Wednesday, May 25, 2011

Blogger Murtad!! Subhanallah

Hari ini Allah swt tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat. Maka, Allah swt menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, megeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!! (entri asal)

Subhanallah..korang saksikan lah sendiri apa yang telah dibuat oleh seorang makcik dengan mengutuk NABI MUHAMMAD dan menghina ALLAH..

Boleh tengok dekat sini..

mood: geram sangat

Tuesday, May 24, 2011

Aku Suka Perempuan Ada Gigi Rabbit

Kalau dibincangkan bab2 perempuan ni..aku memang tak tipu..aku akan jadi orang pertama nak dengar..biasalah kehidupan sebagai seorang lelaki kan..lelaki dan wanita memang tak dapat dipisahkan..kecuali yang MAHA Esa..kalau lelaki yang tiada reaksi tuh..korang paham2 je lah..hehe..malas nak sebut..sensitif..

Sekarang ni..seperti mana yang aku tahu..cerita CINTA MELODY sedang hangat di perkatakan..dekat rumah aku bila 6.30 petang je..semua dah ready nak tengok..dengan nenek aku pun tak nak miss..terkejut jugak aku..my nenek layan indon..hehe

Okeh aku bukan nak berbicara dengan cerita indon ni..tapi aku suka melihat heroin dia..kecomelannya terserlah apabila dua batang giginya seperti rabbit membuatkan aku terpaku seketika..tak tahu kenapa..bila melihat dia tersenyum..lirikan mata aku tidak berubah..tepat memandang ke arah wajahnya..haha..agak mengada ayat ni..nak tengok comel ke tak..jom layan gambar di bawah..



Sumber: Google

Oh my..inilah Chelsea Olivia..heroin Cinta Melody

Selain daripada pelakon Cinta Melody ni..jangan ingat blogger2 di Malaysia tidak mempunyai gigi rabbit..nak tahu siapa..hehe..jom kita terjah





Amacam..comel kan..hehe..sweet owh..cair je bila aku tengok..setiap lelaki mempunyai pandangan masing2 kan..so, hargai lah pasangan masing2..cewah jadi DR. love pulak aku ni..chow..

mood: on going to sleep

Monday, May 23, 2011

Lelaki Berbadan Ketul2 Bukan Semua Idaman Wanita


Sumber: Google


Yeah..cuti semester yang selama 4 bulan ni..yang konon2 nya SUMMER sem..telah mendorong aku untuk update entri..hehe..jadi tegar dah orang kata..kali aku nak share sikit lah..aku pernah jugak survey dekat member2 perempuan aku..aku tanya dekat mereka.." eh, korang suka ke lelaki badan yang ketak2 ni..that's means badan berketul2..hehe..jadi feedback yang aku dapat..aku yang suka..ada jugak yang tak suka kan..macam2 lah lah demand perempuan ni..hoho

Sebab2 nya perempuan yang menyukai badan laki yang berketul
  • Mungkin bagi mereka lelaki yang badan berketul ni dapat protect mereka..
  • Kelihatan lebih macho..
  • Nampak lebih segak..
Sebab2 nya perempuan yang tidak menyukai badan laki yang berketul
  • Ada yang menyatakan..geli nak sentuh bahagian yang ketul2 tuh..
  • Susah nak pilih saiz baju
Itu antara jawapan2 yang aku dapatlah..hehe..nasib baik badan aku belum sampai tahap ketul2..buncit je ada..haha..so, masing2 ada hak untuk memilih kan..chow..credit to MISS GENIT..hehe

mood: ngantuk2 ayam

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al - Taqwa Sangat Menyayat Hati


Kejadian tanah runtuh ni memang mengejutkan aku..sedangkan sudah lama tidak berlaku kejadian tanah runtuh..apabila ianya berlaku pasti menggamit memori yang tragis sukar di lupakan..sedikit pembetulan..seramai 25 orang mangsa yang terlibat di dalam kejadian tanah runtuh..7 meninggal dunia..9 selamat..yang selebihnya..masih dalam proses mencari sehingga lewat malam ini..

Berita selanjutnya di sini..

Kenapa Wanita Malaysia Masih Tertarik Dengan Si Negro??


Sumber: Google

Ni aku tak pasti sama ada diri aku ni..nak marah ke ape..nak cakap tak puas hati pun boleh..bercampur baur perasaan aku ni..kes si NEGRO ni memang tak habis2 kan..dah siar kat media sana sini..tapi kenapakah wanita di Malaysia masih terpaut dengan si NEGRO..apakah si NEGRO ini menggunakan kata2 manis ataupun ilmu hitam..

Come on lah wanita2..anda semua harus sedar..jangan termakan pujuk rayu si NEGRO ini..kata2 nya hanya palsu..aku pun pelik..padahal mereka hanya menggunakan laman sosial untuk memikat wanita2 di negara kita..haish..agak2 apa lah ayat NEGRO ni gunakan..bukan main senang je engkau tackle kan..

Aku berharap sangat perkara sebegini tidak berlaku pada family aku..mintak hindarlah..kepada wanita2 di luar sana..aku harap korang lebih berhati2 kepada si NEGRO ni..baik di laman sosial ataupun berselisih di dunia realiti..beware ok..aku tak sampai hati wanita2 di negara kita dimusnahkan hidupnya begitu sahaja..sumber daripada berita bukan setakat di negara kita je..di negara Europe pun mereka melakukan perkara terkutuk ini..Jauhilah NEGRO daripada hidup anda..

mood: takziah kepada mangsa2 runtuhan

Tip-tip Untuk Mendapat Tiket Wayang Free Dari Nuffnang

Assalamualaikum

Nampaknya cuaca hari ni nampak mendung, jadi keadaan pun takde lah panas sangat..hati pun sejuk je..hehe..ok semalam aku ada post entri yang aku dapat tiket wayang free dari NUFFNANG..kalau nak tengok masuk sini..ada jugak yang bertanyakan macam mana aku boleh dapat tiket wayang free ni..senang je..hehe..eceh padahal aku baru 2 kali je dapat..ok tip2 dia mudah je..

  • Macam aku..semua yang Nuffnang ada review filem aku komen je..tak kisah lah..dapat tak dapat..so, nampak la kita ni macam aktif dengan Nuffnang
  • Kalau dia mintak kreatif komen tuh..korang komen je yang pelik2..tak masuk akal pun takpe..hehe..baru nampak kreatif kan..hehe
Simple kan..macam ni je aku selalu buat..so don't forget to try..mana tahu giliran korang pulak lepas ni..hehe..

mood: santai

Friday, May 20, 2011

Nuffnang Premier Screen - Priest


Sumber: Google

Sinopsisnya

Seratus tahun sudah berlalu sejak peran besar yang terjadi antara umat manusia melawan bangsa vampir. Kini manusia hidup dalam sebuah kota yang dikelilingi tembok tinggi yang menjadi perlindungan mereka dari serbuan bangsa vampir yang masih berkeliaran. Salah satu dari sisa-sisa manusia ini adalah Ivan Isaacs (Paul Bettany), sang Pendeta (Priest), yang telah bersumpah untuk tetap bertahan di dalam kota.


Suatu ketika, Priest terpaksa melanggar sumpah yang telah ia ucapkan. Ia tak mungkin membiarkan keponakannya hilang begitu saja. Keponakan Priest diculik bangsa vampir yang dipimpin oleh Black Hat (Karl Urban), mantan pendeta yang memilih berpihak pada vampir. Priest harus cepat karena kalau ia menunggu terlalu lama maka keponakannya bakal berubah menjadi vampir dan tak ada lagi harapan.

Untungnya Priest tak sendiri. Ada Hicks (Cam Gigandet), sheriff yang juga adalah kekasih keponakan Priest. Selain Hicks, masih ada seorang pendeta wanita (Maggie Q) yang punya keahlian bela diri sangat tinggi. Meski mereka bertiga adalah prajurit yang tangguh namun usaha penyelamatan ini tetaplah bukan usaha yang mudah. Black Hat dan pasukannya tak akan begitu saja


Sumber: Sini

Apa yang aku boleh kupas di sini..plot cerita dia agak pelahan..aksi2 nya pun agak terhad..hmm..nasib baik lah cerita ni aku dapat dari NUFFNANG..thank nuffnang kerana memilih saya untuk Premier Screening..bukan senang nak dapat ni..hehe...aku boleh letak 3 bintang daripada 5..orang kata..tak rugi tak untung lah kalau tengok..bukti aku dapat tiket..hehe



Sorilah kalau gambar kurang memuaskan..hehe

mood: agak2 boleh dapat tiket free lagi tak??

Thursday, May 19, 2011

Kenapa Perlu Paksa Orang Follow

Source: Google

Blogger..Blogger..Blogger..sebab apa aku seru tiga kali??tak tahu kan..sebabnya kita memang blogger kan..hehe..pertambahan blogger kini kian rancak di negara kita..aku bukan lah nak bagi ceramah atau pun apa..kita sesama blogger perlu saling ingat mengingati..

Benda ni memang dah lama dah..kalau nak dibangkitkan balik..memang bosan nak mendengarnya..tapi tuh lah..aku perasan sangat kebanyakkan blogger2 baru..terpangaruh untuk mendapatkan followers yang ramai..alahai kawan..kalau nak diikutkan macam aku ni pun..aku tak pernah buat macam tuh..aku punya tips senang je..rajinkan blogwalking dan komen entri mereka..kan mudah je..lagi satu jangan lah komen nice entry je..bagilah pendapat sikit ke??supaya blogger tersebut tertarik dengan cara kita komen..

Sah2 dia akan masuk balik blog kita..tak tipu punya cuba lah buat..korang nampak je followers aku beriban kan..huhu..nak sampai ke tahap tuh..bukan senang..kekuatan mental perlu ada..yela sekarang ni macam2 boleh berlaku..duk condem sana duk condem sini..haa confirm2 kalau mereka yang memiliki ketahanan mental yang lemah..pasti rasa nak quit je dari berblogging..

Kita dalam dunia blogging ni..tak perlu paksaan..sedangkan Islam pun tiada paksaan kan..takdenye dia nak paksa kaum lain untuk memeluk Islam..jadi sama jugak seperti blogging..kalau kita dah follow sesuatu blog..tak perlu lah nak mentionkan.." saya dah follow blog awak, follow lah blog saya balik "..lah kenapa perlu macam tuh..jadi kira tak ikhlas lah follow blog aku ni..macam2 lah..bukan setakat dekat blog aku je..ramai je lagi yang kenakan..

Ok blogger2 sekelian betul kan niat anda balik..biasa kalau baru2 buat pasti yang kita kejarkan adalah trafik dan followers semata-mata..tapi blog ni adalah tempat perkongsian kita dengan orang lain..ingatlah..kalau nak tip2 lebih banyak boleh jenguk IZAMIR RIDZWAN..

mood: bukan retis

Ciri-ciri Lelaki Maskulin


Gambar hiasan tiada kena mengena

Kadang2 aku selalu impikan untuk menjadi lelaki Maskulin..tapi nak buat macam mana..tak lengkap serba serbi..itulah aku..suka sangat nak jadi macam orang lain kan..sekarang ni aku bangga dengan diri aku seadanya..Sini aku nak kongsi kan sikit tentang ciri2 lelaki maskulin..

Antara kriterianya:

Gaya Penampilan
Biasanya lelaki yang ada ciri2 maskulin menitik beratkan gaya penampilan dari segi pemakaian, wajah dan stail..kalau kita dapat lihat pemakaian mereka pasti matching..tidak lupa jugak pada wajah mereka..dengan bedak compact yang disapu..supaya tidak kelihatan berminyak..kalau stail tak perlu ceritalah memang superb!!

Ketinggian
Ada jugak yang mengatakan lelaki yang tinggi lebih menampakkan gaya maskulinnya berbanding lelaki yang rendah..tapi kalau diikutkan pencarian hero maskulin..memang semua tinggi2 belaka tidak kurang dari 170cm..

Cara Percakapan
Mungkin lelaki yang maskulin ni gaya percakapannya lebih teratur..tak tahu lah kalau mereka ni lebih power ayat perempuan..hehe..aku gurau je..mereka berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan..

Sentiasa Kemas
Of course..mereka akan sentiasa mahu kelihatan kemas supaya kelihatan good looking..biasalah lelaki maskulin biasanya kacak2..haruslah perlu menarik perhatian kan..hehe..

Ini semua daripada pemerhatian aku..kalau terlebih terkurang harap di ampun..kalau2 rasa nak tambah..boleh cadangkan..hehe..agak2 aku ada ciri2 ni tak??

mood: nur kasih the movie








Yes!! Aku Memang Minat Fatin Liyana Dan Takziah Juga Kepada Blogger Telordibasuh


Mesti korang meluatkan kenapalah aku selalu buat pasal entri Fatin Liyana..hehe..dah tuh nak buat macam mana..aku admire lor dekat dia..hope sangat dapat berjumpa dengan dia one day..perasan kuat aku ni..ramai yang bertanyakan dekat aku..memang minat Fatin Liyana ke?? aku jawab YES!!minat je lah..tak lebih daripada tuh tau..huhu..sekarang ni kalau tak silap aku dia ada dekat Malaysia..teringin je nak pergi jumpa dia..awesome..blog dia pun sangat menarik..peminat pun ramai..hehe..aku rasa friend request dia dekat Facebook mesti beriban punya..muka cantik..educated lagi..eh ada ciri2 calon bini ni..hehe..gurau je lah..hope DOKTOR FATIN LIYANA dapat habiskan study dengan jayanya..ok lah cukup2..ni entri yang aku pernah buat pasal dia..siap dia komen lagi..hehe

  1. http://mohdsyafiqrosli.blogspot.com/2011/03/fatin-liyana-gedik.html
  2. http://mohdsyafiqrosli.blogspot.com/2011/04/kisah-di-sebalik-wajah-fatin-liyana.html
  3. http://mohdsyafiqrosli.blogspot.com/2011/01/kesian-fatin-liyana.html
  4. http://mohdsyafiqrosli.blogspot.com/2011/03/reaksi-fatin-liyana.html



Dan ini berita yang mengejutkan aku..apabila seorang blogger Telordibasuh pergi meninggalkan kita kerana penyakit yang dihadapinya..Al-fatihah buat beliau..semoga roh beliau dicucuri rahmat..amin..sedih2..blognya memang kelakar..tak kering gusi bila baca..aku harapkan ada penyambung blog Telordibasuh..

mood: suka dan sedih



Wednesday, May 18, 2011

Sebelum Masuk Perlu Berhati-Hati


Sumber: Google

Assalamualaikum..mata masih lagi dalam keadaan mengantuk..tapi apa boleh buat..aku terpaksa gagahkan diri untuk buat proposal..orang kata update entri ni..sambil2 lah..hehe..boleh dikatakan take rest..hehe..juling dah mata aku asyik baca thesis je..

Tiba2 aku teringat satu peristiwa masa aku pergi ke bandar..alkisahnya masa tuh aku tengah karaoke..then tangki rasa penuh pulak..haha..aku terus lah ke tandas..jalan punya jalan..aku pun nampak tandas..mula sebelum masuk aku rasa sedikit konfius tengok label tandas tuh..laki ke perempuan ni..aku macam blur2 kejap..

Haa..aku tak pikir panjang..aku pun terus je redah..aduh sekali aku tengok..apa hal semua bertudung ni..tak kan masuk tandas pondan..haha..sekali masuk tandas perempuan lah..malu aku..malu2..muka aku terus berubah jadi pink..eh merah..hehe..manalah nak letak muka aku ni..aku pun terus keluar..

Keluar2 je kena gelak dengan orang lagi..dugaan2..buat terbantut hajat je..aku pun buat2 tak nampak je orang sekeliling..aku pun terus masuk tandas lelaki..biasalah kehidupan kita sebagai manusia mana pernah perfectkan..kadang2 kita tidak perasan dengan kesilapan yang dilakukan..jadi sebelum masuk tandas tuh perhatikan lah betul2 label tuh ok!! semoga tak mendapat malu macam aku..huhu..

mood: blushing

Jenis-Jenis Blog di Malaysia

Blog2 di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis..Oklah kali aku nak bagitahu jenis-jenis blog yang terdapat di Malaysia..manalah tahu ada di kalangan korang tak tahu..Di antaranya:

Blog-blog Personal
Kebanyakan blog2 di Malaysia lebih terarah kepada personal..memang tidak dapat dinafikan..sampai tak tertengok..:)

Blog-blog Lawak
Dalam hidup kita ni kalau takde lawak memang tak best lah kan..blog2 lawak pun banyak je dekat Malaysia ni

Blog-blog Politik
Yang ni ada jugak lah..siapa berminat tentang politik..boleh je cari blog politik ni..

Blog-blog IT
Korang yang memerlukan gadget2 komputer ataupun apa yang berkaitan dengan IT..ada je..search konfirm jumpakan

Blog-blog Bisnes
Haa blog2 bisnes pun banyak..korang nak apa..baju, keronsang..tak kisah lah apa2 pun..pasti ada..hehe

Tutorial Blog
Agak2 siapa yang baru dalam tutorial blog ni..boleh search dekat google..dekat situ korang boleh belajar macam2..

Blog-blog Gosip Artis
Haa korang mesti kan suka bab2 gosip ni..layan

mood: sekadar berkongsi


Tuesday, May 17, 2011

Eyka Farhana Sudah Mempunyai Kekasih??


Oh my!! EYKA FARHANA dah ada boyfriend..how come ha?? gadis yang kelihatan seperti arab ni ada melakonkan watak dalam cerita JUVANA dan drama yang lain telah menjadi perhatian ramai dengan kecomelan yang dimiliki..


Salah satu blogger iaitu Andyhowtt telah terpikat untuk melamar Eyka Farhana sebagai teman wanitanya..kita lihat sejauh manakah kebenaran ini..hehe..


Sebenarnya entri ni tiada kaitan pun..si Andy ni..dah syok sangat dekat si Eyka ni..sampai spec mata pun dia nak tiru..hehe..apa2 pun mana tahu Eyka ni ada blog..then dia ternampak apa yang aku tulis..untung si Andy..hehe


mood: suka

Ini Lah Kuasa Make Up


Jauh sungguh perjalanan hari ni..dari Melaka ke Kuala Lumpur..jauh ke?? pada hal 2 jam je pun..hehe..nak kata letih tak jugak..jadi dengan energy yang ada..aku update satu benda yang aku rasakan dapat membuka mata semua pihak..

Aku bukan nak condem siapa2 pun..tapi inilah realiti kehidupan..perhatikan gambar wanita di atas..bukan nak kata hodoh ke apa..tapi korang boleh decide sendiri kan rupa dia macam mana..mula2 punya lah skema rupa dia..last2 jadi cantik..adeh..aku rasa nak demam pun ada tengok perubahan yang berlaku..

Rasanya adakah ianya berlaku di kalangan wanita di Malaysia?? mungkin tidak atau pun mungkin ia..tapi berdasarkan pemerhatian aku..ada je wanita yang bermake up tebal untuk menutupi segala macam cacat cela..yelah masing2 mahu menampakkan muka yang lawa..siapa je nak muka buruk kan..

Tapi..kalau bermake up tuh..biarlah berpada2 kan..ni tak seinci make up nya..mak aih..aku pun takut nak tengok..daripada lawa jadi apa entah apa2..agak2 nya semua perempuan korea macam ni kot..huhu..kalau yang kaya sikit buat pembedahan..mungkin yang ni jimat kos..dengan make up yang penuh teliti..telah menjadikan dirinya lawa..maka laki2 di luar sana ramai yang tertipu di sebalik make up yang ada pada rupanya..

Apa2 pun..kita patut bersyukur apa yang kita ada..tak perlu ubah untuk menjadi seperti orang lain..yang penting jangan terlalu over kita bermake up..aku harapkan tiada siapa2 terasa di luar sana..aku tidak menujukan kepada siapa2..sekadar pandangan umum..

mood: adakah aku tertipu di sebalik wajah??

Sunday, May 15, 2011

Jangan Malu Jangan Segan

Kita sebagai manusia..hidup di muka bumi ini saling bergantungan..contohnya lelaki perlukan perempuan..untuk dijadikan isteri..perempuan pula perlukan lelaki untuk dijadikan suami..aku bagi contoh yang mudah je..tak perlu yang complicated kan..bukan ape..memudahkan korang jugak..untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan..

Dalam istilah sains kalau aku tak silap dipanggil komensalisme iaitu bergantungan..dalam dunia blogging kita jugak saling perlu memerlukan..macam aku..aku memerlukan tunjuk ajar blogger2 yang lebih lama dalam bidang ini..banyak ilmu yang aku dapat dalam blogging ni..pada asalnya aku memang buta IT..thank kepada mereka semua..tanpa mereka tak tahulah apa akan berlaku pada blog aku..

Kehadiran blogger2 baru..bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan..biasanya orang panggil blogger newbie..atau kata nama lainnya blogger baru..suatu ketika aku jugak pernah berada di tempat korang..aku meronta2 meminta bantuan..jadi tidak salah untuk kita minta pendapat atau pun tunjuk ajar kepada blogger2 yang lebih arif daripada kita..korang jangan risau..semua blogger adalah baik2 dan tidak kedekut ilmu..aku tak tipu..sebab aku sudah merasainya..kiranya blogger boleh diiktiraf sebagai pendidik jugak lah kan..hehe..

Selamat hari cikgu blogger..eh2 macam tak kena je..tapi aku nak wish jugak lah..kepada mereka yang pernah memberi tunjuk ajar pada aku..terima kasih sangat..sebelum terlupa..selamat hari guru..buat guru2 aku yang pernah mendidik aku hingga ke tahap yang boleh dibanggakan..THANK A LOT..

mood: ehem2

I Luv Blog


Yeah..sebenarnya lama dah nak promot satu tempat ping ni..namanya ILUVBLOG..bagi blogger yang belum tahu..korang boleh ping dekat sini..rajin2 lah ping dan promot dekat blogger lain ye..

Klik sini untuk ke page ILUVBLOG..

mood: selamat mencuba

Tak Habis-Habis Isu Mat Rempit


Sumber: Google

Mat Rempit?? Samseng Jalanan?? Tak habis2 nak buat hal ke..tengok dekat berita tadi..asyik2 pasal Mat Rempit..adoyai..dah lah cuaca tengah panas ni der..mahu bikin hati gua panas pulak..tengok punya bengang lah aku ni..dah terkeluar gua pun..bukan apa..aku tak puas hati mereka2 ni yang boleh digelarkan beruk..membuat kacau tak tentu hala..

Paling aku kesian budak tahun 5 yang kena langgar tuh..budak kecil tuh tak bersalah pun..nak kata takde otak..sama jenis macam aku..bila kes Mat Rempit ni nak selesai..macam mereka je main motor..aku pun dulu main motor jugak..tapi takde lah nak bunuh anak orang..sangat tak bermoral..

Aku harapkan JPJ dan Polis dapat memainkan peranan yang penting..kalau boleh hari2 buat road block..tangkap budak2 yang banyak buat masalah ni kan..tak lupa jugak peranan keluarga dalam menyelesaikan masalah ini..anak2 perlu dididik dengan betul supaya bila besar nanti..takde lah menyusahkan negara..

Paling aku tak boleh terima masa poling temuramah budak2 basikal tuh..selamba je budak tuh jawab..mahu pelempang je aku..kalau lah aku jadi abang dia..memang cukup2 aku bagi punya..kasi sedar sikit..dah lah keluar malam..siap isap rokok lagi..entahlah..apa nak jadi budak2 sekarang ni..nak salahkan 100% budak tuh pun tak boleh jugak..ni semua tanggungjawab keluarga..beringatlah..harap2 perkara sebegini tidak berlaku kepada keluarga kita..

mood: bilalah nak selesai

Saturday, May 14, 2011

Wanita Yang Bagaimanakah Harus Di Pilih


Dalam memilih pasangan..aku tak nafikan..memang ramai yang cerewet..nak macam ni lah..nak macam tuh lah..masing2 mahukan kesempurnaan..tapi apakan daya..kita sebagai umat manusia adalah serba kekurangan..namun di sebalik kekurangan itu..kita jangan putus asa untuk mencari kesempurnaan tersebut..

Bagi aku dalam memilih pasangan hidup amatlah penting..bukan apa, pasangan yang dipilih akan hidup bersama kita sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir..kalau lah kita tersilap langkah..akibatnya kita juga yang merana..aku selalu terfikir..wanita yang bagaimanakah harus aku pilih..yang cantik ke??..yang comel ke??..berbagai2 persoalan yang timbul di kotak fikiran aku..

Secara jujurnya..kalau aku diberi peluang untuk memilih pasangan..ciri2 yang dititikberatkan:

  • Sedap mata memandang
  • Agama Islam
  • Menghormati orang tua
  • Bukan mata duitan
  • Mudah dibawa berbincang
  • Keturunan yang baik
  • Bekerjaya
Simple je wanita yang aku pilih untuk menjadi pasangan aku..aku bukan lah mengharapkan yang cantik sangat pun..itu pun tak boleh jugak..kita cermin balik diri kita ni..kita duk mengharapkan sesuatu yang cantik..walhal diri sendiri entah ke mana kan..jadi, biarlah cari yang sederhana..yang dapat memuaskan hati kita..

Jangan terburu2 dalam memilih pasangan..fikirlah sebaik mungkin sebelum memilih si dia sebagai peneman hidup yang abadi..selalu lah berdoa supaya diketemukan pasangan yang baik..sedikit perkongsian daripada aku..mungkinkah ciri2 di atas ada terdapat pada Miss Genit ini..hehe..gambar sekadar hiasan..tiada kena mengena hidup atau pun mati..peace
 
mood: wanita oh wanita


Friday, May 13, 2011

Mengapa Perlu Hosting Dan Domain

Adeh pagi2 dah kena bangun ni..huhu..maklum lah cuti ni..aku buat amal sikit lah..tolong family apa yang patut kan..nampak rajin kan aku di situ..hehe..ramai yang cakap dekat aku..tak nak tukar hosting dan domain ke..tapi semalam aku ada terperasan Darkbatman cakap..kalau nak tukar hosting dan domain..blog kita perlu mesra SEO terlebih dahulu..jadi bila dah erat dengan google..boleh lah bertukar tangan ke hosting dan domain..

Dekat sini aku cuma berkongsi kepada mereka yang belum tahu..mengapa perlu tukar hosting dan domain??

  1. Blog menjadi lebih bebas
  2. Blog menjadi lebih professional
  3. Lebih mesra SEO
  4. Menjaga ranking ALEXA
  5. Mempunyai nama domain sendiri
sumber: sini

Ini apa yang sekadar aku tahu lah..banyak lagi yang aku kena belajar dalam dunia blog..kalau korang ada input2 yang nak di kongsi..jangan kedekut ye..tak baik tau..hehe..sharing is caring..mungkinkah www.syafiqrosli.com akan keluar..bak kata Izamir Ridzwan..nama domain biar senang orang ingat..selamat berhosting..eh silap..berblogging..hehe

mood: nak hosting ke tak nak ni??

Blogger-Blogger Yang Sedang Meningkat Naik

Akhirnya hilanglah kemarau semua blogger apabila terpaksa direhatkan satu hari..bagi aku..kalau tak menaip untuk update entri memang rasa tak lengkap..seriusly aku cakap..mungkin aku dah terbiasa perkara rutin yang wajib aku lakukan setiap hari..tapi ingat solat tetap solat..jangan jadikan blog ini tempat melalaikan kita ok..

Kali aku cuma nak review blogger2 yang sedang meningkat naik di mata aku...antaranya:

Niq Afnan-www.darxniq.com

Kyerull Fresco-www.kayif.com



Kirin Selama Perak-www.kirinselamaperak.com


Ahmad hisyam-www.ahmadhisham.com

Agak2 siapa lagi ek aku terlepas pandang..kalau ada bagitau lah eh..ni blogger2 yang aku nampak di mata aku tau..mata korang aku tak tahu lah..hehe..masing2 ada pendapat masing2 kan..ok lah time out..

mood: tidur

Thursday, May 12, 2011

Rupa Paras Tidak Memainkan Peranan Dalam Menjadi Blogger

Alhamdulillah petang tadi aku selamat sampai di Melaka..sekarang ni bermula cuti semester aku selama 4 bulan..aik awat lama sangat?? nak buat macam mana kan..konon2 nya nak selaraskan dengan oversea punya standard..takpe lah..nak membangkang pun benda dah terlaksana..jadi just go on..

Aku tahu ramai yang pertikaikan..yelah blogger hensem dan cantik..dah tentu orang ramai follow..ok aku tepis persepsi yang mengatakan paras rupa menyebabkan kita boleh jadi blogger yang famous..sebenarnya rupa ini hanya merupakan satu bonus tambahan..ataupun pakej sampingan..

Contoh satu situasi: muka hensem atau cantik..tiba2 kita tengok gaya penulisan macam budak tadika..agak2 korang nak masuk lagi tak blog macam tuh..sah2 nye tidak kan..yelah mesti ada yang cakap..poyo lah, gedik lah dan macam lagi..aku mention lagi sekali..rupa tidak menjamin kualiti blog..percayalah

Sebenarnya cara kita menambat hati followers dan readers itu lah penting..kualiti sesuatu entri yang menyebabkan mereka akan kembali ke blog kita..info dan kata kunci sesuatu entri yang menyebabkan mereka tertambat..bukan lah aku nak bagitahu cara nak takel followers or readers..cuma mahu ubah persepsi sesetengah blogger..itu saja..sekadar berkongsi..

Ini link blogger yang hensem..hehe---->sini

mood: semangat berblogging




7.5 juta Kanak-kanak Menggunakan Facebook

Menurut kajian bertajuk State of the Net oleh Laporan Konsumer..lebih 5 juta pengguna Facebook merupakan golongan berumur 10 tahun dan ke bawah..Disebabkan golongan itu melayari Facebook kebanyakkan masa tanpa pengawasan ibu bapa..mereka sering terdedah kepada ancaman seperti Malware, penipu siber dan pemangsa seksual..

Sumber: Utusan Malaysia

Aku cuma ambil sedikit petikan daripada Utusan Malaysia..pada pendapat aku peranan ibu bapa amat penting dalam mengendalikan anak2 mereka..tanpa pengawalan yang kurang memberangsangkan..anak-anak pasti terdedah kepada jenayah siber..pada zaman sekarang kanak-kanak lebih pintar tentang IT..minda mereka lebih terbuka dan cepat belajar..

Jadi, seperti mana yang kita tahu..di internet berbagai2 laman web yang terdapat di sana..seharusnya ibu bapa perlu mengawal tindak tanduk anaknya..yang masih kecil..supaya tidak menyesal di hari kelak..sebab apa aku katakan peranan ibu bapa penting..kerana mereka adalah yang paling rapat dengan anak2 nya..memang ada alternatif yang lain..tapi itulah cara yang terbaik..

mood: cuti

Tuesday, May 10, 2011

Aku Dapat Invitation Buat Show


Selamat datang ke taman skodeng..oppss..silap pulak..sini takde tempat2 nak skodeng ni..hehe..abaikan ye tajuk tuh..takde kena mengena pun..aku bukan artis nak dapat invitation kan..hari tuh masa dinner..saja teringin nak menghiburkan orang..bila lagi kan..masa ni boleh dikatakan..aku first time buat show kot..huhu..meremang bulu roma orang cakap..dah lah takde talent ni..pakai sobat je..bak kata orang " test power "..

Mujurlah takde telur or kasut melayang dekat muka aku ni..maknanya orang boleh terimalah kan nyanyian aku ni..hehe..aku memang suka menyanyi..tapi aku tak pernah masuk audition ataupun pertandingan..kata orang biarlah aku nyanyi sekadar suka2 bukan untuk dikomersial kan..ayat bajet artis je kan..hehe

Aku tak letak pun video dalam ni..kalau nak dengar aku nyanyi..kena karok dengan aku dulu..hehe..tuh syarat utama..deal kan?? perasan je aku ni..entah siapa lah nak dengar aku nyanyi..gambar di atas sekadar hiasan je tuh..aku pakai spek mata sebab nak cover malu jugak lah..huhu..biasalah aku ni pemalu dan pendiam..korang dah jumpa aku nanti tahu lah..chow cin cau


Nak tengok artis sebenar..sila ke



mood: mahu tidur

Pemakaian Baju Dalam Untuk Lelaki


Sumber: Google

Sekarang ni aku tak tahu kenapa cuaca panas sangat..nak kata pemanasan global pun tak tahu lah..tapi kalau keluar je rumah..aku nak buka mata pun sakit..ni aku nak bincangkan sikit pemakaian baju dalam untuk lelaki..haa jangan pikir bukan2 pulak..yang aku maksudkan...baju macam gambar di atas ni..

Kebiasaanya ada sesetengah lelaki suka pakai t-shirt di dalam untuk mengelakkan peluh..tak kiralah bila pakai kemeja atau pun tshirt berkolar..bagi aku ok lah kalau pakai tshirt nipis atau pun spendex di dalam..tapi aku tak tahu kenapa aku tak suka pakai tshirt di dalam ni..mugkin panas kot..benda ni bergantung kepada keselesaan masing2 lah kan..

Aku lebih suka pakai spendex or tshirt nipis ni pada waktu malam..takde lah panas sangat..memandangkan cuaca di negara kita pun tidak menentu..so, aku galakkan lelaki boleh memakai tshirt ni pada waktu malam..siang bukannya tak boleh pakai..tapi cahaya matahari yang terik menyebabkan kulit kita tidak tahan dengan pancaran tersebut..

Berbalik mengenai pemakaian baju dalam untuk lelaki..ini cuma sekadar pandangan aku..bagi sesiapa yang cepat berpeluh aku sarankan lebih baik korang pakai baju dalam ni..supaya kalau kita berpeluh takdelah nampak sangat kan..contohnya masa dating lah kan..badan kita dah berpeluh ni..tapi dengan adanya baju dalam..boleh lah cover sikit..hehe..tak de lah malu sangat kan..

Apa yang aku dapat simpulkan..pemakaian baju dalam bukan sekadar untuk mengelakkan dari   berpeluh..boleh je kita berstyle dengan baju ni..simple dan trend masa sekarang..

mood: ambil angin petang


Sunday, May 8, 2011

Hitler Marah 247, Gula-Gula Dapat Nama


Lawak2..aku dengan member aku boleh terjumpa video hitler pulak pasal Malaysian K-pop..memang nice lah siapa yang buat ni..Aku tak nak tulis panjang2..korang tengok jelah..memang lawak habis..:)

mood: layan

Saturday, May 7, 2011

Perkara-perkara Yang Harus Dilakukan Selepas Exam

Alhamdulillah..habis dah exam aku..lega2..so, tak payah pikir kertas dan pen..sekarang aku perlu rancang..apa aku nak buat cuti 4 bulan ni..lama tuh 4 bulan..kalau bela janggut..confirm2 jadi janggut kambing..hehe..Tengok tak sempat aku nak salin baju lagi..nafsu nak update ni membuak2 lah pulak..nak buat macam mana..aku layan kan..Ok aku dah fikir masak2 ni..perkara yang aku nak buat masa exam..antaranya:



  • Kerja..apa2 pun tak pe
  • Jogging untuk dapatkan 6 pack..kalaulah..hehe
  • Bela rambut..kasi pacak punya
  • Makan puas2..
  • Tolong ibu bapa..anak yang soleh katakan..hehe
Setakat ini je yang aku dah pikir buat masa ni..huhu..mata dah ngantuk..mahu tidur dulu..jumpa nanti ye..

mood: merdeka

Friday, May 6, 2011

Aku Puji Sikap Perokok Ni


Wah2..aku nak habis exam dah..tunggulah korang lepas ni aku aktif dengan blog..huhu..asyik korang je berblogging dan blogwalking..mana aci kan..ringan sikit kepala aku ni..besok last paper aku..tidur aku pun tak cukup..tapi masa aku makan dekat kedai makan hari tuh..aku tertarik dengan satu situasi..

Di mana seorang perokok ni..aku respect sangat..mula2 aku tengok sebelah dia ada satu family..then brother ni pun nak hisaplah rokok..aku ingat dia nak stay je dekat situ..dia bangun dan hisap tempat lain..memang terbaik lah..mana taknya dalam family tuh ada budak kecik..memang tak eloklah kan..budak ni baru je nak hidu udara yang segar..sepatutnya perokok2 kena ikut cara macam ni..

Aku bukan lah sokong orang2 yang hisap rokok ni..tapi pastikan keadaan sekeliling korang tiada perempuan mengandung, bayi, warga emas..serta mereka yang tidak menggemarinya..yelah sekurangnya2 dapat lah kurangkan risiko penyakit..selamat beramal..entah betul ke tak entri aku ni..tidur tak cukup..hehe

mood: :)

Thursday, May 5, 2011

Tuh Dia 24:7 Dah Buat Show


Aku rasa macam mimpi ngeri je lah bila tengok video dekat atas ni..bukan tak sokong apa yang mereka buat..tapi entah lah..tak perlu kot nak tiru gaya Korea ni..biarlah kita kekal dengan imej kita..aku dapat tahu pun dari member aku dekat facebook..member aku tuh dah lah offical fans 2pm..konfirm dia anti gila2 punya lah..


Aku yang tak berapa minat tengok Korea ni..tiba muncul pulak dekat Malaysia..lagi lah down aku..silap2 aku tak tengok Korea dah..aku rasa korang pun boleh menilaikan lepas tengok video di atas..aku tak cakap lah aku pandai menari..tapi tengok je lah sendiri..nanti ada pulak yang bangkang..aku ni tahu kutuk je..sekurang2 nya aku sedar..takde lah aku tubuhkan group macam di atas ni..


Aku pelik sebenarnya..macam mana lah mereka ni boleh terlintas nak buat group ala2 Korea ni..nama dah lah ciplak..aduh..apa nak jadi ni..dah tak modal lagi ke agaknya..rasa aku..boleh je buat group lain..guna kan imej kita sendiri..ni buat pergi membanggakan adat dan budaya negara lain..uish terlebih cakap dah ni..ok aku stop dah..pengajaran daripada yang aku dapat..jadi lah diri sendiri..


mood: tak boleh tidur..

Teruk Benar Tabiat Manusia!!

Nak bengang ke tak nak ni..kalau ikut kan hati aku nak langgar je kereta depan aku ni..mana taknya..dia buang sampah, then kena kereta aku..amboi banyak lemak betul..ingat2 lah orang belakang pun kalau nak buang sampah merata2..cuba bayangkan kalau belakang tuh motor..kot2 kena muka dia ke..kesian lah sikit..kalau tak nak hargai alam sekitar pun..sekurang2 nya adalah sikit sifat keperimanusiaan..

Memang macam ni ke tabiat manusia..suka2 hati je buang sampah tanpa menghiraukan orang lain..seeloknya simpan lah dulu sampah tuh..sampai rumah baru buang dalam tong sampah..so easy kan..aku pun tak tahu apa yang susahnya nak buang sampah dalam tong..nanti kalau cakap " bodoh " marah pulak..tapi tuh lah hakikatnya..manusia memang sukar diubah kecuali diri mereka sendiri..

Ok lah malas nak berleter panjang2 ni..banyak lagi perkara penting aku nak buat..tinggal lagi dua paper je ni..cepatlah habis..huhu..wish me luck..

mood: rilek

Monday, May 2, 2011

Apabila Perkahwinan Bertukar Menjadi Dating


Gambar ni credit kepada Atiq Salleh

Alahai terselit aku jugak dekat sana..syok wo..tengok muka Ujang macam nak terkam Yana dah..haha..rilek lah Jang..memang dah sah milik kau..Aku doakan semoga korang berkekalan ok..dah dapat baby..letak nama SYAFIQ..confirm hensem macam aku..bukan mamat baju belang tuh..haha..


Credit to Kyerull Fresco

Haha..agak2 korang kenal tak blogger ni.. bila buatvlog je mesti..Hye korunk!!..huhu..tuh dia Cik Epal..aku segan2 silu sikit..tapi aku tak tipu perkahwinan ni..memang meriah tuh..dah mengalahkan kita orang jadi orang sebelah..huhu..

entri2 lain:




Apa2 pun..korang boleh tengok aku makan ICEROOM dengan Cik Epal..di entri dia..--->sini

mood: besok exam ma!!