Saturday, February 26, 2011

Kenapa Sesuatu Blog Perlu Mempunyai Identiti

Kroh-kroh..aik aku kedengaran seperti bunyi berdengkurlah..haha..rupa-rupanya hanya sekadar ilusi..sebenarnya telah lama aku memikirkan..adakah blog aku memerlukan satu identiti yang tersendiri ataupun universal?..yela masing-masing harus mempunyai identiti tersendiri supaya lebih mudah dikenali..seperti DARKBATMAN lebih kepada tip-tip kesihatan..itu antara salah satu blog yang biasa aku lawat..kalau hendak diikutkan banyak lagi..seperti lawak jenaka, berkenaan komputer hingga tak tersebut di mulut aku..hehe

Ianya tidak lari seperti seorang manusia..kita sebagai manusia..harus mempunyai identiti tersendiri..ia akan menggambarkan personaliti seseorang begitu jugak di blog..tetapi yang tidak menyedapkan aku tidak mempunyai identiti blog aku tersendiri..namun aku masih gembira..aku masih boleh berblogging seperti biasa..aku lebih terarah kepada semua perkara..jadi aku lebih selesa menjadi blog universal..membolehkan aku cerita semua perkara..

Sebenarnya ia bergantung kepada diri masing-masing..andai kata blognya lebih kepada online shop..sudah pasti gambar-gambar yang ingin dijual lebih banyak diletak di dalam blognya..dunia blog merupakan dunia yang luas..maka janganlah tersilap langkah memilihnya..ingat kita sebagai blogger..kita hidup di bawah satu bumbung..yang penting silap dan salah dibetulkan dengan cara yang baik..

NEVER SAY NEVER..peace!!


Thursday, February 24, 2011

Pratonton " Ratu The Movie "


Sinopsis Filem Ratu The Movie :
Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau.
Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang.
Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran.

Barisan pelakon Ratu The Movie ialah Bkay Nair, Elya, Miera, Farah, Farahin, Sue, Eina, Shazlin, Jazzy dan Tasha. Filem turut dibintangi Fouziah Ghous, Eizlan Yusof, Yasmin Hani serta penampilan khas Yusry KRU serta Azlee Khairi dan Farid Wari.



Pada hari itu jugak aku bersama AQU API, DARKBATMAN dan juga NISA KAY..owh man..kenapakah muka aku macam itu..kemudian muka AIE segan silu berada di sebelah NISA KAY..AQU API jugak steady..aku bagi rating dalam 3 bintang..pelakon-pelakonnya memang memikat jiwa..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Kita Bagaikan Satu Rumpun

Apa yang aku temui di dalam kehidupan yang serba kekurangan ini..pelbagai onak dan duri yang terpaksa kita tempuhi walaupun dalam keadaan yang mendesak..apa yang sedang berlaku, apa yang kita nampak..pada masa ini..janganlah menuduhnya tanpa usul periksa..kehidupan sebagai seorang blogger sama sahaja seperti manusia biasa..mereka masih melakukan sama seperti manusia biasa melakukan..cuma perbezaannya seorang blogger tidak pernah lekang dari komputer ribanya untuk memberi info-info terkini..

Kita juga sama seperti masyarakat yang lain..hidup di bawah satu bumbung..cuma apa yang aku lihat ada di antara blogger sanggup bertegang leher untuk menjatuhkan nama masing-masing..sepatutnye perkara sebegitu tidak harus berlaku di dalam dunia blogger..kita juga mempunyai hati dan perasaan serta nilai-nilai murni yang telah di didik semenjak di bangku sekolah lagi..cuba lah ingat kembali ke zaman itu..supaya kita dapat mengamalkan cara yang baik dalam menulis blog..

Tiada gunanya kita berperang sesama sendiri..tiada keuntungan yang diperolehi..hanya membazirkan masa malah dosa pulak kita dapat dari fitnah di antara satu sama lain..apa yang aku harapkan daripada dunia blogger..aku impikan sebuah keluarga yang harmoni..serta toleransi bukannya bergaduh sana sini..kalau menegur biarlah dengan cara yang betul..dan kepada yang ditegur terimanya dengan hati yang terbuka..sekian..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Monday, February 21, 2011

Kenapa Perlu Reunion Setelah Tamat Sekolah Ataupun Institut Pengajian Tinggi


Assalamualaikum..

Teringat kembali kenangan lama-lama bila mengenangkan gambar-gambar di bawah..reunion ini diadakan pada cuti raya cina yang baru je lepas ni..siapa sangka perancangan yang singkat mampu mengumpulkan seramai 25 orang kalau aku tak silap..reunion memang lah sangat penting apabila kita tamat pengajian di peringkat rendah atau pun tinggi..kerana dengan adanya reunion kita dapat mengeratkan hubungan sesama kita..manalah tahu kan..tup-tup datang dah dukung anak..siapa tahu kan..Jadi kita haruslah mengamalkan reunion ini bak kata pepatah.." AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS"..

Jadi persahabatan yang telah terbina..haruslah di jaga dengan baik..aku sayang sahabat-sahabat aku..mungkin teknologi zaman sekarang lebih maju berbanding dahulu..walaupun kita ada facebook, myspace , twitter dan banyak lagi..tetapi dengan cara reunion ini persahabatan kita akan lebih dirasai..aku suka detik-detik ini..jadi kepada korang semua..janganlah malas-malas nak adakan reunion..

Layan dulu gambar-gambar di bawah..reunion ini adalah batch darjah 6 sekolah kebangsaan pulai..tahun 2000..miss it!!










NEVER SAY NEVER..peace!!

Sunday, February 20, 2011

Bila Perempuan Berdagu Dua@ Double Chin

Bagi aku apa yang berlaku di dunia ini adalah ketentuan-NYA..seperti mana yang kita lihat sekarang..apa yang dapat aku rasakan..perempuan sukar menerima hakikat apabila berdagu dua atau dalam bahasa omputihnya DOUBLE CHIN..rata-rata wanita yang aku stalker mempunyai DOUBLE CHIN..kenapakah? mungkinkah mereka mengambil kuantiti makan yang banyak atau pun sebaliknya..

Tapi kalau ditegurkan DOUBLE CHIN ni..perempuan paling pantang dengar aku rasa..hehe..silap-silap melenting dia..lepas tuh mulalah.." eh betul ke aku ada DOUBLE CHIN ni? dan macam-macam lagi pertanyaan lah sehingga tak terjawab kata orang..:)senang je cara nak mengelakkannye..chewing gam merupakan satu senaman mulut yang baik..jadi kita boleh aplikasi kan kepada bahagian muka kita yang agak tembam..hehe

Nanti jangan ada pulak mereka membuat pembedahan plastik semata-mata untuk mendapatkan dagu lekuk..pada zaman sekarang..teknologi semakin canggih..apa-apa pun boleh berubah..hmm..sebelum aku melabuhkan tirai..Kita redha apa yang berlaku di dunia ini..adalah kehendakNYA..bersyukur di atas nikmat yang ada..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Saturday, February 19, 2011

Apabila Blog Aku Di Ceroboh


Assalamuailaikum..aku tidak sangka hanya disebabkan semalam..blog aku telah digodam oleh seseorang..habis semua header dan widget-widget aku berubah..sedih wo..haha identiti yang dulunya berwarna oren..kini warnanya lebih santai serta header yang baru..:) aku sangat kagum kepada beliau..siapalah yang tidak kenal beliau iaitu NISA KAY..sebenarnya aku suka sangat-sangat header baru aku..membuatkan aku lebih semangat untuk berblogging..hehe..kalau mahu header macam aku..jangan segan-segan tanya NISA KAY ok!!

Pada mulanya aku ingat sebagai gurauan apabila si dia ingin membuat header serta renovate blog aku..yelah..si dia pun lebih lama dalam dunia berblogging sedangkan..aku baru 3 bulan lebih dalam dunia blogging..macam langit dan bumi tuh..

Okeh ini gambar eksklusif punya..hehe..
ada gaya model tak..hehe..agak blur-blur sikit lah..sori ye..


Apa-apa pun thank a lot to NISA KAY again..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Friday, February 18, 2011

Perbezaan Youtube dan 1tube


Seperti yang kita ketahui YOUTUBE merupakan sebagai satu medan bagi penggemar-penggermar video untuk memasukkan video mereka..sedangkan aku juga tidak ketinggalan untuk melayari youtube untuk melihat pelbagai video..tak kiralah lagu ke, lawak ke..dan banyak lagi lah..sampai tak tertengok pun..


Lain pula bila dengar 1tube.my ni..ini merupakan salah satu produk keluaran anak tempatan Malaysia..laman web ini merupakan baru lagi di alam siber..jadi, aku tidak mahu ketinggalan ingin mempromosikannya kepada mata dunia..Wow!! ayat aku tak menahankan..haha..tapi memang best guna 1tube ni..dah lah produk keluaran Malaysia..haruslah kita sokongkan..

Perbezaannya

  • Di 1tube terdapat shoutbox..di youtube ade??
  • Buffer di 1tube lebih cepat ok
  • Video akan ditapis sebelum dikeluarkan
  • Produk keluaran Malaysia

Jangan lepaskan peluang..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Wednesday, February 16, 2011

Apabila Blogger Gian Untuk Main


Haha..tergelak bila aku tengok tajuk aku ni..bukan apa ujang @ azfar roslan merupakan musuh ketat dalam dunia blog aku..hehe..aku gurau jelah..beliau sangat peramah dan baik..tapi satu je aku tak suka..KUAT KENTUT dekat blog orang..haha..haa?? jangan tertipu dengan tajuk..dia ni memang gian main blog..hari-hari ade post baru..siapalah tak kenal dia ni kan..orang nye memang sempoi..muka smart-smart jugak lah..haha..(ayat jaga hati ni)..haha

Terima lah entri tak seberapa daripada aku..haha..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Untungnya Menjadi Seorang Blogger



Assalamualaikum..alhamdulillah aku masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate blog..mesti ade yang dah muak kan..aku asyik buat entri pasal gathering jer..tapi apa boleh buat..aku tulis je ape yang aku mahu..mari aku hendak cerita sedia..betapa untungnya menjadi seorang blogger:

  • Mengenali teman-teman seperjuangan baru tidak kira lama ataupun baru..(semua sama ok)
  • Gabungan idea orang baru dan idea orang lama (memang bernas)
  • Keakraban di antara blogger dapat dirasai walaupun baru kali pertama berjumpa
Kesimpulannya tidak perlu segan-segan bila di gathering..tegur-tegur ok..:)

Gathering ini telah diadakan di Extreme Park Shah Alam Seksyen 13..

Aku tak boleh nak update panjang sangat..mata dah macam mata panda..haha..

Gambar ni aku ambil dari Hisyam Creativeheart dan AtiqSalleh

dan sebelum meninggalkan blog aku..mari lihat video panas..haha




NEVER SAY NEVER..peace!!

Saturday, February 12, 2011

Gathering Melaka Hambar Ke?


Assalamualaikum..adakah aku GILA GATHERING??..di mana ada gathering, di situ ada aku..haha itu adalah tidak sama sekali..ini pun kebetulan aku balik ke Melaka disebabkan my friend mahu berkahwin..so, orang kata..sambil menyelam minum air..maka aku terjebaklah ke GATHERING MELAKA yang di anjurkan intan nurul fateha..memang terbaik jugak lah..penyertaannya tidak kurang hebatnya..alahai menggeletar badan aku semalam masa perkenalkan diri..yelah mana lah aku kenal siapa-siapa..kalau kenal pun hanya beberapa orang je..jangan terpedaya dengan tajuk ok..memang tidak hambar la..hehe..ok mari kita lihat gambar-gambar:



Team Sahabat Blogger yang menyertai gathering di Melaka


Erk?? kenapalah muka aku macam tuh..haha..masih sempat bergambar walaupun mesin boling dah meronta-ronta bila nak baling bola ni..hehe


Tuh dia..aku bersama Hizami@Budak Lelaki Sebelah Pintu, Daniel adie dan Hafiz..lama dah tidak berjumpa mereka semua..Hizami dan Daniel Adie adalah ex schoolmate aku semasa di sekolah menengah..


Inilah kemeriahan yang dapat dirasakan..haha aku tak nampak dah..


Bersama adik hingusan aku..haha..Amirah Bazilah


Berseluar pink adalah Intan nurul fateha dan Emieysandra


Kepada yang menganjurkan gathering..jangan segan-segan nak ajak aku ye..hehe..kepada yang aku tak sebut jangan lah berkecik hati..kamu semua masih sahabat aku..


NEVER SAY NEVER..peace!!

Friday, February 11, 2011

Kebetulan Mini Gathering Di Bukit Bintang Bersama 1tube.my


4 jejaka howt ke seksi??haha

Antaranya Aku@SR, Akmalhilmi, Andyhowtt, Kyerull Fresco


Tidak ketinggalan juga sempat berposing di tengah-tengah jalan Bukit Bintang

Mereka adalah Tia, Mia, Yuyu Lar dan DDfabolous..bukan fabolous cat ok??:)

And the last one..bergambar di A@W di Bukit Bintang

Mereka yang sporting adalah Andyhowtt, Akmalhilmi, Tia, Nisa Kay, Darkbatman dan Aku@SR..sebelah Darkbatman tuh..fight-fight tak badan..haha

Sebenarnya masa ni aku dan Nisa Kay terlewat sampai..disebabkan itu..aku tak shoot pun dengan 1tube.my..aku hanya bergambar bersama mereka..mereka memang tidak lokek dari segi ilmu dan jugak peramah..kepada mereka yang belum mendaftar dengan 1tube.my..silalah daftar..ianya lebih kurang macam youtube..tetapi ini adalah produk keluaran Malaysia..aku dengan bangganya lebih mengutamakan produk Malaysia..ye kan??ayuh!!Walaupun masa amat terhad..tetapi banyak info yang bermakna aku dapat..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Thursday, February 10, 2011

Valentine Day's Adalah Haram


Tanggal 14 Februari pasti ditunggu-tunggu oleh pasangan yang bercinta..namun bagi masyarakat Islam adalah dilarang sama sekali..pada zaman kejahilan aku..aku pun turut tidak ketinggalan menyambut " HARI KEKASIH " dalam bahasa melayunya..al-maklum lah konon-kononnya tengah hangat bercinta..semuanya nampak baik..sedangkan benda ini adalah haram..aku rasa ramai yang telah tahu..tetapi ada sesetengah mereka buat-buat tidak nampak dan hanya memandang sebelah mata..perkara ini bukan suatu yang remeh..

Mengikut sejarahnya..Valentine ini adalah nama seorang paderi yang telah dipenjarakan..namun pada suatu hari dia telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang merupakan anak pegawai penjara tersebut..Hubungan mereka tidak kesampaian apabila paderi tersebut telah dihukum mati..akibat daripada itu..lahirkan " Happy Valentine Day " bagi memperingati kisah cinta paderi ini bersama kekasihnya..

Di harapkan kepada umat Islam tidak perlulah mengagung-agungkan hari yang tidak mendatangkan faedah kepada kita..sekian..renungkanlah..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Wednesday, February 9, 2011

Buah Pisang Kaki Dari Israel?


Source: Yahoo images

Pisang kaki?? apa itu?? aku pun blur-blur bila dengan nama buah ni..pelik jugak..bentuk dah la tak sama dengan pisang..kemudian tambah pulak kaki..aik??tak nampak pulak kaki dekat buah dekat atas ni..hehe..macam-macam lah..nama buah zaman sekarang ni..aku pun diperkenalkan oleh emak aku pada tahun lepas..punya lah jakun bila aku dengar nama buah ini..

Tapi benarkah buah pisang kaki ini berasal dari Israel..sejauh mana kebenaran..aku tidak pastilah..berita ini aku dapat tahu daripada lecturer aku..dia menyatakan..pisang kaki hanya berasal dari Israel..terkejut jugak aku masa mendengarnya..agak-agak bila aku dah tau ni..aku nak makan lagi tak??jawapannya memang tak lah..haha..

Bagi aku nampak janggal jugak buah ni..rupa macam tomato pun ada jugakkan..rasa pisang kaki ni tidak lari daripada rasa epal sikit..tuh bagi pandangan aku lah..siapa yang belum mencuba buah dari Israel ni..cubalah..dan siapa yang anti-zionist tuh confirm-confirm takkan..hehe..sekadar berkongsi..

NEVER SAY NEVER..peace!!

BLOGLIST FAIZAL FREDLEY DOT COM


Aku berlari-lari nak join ni..haha..jom kita join..mari sini..

Tuesday, February 8, 2011

Aku Ditemurah oleh Paparazi


Aduh!! rasa darah gemuruh pulak bila ditemuramah oleh Nisa Kay..haha..maklum lah aku ni penyegan dan pemalu..mana biasa dengan media-media ni..hehe..Apa-apa pun layankan..hehe..

Mereka yang terlibat:

Ifwat
Farhan Kama
Shahrir Airel

Kenapalah Aku Dijadikan Manusia?? Mengapa Tidak Robot??


Sumber: Yahoo image

Apakah erti kehidupan sebagai manusia jikalau hidup tidak keruan..di manakah kepuasan menjadi sebagai seorang manusia..hampir setiap hari aku mendengarkan rintihan mengenai perangai manusia..apakah manusia tidak berakal..sanggup melakukan perbuatan yang sekejam ini..aku tak sanggup seorang ibu diperlakukan begini..

Usia kian ditelan masa..aku pikirkan..apakah perlu aku menjadi manusia..kadang-kadang..sanggupkah hari-hari mendengar rayuan seorang ibu yang tidak bersalah..aku tak nak mendengar semua itu..hati aku pedih bila mendengarnya..kenapalah aku harus dengar..Dulunya aku bayangkan kehidupan dewasa sangat aman dan damai..tetapi lain pula jadinya..lain yang ku harapkan..lain yang ku dapat..

Kan lebih baik aku menjadi seorang robot..tidak mempunyai perasaan atau pun jiwa..tidak tahu erti kepedihan yang di alami oleh hati..kan bagus..hanya diam tidak berkata-kata..bergerak bila disentuh oleh manusia..aduhai..apalah mahu jadi ni..menjadi manusia pasti merasai perasaan terluka..pedih yang sukar digambarkan..apatah lagi bermacam-macam ragam manusia yang harus di hadapi..

Memang sukar untuk kita ketahui apa yang berlaku..jadi hiduplah tanpa perasaan hasad dengki dan jangan lokek menyumbangkan senyuman..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Monday, February 7, 2011

Huish Terserempak Blogger Famous Kot?? Ke Aku Bermimpi


Alahai..cair aku dibuatnya bila berjumpa dengan Nisa Kay dan Echa..siapa sangka..aku tak rancang pun perjumpaan ni..hanya sekadar suka-suka meluangkan masa bersama blogger-blogger..kebetulan aku pun ingin ke S.Alam untuk lepak-lepak..jadi aku saja gatal-gatal post dekat Sahabat Blogger..haha..hasilnya aku berjumpa dua orang gadis di atas..hehe..memang syoklah layan diorang..siap sempat karaoke lagi..hehe..Apa-apa pun harap kita ketemu lagi ye..hehe..kalau yang rajin-rajin buat gathering..silalah jemput aku..haha..muka tak malu..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Jom join..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Sunday, February 6, 2011

Maria Elena Pujaan Hati??


Alahai..dah tebal seinci dah habuk dalam blog aku ni..disebabkan sibuk kenduri kendara..apa boleh buat..orang lain cuti duk shopping sana sini..update blog sampai dah tak terupdate..aku je terhegeh-hegeh baru nak update..aku mintak maaf banyak-banyak..nak melawat blog-blog korang semua pun tak sempat..maklum lah sibuk menguruskan perkahwinan abang saudara aku..selesai sudah..badan pun dah lunyai..hehe..

Do you know Maria Elena?? i guess u all must know her..adeh tak pandai lah nak speaking macam Maria Elena..hehe..Tajuk entri saja kasi gempak..adik aku yang sorang ni..memang minat sangat cara pemakaian tudung Maria Elena..aku pun tumpang minat jugak lah..video dia penuh dekat youtube..masa lapang..aku duk melayan videonya..macam-macam gelagat aku tengok..hehe..

Mari tengok bagaimana adik aku bergaya seperti Maria Elena..



Inilah adik aku yang ketiga..yang sekarang ni berada di tingkatan 4..haish..kecik-kecik dah pandai bergayakan..mengalahkan abang dia..huhu..tengok dia pun dah buat blog..hehe..bernama Amirah Wajihah..tengok!! gaya dah sama macam Maria Elena..haha..rupa pun ada kot mirip-mirip..hehe..aku pakai agak-agak je..ok lah..kalau yang pandai menggayakan..mesti cantik..hehe..singkat je entri ni..Mahu ketiduran..

NEVER SAY NEVER..peace!!


Wednesday, February 2, 2011

Ok!! Blog Akan Ambil Takhta Facebook


Isu facebook mahu ditutup memang tergempar seluruh dunia..mana tidaknya..facebook merupakan worldwide social networking yang amat famous amous..tetapi jangan risau blog bakal mengambil alih kedudukan facebook tidak lama lagi..kalaulah facebook ditakdirkan tutup 15 Mac 2011, aku rasakan tiada siapa yang tangisi pemergian facebook..kerana sudah ada penggantinya..cuma rasa terkilan je..Sahabat Blogger pergi buat selamanya..aku harapkan..jikalau facebook pergi..kemunculan www.sahabatblogger.com menggantikan group facebook..


WWW.BLOGGER.COM semakin menjadi pujaan terutama di kalangan rakyat Malaysia..ini memang terbukti..rata-rata rakyat di Malaysia mempunyai blog..tidak terkecuali seperti adik-adik aku..mereka jugak mempunyai blog..semakin hari semakin bertambah blogger di Malaysia..so teruskan..Kedua-dua laman web ini mempunyai kelebihan masing-masing..Sebelum itu..aku ingin memohon maaf kepada mereka yang jenguk blog aku..aku tak jenguk balik..masa agak kesempitan..huhu..selamat berblogging..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Yahoo!! Masuk Media Ni




Siapa mahu lihat aku di dalam video..aku berada di minit 7.05..hehe..last-last pun jadi lah..boleh klik sini..

SEGMEN SYOK SENDIRI - Jom bikin konsert !


Konsert :

Berikan nama tempat yang ingin anda adakan persembahan konsert itu

Genting Highland..hehe..baru fight-fight dengan artis antarabangsa

Harga tiket ?

RM20, RM50, RM 100..siapa cantik aku bagi free..kejam tak??hehe

Kata kata aluan untuk mereka yang datang menyaksikan konsert anda itu ..

Never Say Never..peace!!

Sasaran kehadiran penonton ..

100,000 orang..tamak ni..hehe

Gambar anda sedang beraksi... apa apa gambar pon boleh ..


Haa..amacam rawk tak??

Sediakan 10 buah lagu yang bakal anda dendangkan nanti.. Tajuk lagu dan penyanyi asal .. Kenapa pilih lagu tersebut ..

  • Coba-Faizal Tahir-Irama lagu ini memang sedap
  • Sampai Syurga-Faizal Tahir-Lagu wajib semasa karaoke
  • Visa-Untukmu Selamanya-Muzik yang sangat best
  • Hanya Padamu- Qiara-Lagu jiwang kasi perempuan cair..hehe
  • Lagu Ku Untukmu-Hasnol-Menenangkan jiwa aku
  • Hanya Ingin Kau Tahu-Republik Band-Lagu kesukaan ramai orang..hehe
  • Ku Ingin Kamu-Romance Band-Alunan muzik yang mengusik jiwa
  • Mahakarya Cinta-Faizal Tahir-Lirik dia yang mendalam..
  • Kau Pergi Jua-Adam Ahmad-Ketika sedih aku nyanyi lagu ni..
  • Romantis-Spring-Mengembalikan kenangan silam
  • Takdir dan Waktu-Mega-Layan gila lagu ni..

Penyanyi dalam negara yang ingin anda jemput .. Luar negara pon.. Seorang dalam negara ,seorang luar negara ..

Dalam negara: Faizal Tahir
Luar negara: Taylor Swift

Lagu penutup ... Kenapa lagu itu menjadi pilihan anda ..

Sampai syurga kerana..aku memang dah hustler lagu ni.konfirm tak terkucil..hehe..

Kata kata penutup buat mereka ( penonton )

Kepada peminat-peminat di luar sana..kepada yang ingin menghubungi Syafiq Rosli@ SR silalah add di facebook dan jugak blog..hehe

Apakah yang ingin anda lakukan dengan duit kutipan konsert itu ?

Pergi dating dengan Heliza..sshh..taknak gosip ni..hehe

NEVER SAY NEVER..peace!!

Tuesday, February 1, 2011

Adess!! Boleh Terima Ke Lelaki Dan Beg Tangan??


Sumber: Yahoo images

Haish..betul ke tajuk entri aku ni..ke aku salah tulis..adakah korang yakin lelaki yang berbeg tangan ini sesuai dengan gayanya??..kebiasaanya hanya perempuan yang menggayakannya..itupun tidak semua..ada yang jenis bawa wallet pun ada..ikut kesenangan masing-masing lah..habis cerita..

Berbalik mengenai isu aku ni..aku pernah terserempak dengan Awal Ashaari sambil membawa beg tangan..adeh!! mula-mula aku terkejut jugak..betul ke apa yang aku nampak ni..lepas perhatikan betul-betul..memang sah..dia membawanya..Terdiam aku sebentar..Rupa-rupanya lelaki macho macam dia pun membawa beg tangan..adakah aku akan mengikut jejaknya?? oh tidak..jauh sekali agaknya..

Bayangkan bila ramai lelaki di luar sana memakai beg tangan..waduh-waduh.sudah tidak nampak perbezaan lelaki ataupun perempuan..hehe..maybe dengan membawa beg tangan lebih maskulin agaknya..hehe..kalau macam perempuan aku akui lah..pelbagai barang dalam beg tangannya..hehe banyak sangat kalau aku nak sebutkan ni..Apa-apapun mereka dengan gaya mereka tersendiri..aku hanya boleh memerhati dan berikan pendapat..:)Awal Ashaari jangan marah ye..

NEVER SAY NEVER..peace!!

Suatu Hari Nanti Pasti Blogger-Blogger Memenuhi Ruangan Media

Siapa sangka dengan hanya berbekalkan laptop dan mempunyai keinginan untuk menaip..mereka-mereka seperti:




telah mencipta nama dengan gayanya tersendiri..aku dapat rasanya TSU " BLOG " akan melanda di kalangan rakyat Malaysia..percayalah..hampir setiap masa..aku saksikan kelahiran blog..tahniah buat mereka yang melahirkan blog..anda tidak memilih jalan yang salah..jika niat kita untuk berblogging adalah tulus dan suci..tidak mustahil..kita juga akan menjadi seperti mereka..

Tetapi dalam blogging bukan lah populariti yang kita kejarkan..persahabatan dalam dunia blog adalah lebih bermakna buat kita semua..aku sudah dapat rasakan kepuasan berblogging bila menghadirkan diri ke GATHERING SAHABAT BLOGGER ahad lepas..walaupun perjumpaan kami amat singkat..namun setiap saat amat bermakna buat aku..aku amat hargai..

Populariti hanya sebahagian dalam blog..jadi sesiapa yang dipilih merupakan rezeki masing-masing..hehe..bukan senangkan nak dapat pelawaan daripada mana-mana media..okeh!! itu sahaja..selamat berblogging..

NEVER SAY NEVER..peace!!