk berkawan..hmm..sesungguhnya tidak salah pun membina persahabatan sesama bangsa dan juga agama..

Wanita oh wanita..aku akui..aku memang ada ramai kawan wanita..kita perlu ingat..dan jangan salah sangka..mungkin dalam mind set..bila seorang lelaki ada ramai kawan wanita je..di cop sebagai " playboy "..sampai bila ini akan berlarutan..memang ada lelaki yang " playboy " tetapi bukan semua ok..buka mata seluas2 nya..jangan sempit kan fikiran kita..ingatlah..bersahabatlah selagi kita mampu ok..tak salah pun di sisi undang2..tapi kalau yang sudah mempunyai pasangan..perlulah tahu batasnya kan..

Kadang2 aku fikir kan..wanita ni boleh menjadi pendorong dan juga semangat dalam hidup aku..tapi dalam masa yang sama..boleh melemahkan semangat kita..sebagai contoh..hubungan terputus di tengah jalan..aku boleh jamin..jiwa, perasaan dan hati pasti luluh..orang kata..macam tersentap sekejap..aku penah alaminya..aku tak dapat buat apa2..

Apa yang aku dapat simpulkan..sayangilah wanita yang berdamping dengan kita..mereka pasti akan menyanyangi kita kembali..dan jangan kasari atau memukulnya..bagi aku..lelaki yang puku perempuan adalah dayus..mesti ingat tuh!!..sekian

mood:wanita oh wanita

Giveaway Ujang9897




1) Letak Header Pilihan Malaysia kat atas tu ...hahahah (tak wajib)

2) Letak satu gambar korang yang sempoi ...( tak wajib) 



3) Bebel la apa-apa..nak kutuk blog aku pun boleh...('',) ( tak wajib)

Aku nak bebel apa eh..mamat ni aku kenal masa gathering SB lagi..first time jumpa aku dah macam kenal lama..sempoi pun sempoi..tengok nak kahwin dah pun..blog dia pun ok..haha..kadang2 je @$# sukar ditafsirkan..haha..

4) Tag 2 orang (bagitau la dorang ek)


Wahai Ujang..kalau aku tak menang..aku tak nak datang majlis perkahwinan kau..haha..harap2 la ye aku menang..:)

Apa lagi..bakal pengantin ni..jom join..

mood: dengan harapan nak menang ni..

Doakan Aku Yang Terbaik


Tak lama lagi..exam aku nak dekat dah..menggeletar badan aku ni..huhu..yelah pointer aku rendah..aku nak naikkan balik bukannya senang..aku cuba struggle untuk semester ni..aku harap korang doakan aku buat yang terbaik ok..untuk semester ni..aku rasakan semester paling buruk buat aku..entah lah..hidup pun dah ke mana2..aku kena cari hidup lama aku..aku banyak menyusahkan keluarga aku..aku kena balas jasa ibubapa aku..

Kalau nak diikutkan aku dah tak larat dah nak study ni..kalau boleh nak kerja je..tapi aku ikut kata2 family aku..mungkin ada hikmahnya aku ikut cakap mereka kan..tapi takpe..lagi setahun je aku nak habis belajar..aku tunggu saat itu..aku akan berpuas hati bila family aku melihat aku terima segulung ijazah..amin..aku dah banyak bersalah kepada mereka..aku dah lama tak jumpa mereka..sebelum peperiksaan menjelang..aku akan minta restu daripada mereka..mak ayah..tunggu kepulangan along ye..along rindukan mak abah..

Aku cuba bangkit dari terjatuh..diri aku sekarang ni tiada hala tuju..aku gembira kerana terpaksa..aku cuba gembirakan diri aku walaupun sedih..aduh harus ke aku bagitahu korang yang aku sedih..nanti ada yang meluat lak..tapi aku terpaksa..tiada lagi tempat aku luahkan..hmm..

mood:belajar dari kesilapan