Malam semua..apa yang kita dapat lihat dalam dunia blog..tak semuanya indah..walaupun kita masuk dalam sesebuah blog..blognya bertemakan warna warni..tapi pada realitinya dunia blog penuh dengan pelbagai misteri..cuma kita yang mencorakkannya sendiri..hanya kita yang dapat menentukan segalanya..bagi aku mungkin aku belum berhak untuk berkongsi tentang kejayaan sebagai seorang blogger..
Follower yang ramai tidak menjamin apa2..yang penting follower yang setia sukar untuk kita perolehi..yelah nak kekalkan follower yang setia bukan mudah..kadang2 blog kita jugak mempunyai silent reader..kita tak kan dapat jejak siapa silent reader kita..aku tak kisah pun siapa yang datang blog aku..aku rasa terharu sangat..mula2 aku buat blog dulu..aku tak pernah expect macam ni..blog aku hanyalah sebuah blog universal..cacamarba lah orang katakan..
Perkara yang penting..kita jangan sombong dengan followers kita..perlu jaga hati mereka..harus ingat itu..cuba lah korang sombong dengan followers..aku jamin memang mereka tak datang dah ke blog kita..jadi..haruslah pandai pikat followers kita kan..kemudian, dulunya aku bermula blog dengan sangat aktif..masa mula2 aku buat blog..aku akan update 10 entri sehari..tak kiralah orang nak kata apa kan..nak berjaya haruslah rajinkan..
Blogwalking pun memainkan peranan yang penting untuk kita berjaya..dulu aku pernah ambil masa sekurang2 nya 2 jam untuk blogwalking..memang jenuh lah duduk depan laptop..tapi nak berjayakan..perlukan usaha yang gigih..tapi jangan lupa solat pulak ye..itu lebih wajib..hehe..kalau dah blogwalking tuh..jangan malas2 ye nak tinggalkan komen..daripada situ, kita dapat memperkenalkan blog kita kan..
Perkataan yang biasa aku dengar " kalau nak berjaya, kita haruslah mendampingi dengan orang2 yang berjaya " kita boleh timba ilmu daripada blogger2 yang telah berjaya..belajar dengan mereka..aku yakin..mereka semua ok..tapi jangan lah korang buat andai pulak kan..bila tak balas komen ke??mesej ke?? tiba2 dah di cop sombong..tak boleh macam tuh..manalah tahu..mereka ada komitmen yang lebih penting kan..
Apa2 pun..semangat dalam diri jugak penting untuk kita berjaya hingga ke puncak..ini semua berdasarkan pengalaman aku semenjak aku berblogging..senang kan?? selamat beramal..
mood:tengok2 nota