Friday, August 26, 2011

Pembelian Queen Park Rangers Memberi Ruang Pada Pemain Bola Sepak Malaysia



Source: Google

Pembelian yang dilakukan ke atas Queen Park Rangers oleh Tan Sri Tony Fernandes merupakan satu pembelian yang berbaloi..Ini kerana walaupun QPR merupakan sebuah kelab yang baru menyertai Liga Perdana Inggeris tapi tidak bermakna mereka tidak mampu menggugat pasukan lain..namun begitu, ini merupakan peluang keemasaan pemain bola sepak Malaysia untuk menyertai QPR..Pemain2 yang aku harapkan dapat menyertai QPR ialah: 


Khairul Fahmi Che Mat
Penjaga Gol

Safee Sali
Penyerang

Safiq Rahim
Pemain Tengah

Mereka bertiga mempunyai kelebihan tersendiri..lihatlah dalam setiap perlawanan mereka pasti mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan..aku yakin suatu hari nanti..impian pemain tempatan kita untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris pasti tercapai..mungkin mereka boleh mengambil strategi2 pasukan luar untuk diserapkan ke Pasukan Malaysia..jangan padamkan semangat untuk sokong PASUKAN HARIMAU MALAYA!!

mood: cintakan negara

Wednesday, August 24, 2011

Masih Relevankah Spontaneous Thursday??

Hari demi hari bilangan blogger bertambah..pelbagai idea dan info2 terkini disampaikan dengan cara tersendiri..ada yang merasakan Spontaneous Thursday yang dicipta seperti blogger yang kehabisan idea..bagi aku dalam dunia blogging kita harus pelbagaikan bak kata lain mewarnainya dengan segmen2, contest, dan banyak lagi..itu semua bergantung kepada diri sendiri..tidak perlu membabitkan orang lain..

Pastinya blogger2 terdiri daripada pelbagai peringkat umur..jadi, tak ada masalahnya kita membuat pelbagai cara untuk meriahkan lagi dunia blogging..andai kata mereka yang tidak suka dengan segmen, contest, WW dan ST..aku harap korang bawalah hala tuju korang tidak perlu nak menghentam sana ini..blog adalah tempat bebas untuk bersuara..benda2 ini semua bukan bermakna aku dan yang lain kehabisan idea..tidak sama sekali..cuma mencari kelainan saja..korang harus faham itu..


Andai kata tidak relevan, kenapa masih ramai yang mengikutinya..come on lah..kita blogger sepatutnya harus menyokong antara satu sama lain..tegur kalau salah..tapi biarlah dengan cara yang betul..aku bersyukur sangat kepada blogger yang telah menyertai ST ni..terima tidak terhingga kepada anda semua..harap dapat meneruskan lagi kemeriahan ST..biarkan ia terus berkembang..abaikan anasir2 luar..selamat berblogging dengan ikhlas..

mood: tak cukup tidur




Tuesday, August 23, 2011

Sunday, August 21, 2011

Lagu - Lagu Membuatkan Aku Jatuh Hati

Orang kata lagu2 yang didengarkan merupakan penyeri hidup..tak pun menceriakan suasana..kadang kala lagu2 ini semua boleh dikaitkan dengan perasaan seseorang..bagi aku..pemilihan lagu biasannya mengikut mood masing2..di kala sedih, suka dan sebagainya..antara lagu2 yang menambat hati aku:

Zivilia - Aisheteru

Ungu - Percaya Padaku

Elkasih - Kau Tigakan Cintaku

Stacy - Kisah Dongeng

Asfan - Terhenti Di Sini

Repuvlik Band - Hanya Ingin Kau Tahu

Faizal Tahir - Sampai Syurga

ST12 - Saat Terakhir

Sabhi Saddi/Helena - Tanpamu

Hazama - Cinta Teragung

Anuar Zain - Mungkin

Lagu yang aku senaraikan ini memang menusuk kalbu lirik2 dia..bukan nak kata aku jiwang ke apa..aku pun manusia kan..ada perasaan..muka gangster macam mana pun..tapi sikap perikemanusiaan pasti ada..apa2 pun..korang cuba lah layan lagu ni..sedap didengar dan dihayati..chow

mood: selamat hari raya

Friday, August 19, 2011

Perempuan Belajar Tinggi-tingi Pun Akhirnya Ke Dapur Juga

Aku rasa kalau "statement" ini bila didengari oleh wanita2..sudah pasti mereka akan terasa atau erti kata lain marah..huhu..yela2 kalau aku dengar pun..walaupun dalam nada yang sinis..sudah tentu aku terasa..aku dengar "statement" ni pun dari sebuah petikan drama..aku tak berapa ingatlah..bukan semua orang boleh menerima kenyataan macam ni kan..masing2 mempunyai perasaan yang berbeza..

Maksud "statement" di sini..biarpun wanita ada mempunyai kerjaya yang cukup sempurna..tetapi pekerjaan hakiki mereka mesti ke dapur jugak kan..bagi aku..memang sudah sejak azali lagi memang tugas wanita di dapur kan..tapi "statement" seperti di atas tidak perlulah kan..dah memang tanggungjawab isteri untuk menyediakan makanan untuk si suami..yelah yang laki2 ada tugasnya yang lain..

Apa2 pun..korang janganlah keluarkan "statement" ni dekat pasangan korang ok..kena jaga hati mereka..mereka juga ada perasaan seperti kita..renungkan..

mood: besok cuti

Thursday, August 18, 2011

Isu Agama Semakin Menjadi - Jadi

Aku terpanggil untuk mengutarakan isu agama lebih2 lagi mengenai agama kristian yang menular dalam kalangan umat islam..sebagai contoh yang berlaku di Jalan Klang Lama..siapa sangka sebuah pusat tuisyen yang diberi percuma sebenarnya memberikan ajaran kristian pada kanak2 Islam..aku agak terkejut mendengar berita tuh..ada pihak sanggup mengambil kesempatan mempergunakan murid darjah 1 sebagai mangsa keadaan untuk mempelajari lagu2 gereja..jesus christ..dan macam2 lagi..

Aku bukan nak kecam mana2 agama..memang kita hidup ni satu Malaysia..tetapi masing2 ade kebebasan kan..kenapa perlu libatkan orang lain..ikut lah agama yang sedia ada..tidak perlu untuk mempengaruhi orang lain kan..bukan apa..yang bijaknya mereka mempengaruhi kanak2 yang baru belajar melihat dunia..mereka tuh ibarat kain yang suci..hanya perlu dicorakkan dengan jalan yang lurus..jika tersilap langkah mereka akan turuti apa yang mereka belajar sejak dari mula..

Peranan ibu bapa jugak penting dalam hal ini..mereka harus senantiasa memantau apa yang berlaku...aku harapkan perkara sebegini tidak berlaku..jabatan agama islam dan pihak kerajaan harus memandang serius tentang perkara ini..andau aku ada silap..minta tegur ok..ini hanya untuk renungan bersama..chow

mood: macam2 berlaku sekarang

Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #1- Raya


Wordless Wednesday merupakan hari tanpa kata..hanya gambar yang mengisahkan cerita kita..

mood: Raya

Tuesday, August 16, 2011

Kisah Dongeng

Bagi aku setiap orang sudah pasti pernah mendengar " KISAH DONGENG " yang diceritakan oleh nenek moyang masing2 kan..sebenarnya kisah dongeng ni hanya penyedap cerita kan..orang kata tokok tambah dalam jalan penceritaan..tapi sebenarnya bukan aku nak cerita pada korang apa itu " Kisah Dongeng "?..yang aku ingin sampai kan..lagu yang telah dinyanyikan oleh Stacy yang bertajuk " KISAH DONGENG "..

Rasa aku korang mesti pernah dengar lagu ni..aku bukan tertarik pada tajuknye ke apa..tapi setiap lirik yang dinyanyikan mempunyai maksud yang tersendiri..aku pun agak pelik di sini..macam mana aku boleh tertarik dengan lagu sedemikian rupa..ada juga orang cakap aku jiwang nanti..hehe..tapi apa salahnya kan..aku juga mempunyai perasaan seperti orang lain..so, tak kisahlah kan..

Apa2 pun aku harapkan..sebelum bercinta..kita harus bersedia sepenuhnya untuk menghadapai pelbagai rintangan..sebab apa aku cakap macam ni?? bila berlaku sesuatu..pasti ada yang bunuh diri lah..minum racun lah..macam2 lah..ini semua kehendak hati masing2 kan..aku harap sedikit sebanyak yang aku cakap kan ni..dapat memberi sedikit impak kepada korang..adios amigos..

mood: puasa penuh

Thursday, August 11, 2011

Spontaneous Thursday #1- Chillax

Walaupun Kita Di Alami Masalah, Tapi Senyum Itu Perlu



Group ST

mood: dahagakan air tebu..hehe

Tuesday, August 9, 2011

" Biggest Loser " Memotivasikan Diri Aku

Siapa yang tidak tahu kan..rancangan " BIGGEST LOSER " memang terkenal..yela rancangan ini daripada seseorang berbadan besar boleh menjadi kurus dan cantik seperti sediakala..tapi aku menonton rancangan ini bukan lah untuk aku menjadi kurus..tetapi aku jadikan semangat peserta2 yang menyertai rancangan ini untuk memotivasikan diri aku..

Sebagai contoh semangat yang ditonjolkan oleh peserta berlumba2 untuk menjadi kurus..jadi dari situlah kita boleh ambil sebagai titik permulaan..aku jadikan semangat mereka untuk aplikasikan dalam kehidupan seharian aku..ini bermakna untuk mendapatkan sesuatu..kita perlu daya usaha yang tinggi dan jangan cepat lemah semangat..di sini kita boleh selitkan dalam aktiviti berblogging..untuk mencapai kejayaan..kita jangan cepat putus asa..kerana orang yang berputus asa adalah orang yang lemah..chow

mood: membara




Monday, August 8, 2011

Terima Kasih Yana Samsudin


Wow..dah dua hari aku tak buka blog aku..tak sangka Cik Yana Samsudin..oppss cik lagi kan..hehe kalau tak silap..agak teruja aku bila Yana Samsudin datang ke blog aku sambil follow lagi..thank a lot Yana..panggil aku SR lagi tuh..hehe malu jap..haha nampak gedik di situ..

Jadi, boleh jugak aku kerek dekat musuh ketat aku..Ujang..siapalah yang tak kenal kan..hehe..maklumlah dia tuh dah jadi artis blogger sekarang..hehe..tahniah buat dia..follower pun dah mantap orang kata..Ok aku tak nak cerita pasal si Ujang ni..baik aku cerita pasal Yana..hehe..muka dia comel..paling aku minat dia ada gigi rabbit kot..cair wo..hehe..bukan nak bodek tau..ikhlas ni..:)

Apa2 pun..ramai jugak artis kita yang ada blog ni..salah seorang si Yana ni..lakonan dia pun mantapkan..moga2 dia berjaya di dalam bidang seni yang dia ceburinya..sekarang ini aku tak sabar nak tengok Bini-biniku Gengster..lawak je trailer dia..hehe..kalau lah betul2 ada..alamatnya tak kahwin la aku..hehe...chow

mood: jakun



Wednesday, August 3, 2011

Spontaneous Thursday #1- Kesabaran


 Sabar itu perlu dalam kehidupan




mood: chill

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

Dalam sedar tak sedar da berpuasa kita kan..huhu lama benar rasanya tidak mengadap blog..terima kasih jugak kepada yang bertanyakan kepada aku.." mana menghilang " hehe..aku tak hilang pun cuma aku banyak luangkan masa pada aktiviti luar dan kesibukan bekerja..huhu..


Apa2 pun aku nak ucapkan kepada korang semua..SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN..harap semua dapat puasa penuh ye..kalau yang dekat dengan rumah aku..mari lah datang..tak jauh pun..Melaka je..:)


Kedatangan korang semua dialu2 kan tau..pintu sentiasa terbuka..sempena menyambut bulan yang mulia ini..aku ingin memohon maaf kepada korang semua..yelah biasanya orang cakap masa raya je kita bermaafaan..bagi aku tak juga..kalau boleh sebelum tidur..kita perlu minta maaf dekat semua orang andai kata kita sengaja atau tidak sengaja melukakan hati seseorang..kita tidak tahu kan..

Aku harap bulan yang mulia ini amat bermakna bagi aku dan korang semua..untuk pengetahuan ini merupakan tahun pertama aku menjadi blogger semasa bulan Ramadhan..:) teruskan blogging..puasa jangan tak puasa..hehe

mood: Tak pernah ponteng puasa