Sunday, May 15, 2011

Jangan Malu Jangan Segan

Kita sebagai manusia..hidup di muka bumi ini saling bergantungan..contohnya lelaki perlukan perempuan..untuk dijadikan isteri..perempuan pula perlukan lelaki untuk dijadikan suami..aku bagi contoh yang mudah je..tak perlu yang complicated kan..bukan ape..memudahkan korang jugak..untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan..

Dalam istilah sains kalau aku tak silap dipanggil komensalisme iaitu bergantungan..dalam dunia blogging kita jugak saling perlu memerlukan..macam aku..aku memerlukan tunjuk ajar blogger2 yang lebih lama dalam bidang ini..banyak ilmu yang aku dapat dalam blogging ni..pada asalnya aku memang buta IT..thank kepada mereka semua..tanpa mereka tak tahulah apa akan berlaku pada blog aku..

Kehadiran blogger2 baru..bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan..biasanya orang panggil blogger newbie..atau kata nama lainnya blogger baru..suatu ketika aku jugak pernah berada di tempat korang..aku meronta2 meminta bantuan..jadi tidak salah untuk kita minta pendapat atau pun tunjuk ajar kepada blogger2 yang lebih arif daripada kita..korang jangan risau..semua blogger adalah baik2 dan tidak kedekut ilmu..aku tak tipu..sebab aku sudah merasainya..kiranya blogger boleh diiktiraf sebagai pendidik jugak lah kan..hehe..

Selamat hari cikgu blogger..eh2 macam tak kena je..tapi aku nak wish jugak lah..kepada mereka yang pernah memberi tunjuk ajar pada aku..terima kasih sangat..sebelum terlupa..selamat hari guru..buat guru2 aku yang pernah mendidik aku hingga ke tahap yang boleh dibanggakan..THANK A LOT..

mood: ehem2

I Luv Blog


Yeah..sebenarnya lama dah nak promot satu tempat ping ni..namanya ILUVBLOG..bagi blogger yang belum tahu..korang boleh ping dekat sini..rajin2 lah ping dan promot dekat blogger lain ye..

Klik sini untuk ke page ILUVBLOG..

mood: selamat mencuba

Tak Habis-Habis Isu Mat Rempit


Sumber: Google

Mat Rempit?? Samseng Jalanan?? Tak habis2 nak buat hal ke..tengok dekat berita tadi..asyik2 pasal Mat Rempit..adoyai..dah lah cuaca tengah panas ni der..mahu bikin hati gua panas pulak..tengok punya bengang lah aku ni..dah terkeluar gua pun..bukan apa..aku tak puas hati mereka2 ni yang boleh digelarkan beruk..membuat kacau tak tentu hala..

Paling aku kesian budak tahun 5 yang kena langgar tuh..budak kecil tuh tak bersalah pun..nak kata takde otak..sama jenis macam aku..bila kes Mat Rempit ni nak selesai..macam mereka je main motor..aku pun dulu main motor jugak..tapi takde lah nak bunuh anak orang..sangat tak bermoral..

Aku harapkan JPJ dan Polis dapat memainkan peranan yang penting..kalau boleh hari2 buat road block..tangkap budak2 yang banyak buat masalah ni kan..tak lupa jugak peranan keluarga dalam menyelesaikan masalah ini..anak2 perlu dididik dengan betul supaya bila besar nanti..takde lah menyusahkan negara..

Paling aku tak boleh terima masa poling temuramah budak2 basikal tuh..selamba je budak tuh jawab..mahu pelempang je aku..kalau lah aku jadi abang dia..memang cukup2 aku bagi punya..kasi sedar sikit..dah lah keluar malam..siap isap rokok lagi..entahlah..apa nak jadi budak2 sekarang ni..nak salahkan 100% budak tuh pun tak boleh jugak..ni semua tanggungjawab keluarga..beringatlah..harap2 perkara sebegini tidak berlaku kepada keluarga kita..

mood: bilalah nak selesai