Thursday, December 9, 2010

Pink Tidak Sinonim Dengan Lelaki?

Salam..acapkali kaum lelaki pernah dikaitkan dengan warna pink..namun pandangan sesetengah lelaki apabila kaum sejenisnya memakai pink amat menjengkelkan. Isu ini telah banyak kali dipertikaikan..tapi tuh la mulut orang kan..asal pakai pink je lembut..di manakah silapnya??..

Kebiasaannya, warna pink lebih sinonim untuk kaum wanita, tapi pada zaman sekarang ia bagaikan trend untuk kaum lelaki..sebenarnya tak salah pun kalau nak memakai pakaian atau accesories warna pink cuma perlu sesuaikannya mengikut keadaan serta tidak terlalu over menggayakannya..


Source: Yahoo image

Lihat gambar di atas..lelaki korea tersebut tampak segak dengan kemeja pink yang dipakainya..So, fikir-fikirkan lah..NEVER SAY NEVER..peace!!

Rintihan Seorang Nenek Kepada Cucunya

Salam, pagi jumaat yang begitu indah aku bersyukur sekali lagi kerana diberi peluang untuk menghirup udara yang begitu segar..Namun disebalik kesukaan terdapatnya kedukaan seorang nenek yang masih meneruskan kehidupan seperti orang lain..Aku berbangga memiliki nenek seperti dia, apalah daya ku ingin membalas jasa2 nya yang sanggup melayani kerenah cucunya..

Aku tidak lagi mempunyai datuk, malah aku tidak sempat melihatnya..aku berasa sangat sedih..Nenek aku seorang yang tabah dan rajin bekerja..boleh dikatakan dia sentiasa menyediakan yang terbaik untuk cucunya..Di kala waktu lapang, aku suka mendengar luahan hatinya..kadang2 bergenang air mata jugak kalau mendengarkan kepayahan yang terpaksa ditempuhinya setelah datuk aku tiada..

Penderitaan dalam membesarkan anak2 nya amat memeritkan, aku berpikir sejenak kalaulah aku di tempat dia sekarang, mampukah aku melaluinya..mungkin tidak atau mungkin ya..hanya jawapan itu terlintas di fikiran aku..Namun aku menjadi semangat nenek aku untuk meneruskan kehidupan yang bakal di tempuhi kelak..Sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!

SEGMEN : SAYANG BLOGGERS!

 
Salam..aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni aku suka menaip..biar pun mata mengantuk tangan masih nak menaip..buat pertama kalinya aku join segmen CIK MAS..kalau anda yakin..anda mahu sertai..klik sini..

"Kenapa saya perlu join SEGMEN : SAYANG BLOGGERS! kerana untuk berjaya tiada erti kemalasan dalam hidup saya

NEVER SAY NEVER..peace!!

My 15

Salam..hye2..tengok contest lagi..hehe tapi bagi aku contest ni yang paling pelik..hehe..xpe2 aku akan sertai jugak walaubagaimanpun..contest ni memerlukan aku menyenaraikan 15 gambar yang pelbagai dan jugak keterangannya..mari klik sini..kita meriah kan lagi..:)

Satu


Huh!! let me guess, Paris right? yeah ni la tempat aku pasang angan2 untuk aku jejakkan kaki

Kedua



Inilah darah daging aku, aku membesar bersama2 mereka..:)

Ketiga

 
Haha..sekarang ni memang tengah hot pasal cerita Putera Katak..tapi aku paling geli binatang ni..tak akan pegang sampai bila2..

Keempat


Fuhh..kalau la ada kereta macam ni..confirm awek2 datang dekat..haha..bukan la..inilah kereta idaman aku..tinggal nak dapatkan je..

Kelima

Ni lambang universiti di mana tempat aku menimba ilmu..LUV UiTM

Keenam


Jangan tak percaya..walaupun aku warga Melaka..tapi waktu ni aku menyaksikan perlawan di antara Selangor dan Kelantan..

Ketujuh





Playboy merupakan salah satu brand baju yang aku minat tapi tak bermakna aku PLAYBOY ok!!

Kelapan


 
Hoho..salah satu favourite aku ialah layan shisa..

Kesembilan


 Header ni merupakan header mula2 aku wat blog dulu..yeah..tapi aku da ade header baru..:)

Kesepuluh


i-city salah satu tempat menarik yang pernah aku lawati..cahayanya membuatkan anda terpukau..

Kesebelas


Gambar ini telah diambil oleh aku sendiri sebelum aku berbuka puasa..(nama tempat terlupa pulak)
Kedua Belas


4 teruna yang sentiasa bergaya..haha

Ketiga Belas



Blackberry dan i phone akan aku tawan kau..huhu

Keempat Belas


Cincin suasa ini adalah pemberian emak aku, aku sangat terharu mengenainya

Kelima Belas


Jangan disangka Malaysia takde pokok Krismas tau..hehe

Tag:

Amirah Bazilah
Rockstar Chan
Aisya Humaira

NEVER SAY NEVER..peace!!

1st contest ABC..

 

Salam..aku tak tau kenapa aku begitu rajin join contest ni..kenapa eh? sebab aku mau tambah kenalan dengan blogger2 yang lain..huhu..kali ni aku terpaksa menggunakan ketajaman mata aku..hehe..anda mau join..klik sini..

Agak2 berapa la karipap dalam dulang tuh eh..

105 karipap

3 perkataan tuk ABC

Mantop
Malatop
Kebabom

Tag semua followers la..hehe

NEVER SAY NEVER..peace!!

Aku Tersenarai Dalam Blog Pilihan Malaysia 2010?

Salam readers dan followers..aku tadi baru je balik dari bandar..tiba2 aku balik je..aku tengok la BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010 da buat shortlisted..mau tak terkejut, aku tersenarai dalam pilihan dua..mari kita tengok sama2..:)boleh klik dekat sini..
aku berada ni no. 59..huhu..

Aku da berasa bersyukur sangat bila da tersenarai ni..Yeah aku akan terus berblogging..thank kepada blogger2 yang telah banyak memberi tip2 yang berguna..NEVER SAY NEVER..peace!!

TAJUK SEGMEN CERPEN KREATIF: DUNIA DI AMBANG KEMUSNAHAN


Salam, dalam waktu yang dingin dan mendung, tiba2 aku nampak bro BEN ASHAARI membuat segmen yang melibatkan aku untuk membuahkan idea..i will take this challenge..:)
So, jika anda semua mau join..klik sini..

DUNIA DI AMBANG KEMUSNAHAN


Dalam era globalisasi, bumi hijau yang dahulunya menjadi tumpuan para pelancong, tatkala kini tidak lagi. Di manakah silapnya yang bumi hijau di anak tirikan oleh manusia? Aku (bumi hijau) bingung tergamak manusia melakukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Aku (bumi hijau) tidak rela dimusnahkan, bukankah aku begitu penting untuk manusia. Ternyata manusia yang alpa ini tidak menghiraukan flora dan fauna dan impak-impak negatif yang bakal melanda ke atasnya. Kata pepatah " Habis Madu, Sepah Dibuang " begitulah aku diperlakukan.

Lihatlah manusia! Lihatlah! Kealpaan tidak membawa sebarang keuntungaan. Inikah yang mereka mahukan umpama " Padang Jarak Padang Terkukur ". Aku (bumi hijau) kini tidak lagi seperti dahulu hanya sebutir pasir yang tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mereka. Insaflah wahai manusia, sayangilah bumi hijau anda. Sesungguhnya, aku (bumi hijau) ini tercipta hanya untuk dipelihara oleh engkau. Sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!