Tuesday, December 14, 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

 

Assalamualaikum..aurat dalam kehidupan umat yang beragama Islam memang penting..hari ini..aku dengan tanpa was-wasnya join satu campaigan yang telah di buat oleh seorang rakan blogger..memang terbaik la..kalau anda belum join kempen ini..join klik sini..

Pandangan Tentang Menutup Aurat

Aurat memang lah penting bagi yang beragama Islam..zaman sekarang kita memang boleh lihat ramai orang2 Melayu yang beragama Islam tidak menutup aurat..Ini memang lah merupakan satu tuntutan Ilahi..namun terdapat segelintir yang tidak menghiraukannya..Aku jugak akui..kadang2 aku memakai seluar pendek untuk keluar berjalan-jalan..kadang2..kita alpa dengan kemewahan di dunia yang menyebabkan kita terlupa sekejap mengapa kita dicipta..untuk apa kita dicipta..Manusia memang tidak lari melakukan kesihatan..Aku sebagai seorang Muslim menyeru marilah kita sama2 memberi sokongan kepada kempen ini..sekian..NEVER SAY NEVER..peace!!

Tag

AnisaHangtuah
Dayayuya
Aishahumaira

87, 453 Bankrup Akibat Kad Kredit?

 Source: Yahoo Image

Kad kredit sering kali dikaitkan dengan bankrup..bilalah ungkapan ini akan menamatkan kemaraunya..asal bankrup je mesti kad kredit..asal kad kredit je mesti bankrup..huhu..nasib baik lah aku belum ada lagi..hehe..tapi kalau boleh aku tak nak lah ada kad kredit ni..takut menyusahkan..Orang kata kalau dah terdesak sangat tuh barulah aku guna..

Pengguanaan kad kredit tanpa batasan menyebabakan seseorang itu bankrup..yelah pakai tanpa berfikir masak-masak..last2 diri jugak yang meranakan..nasib badan..Sebenarnya ramai tersalah tafsir dengan penggunaan kad kredit..kredit memanglah bererti keluarkan..tapi disebaliknya lebih banyak kita guna kad kredit..maka lagi banyaklah hutang kita perlu dibayar..Semua orang akan sakit telinga bila dengar pasal hutang ni..aku pun tak berapa nak suka kalau nak berhutang..kecuali masa2 tertentu je..

Sepatutnya istilah bankrup tidak perlu ada di kalangan rakyat Malaysia..kadang2 aku rasa pelik..aku tengok orang Malaysia semua kaya2..tapi boleh jugak bankrupkan..dunia2..tiada apa yang mustahilkan..Sekadar berkongsi pandangan..tanpa melibatkan siapa..sekian..NEVER SAY NEVER..peace!!

Sumber artikel: Akhbar tempatan

Dua Cikgu Dalam Satu Kelas Disokong?

Assalamualaikum..ceria sungguh pagi ni..semasa sarapan tadi..aku terdengar di kaca televisyen menyatakan " 2 Cikgu Dalam Satu Kelas "..agak2 anda boleh ke? Kelas yang dimaksudkan ini..yang mempunyai bilangan murid yang ramai dalam sesuatu kelas..huhu..cadangan ini diutarakan mungkin supaya fokus setiap pelajar dapat diambil perhatian oleh guru2 berkenaan..

Namun begitu..belum tentu menempatkan 2 orang guru dalam satu kelas dapat memperbaiki prestasi pembelajaran pelajar2 di sekolah tersebut..Contohlah..cikgu A mengajar mengikut caranya dan cikgu B pulak mengajar mengikut caranya..Jadi jikalau guru2 yang ditempatkan itu mempunyai pengajaran yang berlainan..yang mana satukah pelajar2 harus mengikutinya..Lihatlah di sini boleh menambahkan bebanan seorang pelajar..betulkan guru2?..

Pendapat aku..kita haruslah kekalkan sahaja cara pembelajaran yang lama..mungkin ini akan membebankan para guru dan jugak pelajar..sekian..NEVER SAY NEVER..peace!!





Source: Yahoo images
Source artikel: Berita Harian

Hidup Aku Berubah Sebab Blog

Assalamualaikum..perlu ke kita berubah sebab ada blog..rasanya tidak perlu kot..apa sebab kita perlu berubah kan..aku rasa tak ada apa2 keuntungan pun..lain lah kalau kita berubah dapat RM@#@$#..aku pun nak jugak..hehe..mata duitan jugak aku ni kan..aku ni ada jugak la terperasan dekat entri seorang wanita ni..dia menyatakan..dia ditinggalkan kawan2 disebabkan selalu berblogging dan kurang meluangkan masa dengan temannya..walhal wanita tersebut ada jugak keluar bersama dengan rakannya..aish tak paham betul aku dengan dunia ni..takkan lah kita nak berkepit 24 jam je kan..tak logik betul..fikir2 kan lah..di mana silapnya..

Diri aku tak ada berubah apa2 pun..aku still lepak lagi dengan member2 aku..cuma waktu tidur aku je berubah..haha..khusyuk sangat berblogging sampai ke pagi la jawabnya..jangan tiru cara aku ni..:)..aku tak lupa lagi asal usul aku..nothing change on me..Kejap2..terlupa pulak nak bagitau..yang berubah secara positif..sekarang ni aku menaip lebih laju..huhu..dulu memang macam siput la..hehe..satu perubahan yang drastik..yeah..Cayalah aku..haha..puji diri sendiri pulak kan..

Ok la..sebelum aku menutup entri..kita perlu kekal ciri2 kita yang asal ye..baik dah ada blog atau pun belum..kita still sama ya..NEVER SAY NEVER..peace!!

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)





ChurpChurp | Social Share » The Celcom Everyone Sale is back! (Preview)

Hidup Tidak Lengkap Tanpa Cermin

Assalamualaikum..kalau nak bercakap pasal keterampilan diri ni..aku boleh la nak berkongsi2 jugak..tak salahkan nak berkongsi benda yang baik..kita boleh ungkapkan " Jangan Pisahkan Aku dan Dia "..di sini..bukan la kau nak cerita pasal loving2 ni..aku mahu tekankan berkenaan manusia dan cermin..aku yakin pasti semua orang tahu..cermin amat penting dalam kehidupan..






 +





 Source: Yahoo Image
Semua orang memerlukan cerminkan..bayangkan kalau tiada cermin di dunia..sudah pasti kita semua bagaikan buta..kita tidak dapat melihat kecantikan mahupun ketampanan diri kita..itu amatlah rugi dalam hidup kita..Tetapi lain pulak ceritanya bila dah ada cermin..mana taknya kadang2 seseorang itu sanggup mengadap bejam-jam di depan cermin..telek sanalah, telek sinilah..macam2 ragam la bila dah depan cermin ni..Aku tidak menafikan..aku bila dah depan cermin paling tidak pun 10 minit..nak setting rambut aku la apa lagi..hehe..

Aku ni memang sangat perlukan cermin..hehe..bila menelefon pun aku akan tengok cermin sambil setting rambut aku..aku tak tahu tabiat tuh dari mana entah datang..aku tak jemput dia pun..hehe..Apa2 pun aku suka dengan tabiat aku..Bagi wanita..memang tak larilah kan daripada cermin ni..kita boleh tengok..ke mana sahaja kaum hawa ni pergi..pasti cermin di dalam tas tangannya..kalau tak percaya cuba check girlfriend masing2..ade kan..:)
Kesimpulannya..gunalah cermin sebaik-baiknya..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Ikhlas Itu Penting Dalam Blogging

Assamualaikum..ape itu ikhlas? Ikhlas ialah sejenis sifat yang digambarkan oleh seseorang tanpa paksaan dan ia lahir dari hati..hehe..betul ke maksud aku ni..kalau salah atau kurang tepat betulkan ye..dalam dunia blog ni..kalau kita menaip sesuatu biarlah ikhlas kata2 yang diluahkan supaya setiap pembaca yang membaca artikel kita dapat merasai apa yang kita luahkan..

Kalau nak diikutkan semua perkara yang kita dilakukan perlulah ikhlaskan termasuklah dalam berblogging..yelah kalau kita tulis kerana terpaksa..entah2 orang nak baca ke tak..tengok2 jenguk blog kita pun belum tentukan..Jadi kita perlulah tanam sifat ikhlas dalam diri kita supaya kita sentiasa tenang melakukan apa sahaja..Percaya..ikhlas itu penting dalam blogging dan jugak kehidupan kita..NEVER SAY NEVER..peace!!

Dapat 500 Followers Sebelum Tahun Baru

Blog oh blog..mampu tak kau nak dapat 500 followers ni..aku tak paksa kau tau..huhu..aku sekarang ni sedang memasang impian sama ada boleh ke aku capai 500 followers sebelum tahun baru ni..aku sengaja cabar diri aku supaya aku lebih bersemangat dalam blogging..huhu..bukan senang nak senang..bukan susah nak susah..haa ayat konfius jugak ayat aku di situ tetapi maksudnya agak mendalam..

Sebab apa aku cabar diri aku..mahu tak teruja tengok blog orang lain sudah mencecah beribu2 beb..aku ni ciput je..hehe..kalau hendak dipikirkan balik macam mustahil kan..namun itu tidak menghalang aku sama sekali..tiada apa yang mustahil di dunia ini..kita yang buat dia..So, kita yang control blog..bukan blog yang control kita..betul kan?

Seandainya hajat aku tak tercapai tidak bermakna aku terhenti di separuh jalan..aku masih meneruskannya..setakat ni followers aku sudah mencecah 361..alhamdulillah..itu pun da cukup banyak buat aku..Ayuh..sama2 kita blogging..NEVER SAY NEVER..peace!!

Kenapa Bahasa Melayu Mudah Di Pelajari?

Assalamualaikum..huhu aku baru je sempat nak menyentuh keyboard ni..siang tad maklumlah sibuk pergi main bolingkan..lenguh2 sudah tangan aku..jadi aku menerus kerja biasa aku dengan mengadap blog lah apa lagi..:)Ok..hari aku ingin mempersoalkan..kenapa bahasa kita mudah dipelajari..contohnya..dekat pam minyak..kita boleh tengok pekerja2 asing di sana mudah bertutur Bahasa Melayu sedangkan kita tidak tahu langsung bahasanya..

Macam aku pulak..sekarang ni aku mengambil bahasa tambahan iaitu Mandarin..Huh..bukan main susah lagi aku nak mengingatnya..siap ada baris2 lagi dekat perkataan dia..Itulah yang bermain2 dipikiran aku..kenapa Orang Cina dan India serta kaum2 lain dapat menguasai bahasa kita..tapi hakikatnya kita sebagai kaum majoriti tidak mengetahui serba sedikit pun tentang bahasa lain..Kenapakah?

Sepatutnya, kita pun perlu mempelajari bahasa lain..kata orang " tak banyak pun tak pe lah yang penting kita tahu jugak kan "..sedikit2 lama jadi bukit..itulah yang aku maksudkan..Yelah orang lain mempunyai kemahiran dalam menguasai banyak bahasa..takkan lah kita nak duduk berdiam diri sambil berpeluk tubuh..Mahu tidak mahu kita perlu jugak ambil inisiatif untuk memahirkan diri kita..beringatlah..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!