Salam2 hari aku rasa bertuah sekali..aku cek nuffnang tad..tiba2 aku tengok nuffnang da bagi aku dua kempen..yeah..kata lainye BE..hehe..tak ku sangka tak ku duga..Aku ingat nak share pic dlm ni..tapi aku tak reti la..maklum la buta IT ni..haha..akhirnya hubungan aku dengan nuffnang direstui..haha..i like..Aku akan usaha kan lagi..yeah..NEVER SAY NEVER.peace!!
Sunday, December 5, 2010
Aku Masih Dara..
Salam, dengar tajuk je mesti pasti korang terpikir-pikir kan..xkan la aku dara lak..aku masih teruna..hehe..bukan apa tadi aku terperasan dekat DIVA @ 1 cakap pasal filem ni..tuh yang tangan rasa gatal je nak tulis pasal ni..
Pinjam jap dari yahoo images..gambar agak kabur skit..huhu..
Pelakon-pelakonnya:
DIANA AMIR
RAJA FARAH
LIYANA
FARID KAMIL
ASHRAF MUSLIM
Kalau tak silap aku tadi, AHMAD IDHAM mahu mengetengahkan masalah keruntuhan akhlak yang berlelusa di zaman sekarang..untuk tau lebih lanjut klik sini..NEVER SAY NEVER..peace!!
Contest Cerpen Sesedap Rasa
Salam..hari ni aku rasa nak bercerita pulak kan..hehe that's why aku join contest..cam ne la gaya aku tulis cerpen ni kan..:)..kalau anda semua mahu mereka cerpen sendiri..mai2 klik sini..
Mari2 aku nak mula cerita da ni..
Di tengah kesibukan bandar, tinggalnya seorang gadis yang peramah, bersusuk tubuh kecil dan kulitnya yang sawo matang. Namanya diberi Lia oleh keluarganya. Lia merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Walaupun pun bertubuh kecil, Lia mempunyai habitat iaitu bayangkan satu hari 3 pinggan boleh dihabiskannya. Apa yang pelik tentang Lia ini, kalau boleh hari-hari dia inginkan ayam goreng. Maka, terpaksa hari-hari mak dia pergi ke pasar membeli ayam. Mak Lia pernah berkata" Lia kau ni asyik makan ayam je kan, macam ni engkau tinggal dekat reban je la". Lia hanya tersengih mendengarkan sinis maknya.
Pada suatu hari, waktu Lia tengah khusyuk makan, tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lia tersedak dan berkata " Alahai telefon aku nak makan pun kau kacau ye". Lia menerima mesej pesanan ringkas dariapada kawannya yang mahu kredit daripada Lia. Di situ Lia berasa hairan, " huh! kata anak orang kaya, kredit pun nak minta kat aku ye". Lia tergelak seketika, namun dia tidak pernah menghampakan kawannya. Jadi dia pun layan kerenah kawannya.
Di waktu petang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sedang Lia berjalan-jalan melihat keindahan alam, tiba-tiba sebuah teksi yang meluru laju dari jauh. Lia terkesima seketika " Eh, gila ke apa pemandu teksi ni bawa laju", dengan nada yang marah. Kebetulan pula lalu seekor kucing untuk melintas jalan secara tidak tentu hala, " mabuk ke kucing ni?" Lia tergelak besar di situ. Nasib masih menyebelahi kucing tersebut, apabila pemandu teksi sempat menekan brek emergency. Lia terperanjat sambil berkata " wah, KL DRIFT ke ni? mujurlah kucing tu selamat".
Di dalam perjalanan pulangnya, tiba-tiba Lia ternampak lelaki seakan-akan SYAFIQ ROSLI. Lia berkata" aku di dalam syurga ke ni, tidak pernah aku nampak lelaki hensem macam tuh". Hati Lia mula berbunga-bunga dan mula berangan hingga ke awang-awangan. Malang tidak berbau, tiba-tiba Lia terasa gegaran yang sungguh kuat sehinggakan jejaka yang dilihatnya tadi kabur dari penglihatan. Rupa-rupanya Lia dikejut oleh ibunya kerana Lia terlewat pergi ke sekolah..Tamat
NEVER SAY NEVER..peace!!
Tag:
Apa Ade dengan Bloglarian @ BlogWalking..
Bloglarian adalah satu cara untuk kita blogwalking dengan cara mudah..nak tau lebih..bayar la..hehe..gurau aje..klik sini ok!!
Ni jugak salah satu nak up kan traffic kita..so, don't miss ya..
"Saya suka berblogwalking kerana aku suka mencari kawan2 baru serta dari situ aku jugak dapat info2 yang menarik..dan info2 yang up to date..dengan berblogwalking aku jugak dapat mengasah lagi bakat aku dalam penulisan..ade bakat ke??haha..tapi xpe la aku cakap memang xrugi apa2 pun..so jom ramai join Bloglarian ye..
Rakan2 yang bertuah:
Done.NEVER SAY NEVER..peace!!
Sup Ketam Penawar Denggi?
Salam..kali ni aku nak bagi tips tentang kesihatan pulak la..bleh gitu?..hehe..takpe2 benda2 yang baik tak elok disimpan sampai jadi perkasam..Ok2 aku straight forward je..aku penah terkena denggi semasa aku diploma..huish sakitnye hanya tuhan je yang tau..aku menginap selama 4 ari 3 malam..memang package la disitu..tak dinafikan teramat la bosan duduk wad ni..tapi aku bernasib bek ditemani nurse2 praktikal..so xde la bosan sgt..hehe..bayangkan darah aku diambil setiap 6 jam untuk diuji..serta 23 beg air telah dimasukkan ke dalam badan aku..terseksa sggh..tapi apa boleh buat da takdir aku..huhu
Namun, pada satu hari ada makcik sebelah katil aku ni..suami dye kena denggi jugak..dye cakap kat aku.." NAK KALAU NAK CEPAT BAIK MINUM SUP KETAM NI"..aku pun terpikir mungkin betol jugak cakap makcik ni..dya pun bagi sikit sup ketam dya kat aku..huhu..agak segan jugak la di situ..da la dya ade anak dara..hehe..ke situ plak aku kan..tuk pengetahuan korang sup ketam dapat meningkatkan tekanan darah yang rendah..so just try it..NEVER SAY NEVER..peace!!
Ben Ashaari Bagi Aku Peluang??
Salam to all readers and followers..aku ade masuk segmen ANDAI AKU yang dianjurkan oleh Ben Ashaari..kalau korang da baca segmen aku..korang boleh la undi dengan meninggalkan komen macam ni.." undi no. 4 dan mengapa korang undi aku..simple kan..boleh klik di entri ni..dan Ben Ashaari telah mengadakan contest tuk menjadi pengarah filem di alam maya..huhu..aku terkejut jugak dapat tersenarai dlm top 20 ni..hope korang undi ye..thank a lot..NEVER SAY NEVER..Peace!!
Blog Baru Pilihan Malaysia
Salam ceria dari aku..hye2..aku yakin mesti korang suma penah dengar BLOG PILIHAN MALAYSIA kan..so, mari kita ramai2 kan..just klik..Firsti entri aku boleh lihat di sini..Aku mencabar diri aku sendiri tuk join pemilihan ni..korang pun jangan malu2 ye nak tayangkan blog korang pada public..kata orang TAK SALAHKAN MENCUBAKAN..yeah..aku memotivasikan diri aku dengan tagline NEVER SAY NEVER..jadi aku bersemangat untuk menjadi blogger tegar dan share info2 yang menarik dan terus berblogging..HIDUP MATI AKU DENGAN BLOG JE!!aku rasa memang tak rugi menyelami dunia blog ni..
Aku baru je dalam dunia blog ni..aku berasa terharu dengan respon yang di beri oleh followers and readers..thank ya..jika ada kata2 aku menyebabkan orang lain terasa..aku mintak maaf sgt..xsalah kan kalau menegur..kita sahut kritikan itu tuk jadi lebih baik..itu saja dari aku..NEVER SAY NEVER..peace!!
Aku baru je dalam dunia blog ni..aku berasa terharu dengan respon yang di beri oleh followers and readers..thank ya..jika ada kata2 aku menyebabkan orang lain terasa..aku mintak maaf sgt..xsalah kan kalau menegur..kita sahut kritikan itu tuk jadi lebih baik..itu saja dari aku..NEVER SAY NEVER..peace!!
Andai Aku
Nyatakan pengarah filem Malaysia dan luar negara yang anda minat
Pengarah Malaysia: Ahmad Idham
Pengarah Luar Negara: Michael Bay
Nyatakan filem Malaysia dan luar negara yang telah anda tonton berkali-kali
Malaysia: Adnan Sempit
Luar negara: Home Alone
Kenapa mereka menjadi pilihan anda
Aku sangat teruja dengan filem2 yang dihasilkan oleh mereka..Kalau sebut je nama Ahmad Idham sapa je tak kenal kan..pengarah yang terkenal dengan filem2 komedi dan seram..respect to him..For Michael Bay..i choose him because his animations so nice and never seen before this..u can see how complicated the to move the transformers and his film sound absolutely awesome!!haha ter "speaking" plak..
Jika anda seorang pengarah filem dan diberi budget yg besar untuk mengarahkan sebuah filem , filem yang bagaimanakah yang ingin anda bikin ..
Wow, kalau la aku diberikan peluang ni memang diibaratkan mimpi la..sape nak bagikan..sebagai director aku lebih suke kepada filem2 aksi serta diselitkan sedikit babak percintaan..dan tak nak cerita tuh meleretkan..aku akan buat filem yang penuh dengan konspirasi dan aksi2 yang tak membosankan..seperti yang kita tau, zaman sekarang korea film lebih menjadi perhatian..so, di kesempatan itu aku kena masukkan juga pelakon2 korea yang pandai berbahasa English so boleh la jugak diselitkan di dalam filem Melayu kan..kenapa tidak..:)
Ceritakan serba sedikit (sinopsisi ) filem anda itu ..
Okeh aku bagi sedikit sinopsis..cerita ni mengisah seorang lelaki yang bernama Syafiq(bukan nama sebenar) yang hanya bekerja sebagai tukang kebun..Dia merupakan seorang pemalu dan pendiam..Namun pada suatu hari apabila dia datang ke bandar, di dalam perjalanannya dia ternampak seorang gadis yang bertubuh comel, yang belum pernah dilihatnya sebelum ini..Syafiq amat tertarik dengan perwatakan yang ditonjolkan oleh gadis tersebut..Gadis yang bernama Afifah (bukan nama sebenar) telah menjadi pilihan hati Syafiq..Namun begitu pelbagai konspirasi telah timbul sepanjang perkenalan mereka..Syafiq telah dicemuh oleh keluarga Afifah, mereka menyatakan bahawa Syafiq dan Afifah bagai langit dan bumi..Malang terus menimpa Syafiq apabila ayahnya telah mati dibunuh oleh along disebabkan ayahnya kaki judi..Ini la yang terpaksa di tempuh oleh Syafiq..Pada suatu hari Syafiq telah diserang barah otak yang kritikal..apabila Afifah dapat mengetahuinya Afifah sangat sedih dengan kejadian tersebut..Akhirnya Syafiq telah pergi buat selama-lamanya..Akibat daripada itu Afifah menjadi tidak waras..Begitu la kisahnya..
Ok... siapakah yang bakal anda pilih untuk menjadi hero dan heroin serta penjahat dalam filem anda itu ..
Hero: Awal Ashaari ( adik beradik bor Ben Ashaari)..:)
Heroin: Nora Danish
Penjahat: Pelakon yang ade ciri2 la..hehe
Lokasi pengambaraan filem anda tersebut ...
Paris City of Love
Sasaran kutipan ..
12 juta sempena nombor tarikh lahir
Apakah anda perlukan pelakon antarabangsa dalam filem anda itu ? Jika ya , siapa ?
Ya, perlu..Rain menjadi pilihan
Tajuk FILEM anda tu ..
Pahit Manis Percintaan
Pendapat anda , apakah filem negara kita semakin menunjukkan peningkatan atau sebaliknya ? Jelaskan tidak lebih 100 patah perkataan ..
Pendapat aku, filem Malaysia ada pasang surutnya..memang aku akui aku ade jugak yang member2 yang langsung tak tengok filem Melayu..Nak buat macam mana kan..tak kan nak paksa diorg tengokkan..Bagi aku aku support jugak filem Malaysia..Memang ade sesetengah filem yang ade peningkataannya dan ade jugak penurunan..Apa2 pun kita sebagai rakyat Malaysia perlu la jugak support kan..kalau bukan kita sapa lagi yang perlu menaikkan filem di persada antarabangsa..Aku harapkan filem Malaysia mampu membuat graphik setanding Michael Bay..kalau ade filem kat Malaysia macam tuh..sumpah aku tak tengok filem luar negara lagi..NEVER SAY NEVER..Peace!!
Kalau mau berimaginasi..rajin2 klik..)
Kalau mau berimaginasi..rajin2 klik..)
Subscribe to:
Posts (Atom)