Wednesday, March 2, 2011

Cinta Kristal

Sekian lama aku tak berkata tentang cinta..kali ini aku hadir dengan " CINTA KRISTAL "..kebiasaannya dikaitkan dengan lagu yang dinyanyikan oleh Rahim Maarof..adakah cinta ibarat kristal..apabila ia jatuh..hancur berderai..tetapi aku yakin..seandainya sesebuah pasangan mempunyai ikatan tulus dan suci..ia umpama satu ikatan yang kukuh dan sukar dipisahkan..cuma kematian hanya dapat memisahkan kita..

Mungkinkah cinta kristal itu melambangkan kerapuhan cinta seseorang itu kepada kekasihnya..masing-masing mempunyai pandangan tersendiri..jadi bila sudah bercinta..jangan lah sesekali menghampakan pasangan korang..nasihat ini tidak terkecuali untuk aku..memang kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan..tipulah manusia itu sempurna..kerana kesempurnaan hanya boleh dicapai oleh nabi-nabi kita..

Ingatlah hidup ini terlalu singkat..tiada gunanya melukakan hati seseorang..aku bukan lah seorang pakar cinta tetapi berdasarkan pengalaman yang aku ada..aku boleh berkongsi dengan korang semua..jangan jadi kan cinta itu sebagai sebuah cinta yang kristal..jadi kan sebuah cinta seperti intan..yang mempunyai kekukuhan dan kekuatan yang tinggi..:)

NEVER SAY NEVER..peace!!

Bahana Kahwin Muda

Kahwin oh kahwin..bila disebut-sebut pasti nafsu keinginan untuk berkahwin pada setiap orang membuak-buak..jangan tipulah kan..lagi-lagi perempuan..opss..aku tak cakap..orang lain yang duk habaq kat aku..haha..perkahwinan memang merupakan sebuah majlis yang indah..tetapi acapkali sering disalahgunakan masyarakat zaman sekarang..

Cuba kita lihat..kes-kes penceraian yang berlaku di negara kita..tak silap aku..berlambak-lambak kot..malas je aku nak buat statistik..lihat pada mata kasar pun kita dah boleh agak..berapa ramai yang bercerai..okeh isu kahwin muda ni lain pulak ceritanya..sebenarnya majlis-majlis perkahwinan yang kita hadir..tak semudah yang di sangka..

Memang ada yang mengatakan kahwin muda menjanji kehidupan yang manis di masa muda..tetapi bahagiakah mereka..pelbagai persoalan boleh ditimbulkan..ada sumber jugak menyatakan..perkahwinan muda kadang-kadang tidak menjamin bahawa mereka boleh kekal..kerana kematangannya belum sampai pada tahapnya..yela darah muda..mereka jugak masih inginkan keseronokan dan kebebasan yang belum di kecapi..jadi sebelum sampai ke jinjang pelamin..fikirlah masak-masak sebelum melaksanakannya..

NEVER SAY NEVER..peace!!