Thursday, November 15, 2012

Perkahwinan Di Usia Muda

Dalam arus permodenan yang terus melanda negara kita, masyarakat kita tidak lagi jauh ketinggalan dengan negara-negara yang maju..tapi dalam kesibukan itu..masyarakat kita lebih gemar untuk berkahwin di usia muda..





Sumber: Google

Tidak salah untuk berkahwin di usia muda..malah digalakkan lagi untuk mempercepatkan lagi untuk mendirikan tiang masjid..tetapi kita sebagai kaum lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar setelah mendirikan rumah tangga..begitu juga aku..aku teringin berkahwin di usia muda..tetapi aku masih belum bersedia sepenuhnya..

Perkahwinan di usia muda juga dapat mengelakkan maksiat yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini..di situ sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes pembuangan bayi yang kerap berlaku akhir-akhir ini..dulu kita pernah lihat di berita lelaki pada umur 16 tahun sudah berkahwin dan isterinya berumur 14 tahun..bagi aku memang terlalu awal berkahwin di usia ini..

Seelok2 nya biarlah pada umur 20 an kita berkahwin..dan mendalami ilmu perkahwinan yang secukupnya..kita tidak mahu kes penceraian yang sering berlaku di Malaysia..jadi umur untuk berkahwin ini terpulang pada diri masing-masing..jika kita sudah bersedia..jangan tunggu lagi..ayuh kita berkahwin..hehe..

mood: peace..