Wednesday, December 15, 2010

Pergolakan Di Dalam Kehidupan

Hidup oh hidup..di manakah penghujungnya..adakah dunia ini sangat adil kepada setiap insannya..walhal apakah salahnya seorang perempuan kepada mentuanya..dahulunya dicaci dan dimaki serta perkahwinannya bagaikan satu igauan ngeri..dilayan seperti seorang janda..berat sangatkah kesalahan yang dilakukannya..tidak cukup dengan itu..pelbagai fitnah-fitnah disebarkan ke telinga-telinga orang kampung dan akhirnya menjadi bualan orang..alahai mentua..jahat sungguh mulut engkau..kesian perempuan ini yang tidak berbapa dan hanya menghadapi segala dugaan bersendirian..

Walaubagaimanapun..perempuan itu tetap bahagia di samping suaminya..sehingga sekarang..Oh mentua..hentikan lah segala dusta dan perbuatan keji engkau..Aku tidak tahan lagi melihatnya..Bila senang engkau datang..bila susah langsung tiada kabar dari engkau..Cukuplah wahai mentua..janganlah engkau memakan harta anak yatim..tidakkah engkau tahu Islam melarang keras tentangnya..Bertaubatlah selagi engkau masih bernafas di dunia ini..

Tidak apalah wahai mentua..moga-moga apa yang engkau buat diperkenan oleh-Nya..Suatu hari nanti pasti yang benar akan menang..saksikanlah di saat kemenangan itu..jangan engkau bersujud di kaki perempuan itu..renung-renungkan lah..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Kasih Seorang Ibu Dipinggirkan

Hinakah ibu yang melahirkan kita..oh anak betapa egonya engkau sehinggakan sanggup membiarkan ibumu di kampung..betapa pedihnya melihat si dia bersusah payah membesarkan kita..namun jasanya lenyap begitu saja..Di mana letaknya kehormatan mu anak..janga engkau lupa diri disebabkan kemawahan yang engkau gapai..mengertilah syurga terletak di bawah telapak kaki ibumu..

Ibumu sentiasa merintih bilakah engkau mahu pulang ke kampung halaman..hebat sangatkah tempat yang engkau tinggal dalam kesibukan..Ibumu merindui cucu-cucunya sedangkan engkau pula menghalang daripada ibumu untuk bertemu dengan darah dagingnya..betapa kejamnya engkau sanggup memperlaku ibumu sebegini..

Sanggup engkau memarahi ibumu yang tidak tahu apa-apa..layakkah si dia dilayan sebegitu..Ingatlah wahai anak..jika sekali engkau berkata.." Eh " kepada ibumu bererti engkau telah menderhakainya..Layanilah ibumu seperti ibumu melayani semenjak engkau kecil..Jangan di biarkan si tua ini di dalam kesepian..

Aku tidak mampu melihat..ibumu yang sedang sakit..dia memerlukan bantuan engkau wahai anak..Di saat dia perlukan engkau..tetapi engkau tiada di sisinya..Engkau jangan menyesal apabila engkau pulang ke kampung..hanya balutan kain putih terbujur di depan engkau..Insaflah..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Bukan Diriku





Source: Yahoo images
Assalamualaikum..sinetron Cinta Kirana bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi..Kepada peminat setia Cinta Kirana tidak perlu kecewa kerana anda akan dihidangkan dengan sinetron terbaru iaitu Bukan Diriku..Tajuk sinetron ini dipetik daripada lagu yang pernah dipopularkan Samsons dahulu..

Jadi..bagi penggemar sinetron Indonesia..kita saksikan cerita yang bakal ditayangkan tidak lama lagi..Untuk mengetahui sinopsis cerita ini..anda boleh klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Tidak Peduli..Maut Menanti

Assalamualaikum..dewasa ini..negara kita sedang rancak berperang dengan musuh yang amat berbahaya..walaupun ianya kecil ia mampu membunuh warga negara kita..kita haruslah berwaspada dengannya..jikalau kita tidak menghalangnya..nyawa kita akan menjadi mangsa yang seterusnya..

Ayuh rakyat Malaysia..kita banteras musuh kita supaya kita dapat hidup aman dan tenang..Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri untuk mematahkan segala serangan musuh-musuh kita..Kebelakangan ini..ramai yang telah menjadi korban jiwanya..Alangkah sedih kita melihat warga negara kita meninggalkan pergi tanpa kembali lagi..

Di manakah kesedaran kita..harus berapa lama lagi yang kita perlu tunggu untuk menumpaskan musuh-musuh kita..Sedarlah wahai manusia..kita tidak punya masa yang banyak lagi..wabak denggi semakin menjadi-jadi..tolonglah bersihkan kawasan rumah kita..supaya tidak menjadi tempat pembiakan jentik-jentik..

Jangan salah faham ye..hehe..aku tujukan kepada denggi yang terus menular di negara kita..luangkan lah masa sekurang-kurangnya 10 minit..untuk mengemaskan persekitaran rumah kita..beringatlah..

NEVER SAY NEVER..peace!!


Ben Ashaari Cakap Aku Mat Pantun?

Assalamualaikum..haha tergelak besar aku kejap dekat sini baca entri Ben Ashaari..yelah aku ingat betul2 lah pasukan Malaysia tukar pemain..tengok2 nama blogger yang disenaraikan..hoho..tak sangka pulak aku dapat gelaran MAT PANTUN..ingat dapat striker ke..haha..Tapi apa pun aku dah rasa sungguh bertuah bila di senaraikan..Thank ya bro..kalau anda tidak percaya..boleh klik sini..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Selamat Menyambut Hari Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Source: wikipedia.org
NEVER SAY NEVER..peace!!

Harta Boleh Merosakkan Masyarakat

Assalamualaikum..isu ni memang telah lama bergolak di dalam kehidupan manusia..demi harta manusia sanggup bermusuh..demi manusia jugak..manusia sanggup membunuh..sedangkan darah daging sendiri mereka sanggup bertegang leher demi mendapatkan harta tersebut..di manakah pemikiran rakyat kita yang sebenar..

Aku pun tidak faham..bukannya harta boleh di bawa mati pun..namun mereka yang gilakan harta tetap memprotes untuk mendapat harta..kebiasaanya harta pusaka menjadi isu utama yang dibicarakan..yang lemah akan ditindas..yang kuat terus menguasai..alangkah sedihnya hak yang sepatutnya telah disabotaj..Sampai bilakah harta ini akan membantu kita dalam kehidupan yang hanya sementara ini..

Harta tidak boleh di bawa ke mana-mana..Ia merupakan kemewahan yang diberi oleh Ilahi untuk menderma dan melakukan kerja-kerja amal..tetapi ramai di antara kita telah menyalah gunakan..hmm..dan disebabkan harta jugak manusia menjadi bongkak dan lalai..dunia-dunia..tolonglah..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Jom Kita Berkenalan






Assalamualaikum..yeah lama dah rasanye bro Ben Ashaari tak buat segmen ni..Aku datang lagi dengan segmen dia..maklumla peminat bro Ben Ashaari ni..hoho..da macam artis kan..yelah segmen ni membantu aku untuk meningkatkan lagi followers di blog aku..semalam aku ada menulis entri berkenaan target aku untuk mencapai bilangan followers sebelum tahun baru..:)..kalau nak baca boleh klik sini..

Untuk join segmen ni..klik join..

Soalan2 cepumas


Bila mula buat blog ?
 
Blog aku mula dicipta pada July 2010..tetapi aku mula aktif baru baru je lebih kurang sebulan..:)
Jumlah follower sekarang ini .
 
382 Orang

Berapa trafik harian ? 
 
100 dan ke atas
Sehari brapa entri ?
 
5 ke 8 entri
Berikan satu blog yang best korang suka baca ..
 
Ben Ashaari
NEVER SAY NEVER..peace!!